20,000 orang ramai terutamanya anak muda yang tinggal di sekitar Lembah Klang dijangka sedang menuju ke Axiata Area di Bukit Jalil untuk menyertai Himpunan Malaysia Bersama Palestin pada malam ini.
Dijangka bermula jam 6 petang ini sehingga 10.30 malam ini, solidariti ini dilangsungkan di bawah kelolaan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Global Peace Malaysia (GPM) sebagai penganjur utama. Ia juga akan melibatkan lebih 40 NGO seperti Malaysia Humanitarian Aid And Relief (MAHAR) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Lapor BERNAMA, ia akan dimulakan dengan solat Maghrib disusuli solat hajat pimpinan imam serta qari dari Palestin; Shaykh Rami As-sousi.
Selain itu, para peserta turut akan mendengar ucapan komitmen pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik sebagai wakil kepada rakyat Malaysia yang konsisten bersama perjuagan rakyat Palestin.
Kemuncak acara pula adalah ucapan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telahpun memuat naik hantaran poster untuk mengajak orang ramai sama-sama berjemaah memenuhi Axiata Arena pada malam ini sebagai tanda solidariti Malaysia.
Begitupun, beberapa komen warganet menerusi hantaran itu telahpun menarik perhatian. Sebahagian daripada mereka berharap agar agenda perhimpunan pada malam ini bebas daripada sebarang unsur-unsur hiburan termasuklah nyanyian daripada Siti Nurhaliza sendiri.
Ujar mereka, lebih molek sekiranya perhimpunan ini fokus kepada agenda kerohanian dan memangkin semangat tanpa aktiviti nyanyian.
“Tolonglah jangan selitkan nyanyi-nyanyian. Sebaiknya berdoa dan solat berjemaah.” – @haakims_
“Harap tak adalah persembahan nyanyian. Kalau betul nak buat perhimpunan solidariti Palestin. Buatlah betul-betul. Bacaan doa dan jangan sekat laungan Allahuakbar dari umat Islam.” – @erdyla_azam
“Tak mahu nyanyi tau TokTi please.” – @lynnfathehah
“Harapnya tak ada nyanyi-nyanyi lah ya. Tak kena tempat, kat X dah ada yang kecam.” – @khunpatarin
“Tak perlu ada aturcara nyanyian pun Siti, sekali pun permintaan penganjur boleh saja menolak.” – @drmrvert_
***
Adakah korang rasakan permintaan warganet itu ada benarnya?
BACA LAGI: Semangat Kemanusiaan Melangkaui Rasa Takut, 10 Selebriti Muda Di Perhimpunan Aman Palestin – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.