Hiburan

Siti Nurhaliza Layangkan Ucapan Istimewa Buat Afwa, Pipi Gebu Anakandanya Bikin Netizen Geram!

Share

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedikasikan ucapan teristimewa buat cahaya mata keduanya, Muhammad Afwa Khalid sempena ulang tahun kelahirannya yang ke tiga tahun.

Menerusi satu perkongsian di entri Instagram, penyanyi lagu popular Sesuci Lebaran itu dilihat berkongsi beberapa foto Afwa sejak dilahirkan sehingga kini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masa Ini Boleh Tengok Saya Jadi Singa” -Siti Nurhaliza

“Sannah helwah anakku Muhammad Afwa Khalid…  Tumbuhlah membesar menjadi anak yang Soleh, taat pada perintah Allah.

“Dan ajaran Rasullullah, berbakti kepada ibubapa, pemimpin yang hebat beradab dan bermanafaat kepada masyarakat… #Afwamanjaibu,” coretnya di ruangan kapsyen.

Rata-rata peminat dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan hari lahir buat Afwa, malah ramai yang meluahkan rasa geram melihat wajah comel anak lelaki Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini.

“Gebu Afwa. Happy birthday boy kesayangan ibu,” komen seorang pengguna.

Happy birthday Afwa. Geramnya tengok Afwa ini,” komen pengguna lain.

Sekadar info, Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, dan Muhammad Afwa.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Siti Nurhaliza

Published by
Fath