Biduanita Negara dianggap sebagai penghargaan tertinggi bagi penyanyi wanita dalam bidang muzik di Malaysia. Malah, kerajaan bakal menganugerahkan gilaran tersebut kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menurut laporan Barita Harian, kerajaan juga dikatakan sedang merealisasikan hasrat itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Tahniah TokTi, Nama Siti Nurhaliza Bakal Terpahat Di ‘Walk Of Fame’
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, memaklumkan fasa awal untuk memberikan pengiktirafan itu sudah dilaksanakan. Namun, beliau tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai prosedur penganugerahan dibuat.
“Perkara ini dalam proses perbincangan dalaman. Jadi, belum sesuai untuk saya kongsi butiran lanjut.
“Tapi, saya nampak mungkin kami cuba lihat apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan proses ini,” katanya.
Fahmi menambah, prosedur itu juga memerlukan masa kerana banyak aspek harus diambil kira sebelum keputusan dibuat. Usul untuk menganugerahkan Siti dengan gelaran Biduanita Negara timbul selepas kejayaan pelantun konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza pada Mac lalu.
1. Juara Bintang HMI 1995
Bakatnya sejak kecil sudah tidak boleh dinafikan lagi. Menjadi juara Bintang HMI 1995 adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupai Siti kerana disini jugalah beliau mengenali Allahyarham Adnan Abu Hassan yang mengilap bakatnya.
2. Voice of Asia
Kejayaan merangkul hadiah Grand Prix di pertandingan Voice of Asia oleh Siti Nurhaliza membuktikan penyanyi tempatan mampu memberi cabaran di pentas antarabangsa. Siapa sangka lagu bercirikan kemelayuan, Nirmala dan Purnama Merindu yang menjadi pilihan Siti Nurhaliza telah menobatkan Siti sebagai Voice of Asia pada 2002
3. Anugerah Emas Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music Festival
Sebelum menempa sebagai Voice of Asia, Siti terlebih dahulu membolot Anugerah Emas dalam Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music Festival yang diadakan di Shanghai, China pada tahun 1999.
4. Ratusan Anugerah Dan Penghargaan Dari Dalam Dan Luar
Boleh dikatakan hampir semua pertandingam yang tercalon nama Siti Nurhaliza, pasti akan terselit namanya untuk memenangi anugerah yang dipertandingkan. Buktinya Siti kini telah mendapat lebih dari 200 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara. Salute!
5. Catat Nama Di Dalam Malaysia Book of Records
Bukan satu tapi dua rekod Malaysia telah dicipta oleh Siti Nurhaliza sekaligus melayakkan namanya tertulis dalam Malaysia Book Of Records sebagai Artis Malaysia Pertama Mengadakan Konsert Solo di Royal Albert Hall, London dan rekod Anugerah Terbanyak Dimenangi Seorang Penghibur (Most Awards Won Artist)
6. Ratusan Lagu
Sehingga hari ini beliau telah menghasilkan 16 album studio, 2 album duet, 8 album konsert, 11 album kompilasi dan telah merakam lebih 250 lagu dan single, jualan album beliau kini dianggarkan telah terjual sekitar 5 juta unit.
7. Royal Albert Hall
Memegang rekod sebagai artis Malaysia pertama yang mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London bukanlah satu perkara yang biasa. Ini kerana Royala Albert Hall adalah satu pentas berprestij dunia dan sepanjang Siti membuat persembahan disini, ianya Sold Out!
8. Persembahan Di Hadapan Queen Elizabeth
Pada tahun 1998, beliau telah dipilih di kalangan artis Malaysia untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II dan konsort beliau, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yang daripada Negara-negara Komanwel. Sehingga kini, saat itu sangat manis dikenang!
9. Muslim Paling Berpengaruh
Tahun lepas, Siti turut berkongsi satu lagi khabar berita yang disifatkannya sebagai satu lagi rezeki dimana beliau telah tersenarai sebagai antara 500 Muslim yang paling berpengaruh di dunia. Malah ini adalah tahun ketiga beliau tersenarai dalam rekod yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre di Amman, Jordan
10. Datuk, Dato Sri Dan Biduanita?
Kerana pencapaiannya yang terlalu membanggakan, Siti Nurhaliza bukan sahaja menerima anugerah yang pelbagai malah institusi diraja turut mengiktiraf pencapaian Siti dalam mengharumkan nama negara. Selepas dikurnikan Datuk dan Dato Sri, nama Siti Nurhaliza antara yang disebut-sebut sebagai Biduanita Negara yang ketiga selepas Puan Sri Saloma dan Datuk Sharifah Aini.
Sebagai info, gelaran Biduanita Negara buat masa ini hanya diberikan kepada dua penyanyi iaitu Allahyarham Puan Sri Saloma dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini.
Remaja nak ucapkan tahniah awal-awal la dekat TokTi ni!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.