Siti Nordiana, yang lebih dikenali sebagai Nana, adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia. Meniti usia 39 tahun, wajah nana yang kekal awet muda sering menjadi inspirasi dalam hal kecantikan.
ARTIKEL BERKAITAN : Jaga Kesihatan Ikut 8 SUNNAH NABI, Badan Sihat Pahala Pun Dapat!
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Dikenali dengan suara merdu dan penampilan yang menawan, Siti Nordiana juga sering menjadi inspirasi dalam hal kecantikan.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
“Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten.
“Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.”
Adakah Nana mempunyai masalah jerawat?
“Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan
dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.”Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
“Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal.
“Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.”
Hah, inilah rutin harian dan gaya pemakanan Siti Nordiana. Kalau anda rasa nak awet muda dan sihat, boleh lah amalkan apa yang Nana kongsikan. Moga bermanfaat buat semua.
Moga Siti Nordiana terus sukses dalam perniagaan dan menjadi sumber inspirasi kaum wanita.
BACA LAGI : Jadikan Tujuh Zikir & Doa Ini Sebagai Amalan ‘Jemput’ Rezeki
Artikel ini diambil dan diolah dari Rapi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘