Portal The Artist Museum telah meletakkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai salah seorang penerima trofi anugerah terbanyak sepanjang zaman.
100 orang penyanyi atau kumpulan telahpun dikenal pasti oleh portal tersebut dan mereka telahpun disusun mengikut jumlah trofi pengiktirafan yang pernah mereka perolehi pembabitan penyanyi atau kumpulan tersebut dalam industri seni muzik.
Rakyat Malaysia tentunya sedar mengenai kehebatan Siti untuk menggondol anugerah sebaik sahaja beliau menerima pencalonan ataupun diletakkan dalam sebuah pertandingan nyanyian. Namun disebabkan terlalu banyak trofi yang diterima olehnya, REMAJA pasti para Sitizoners (gelaran kepada peminat Siti) juga kadangkala keliru berapa banyak sebenarnya trofi yang dimiliki olehnya.
Haa, nasib baik ada portal The Artist Museum.
Mengikut pengiraan mereka, Siti pernah memiliki 329 anugerah lalu melayakkannya menduduki tangga ke-27 daripada 100 orang penyanyi tersebut.
Ads
Ini sekaligus meletakkan Siti di hadapan penyanyi wanita lagenda antarabangsa seperti Nicky Minaj di tangga ke-30 dengan 314 anugerah, Celine Dion (33, 296 anugerah), Gloria Estefan (34, 295 anugerah), Alicia Keys (38, 271 anugerah), Shania Twain (43, 241 anugerah), Christina Aguilera (44, 236 anugerah) dan Jennifer Lopez (47, 232 anugerah).
Paling unggul di kedudukan pertama ialah Michael Jackson dengan 1003 anugerah diikuti oleh Beyonce, Taylor Swift, BTS dan Justin Bieber yang melengkapkan kedudukan Top 5.
Turut tersenarai ialah Whitney Houston, Lady Gaga, Ed Sheeran, Elvis Presley dan Rihanna dari kedudukan keenam hingga kesepuluh.
Tinjauan REMAJA mendapati senarai The Artist Museum yang dimuat naik ke Twitter ini telahpun dibanjiri oleh peminat Siti yang telah berkongsi fakta kejayaannya selama ini. Antaranya termasuklah anugerah Penyanyi Wanita Paling Popular dari tahun 1996 hingga 2009 di Anugerah Bintang Popular BH, peluang melakukan persembahan di Anugerah MTV Asia dan klip daripada dokumentari saluran History mengenainya.
Terdahulu, Siti pernah tercatat dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2002 sebagai penerima anugerah paling banyak di Malaysia dan sehingga sekarang, beliau masih memegang rekod tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan kebanyakan masyarakat hari ini menjadikan siaran YouTube sebagai salah satu punca pendapatan harian mereka. Maka, tidak hairanlah jika korang melihat kepelbagaian jenis content yang ada di laman YouTube.
Ada yang berkongsi resipi, gaya hidup, diari travel, malah dengan hanya tidak berbuat apa-apa juga mereka boleh mendapatkan tontonan yang tinggi.
Seperti apa yang dilakukan oleh seorang YouTuber dari Indonesia ini, dia telah memuatnaik sebuah video yang berdurasi 2 jam 20 minit tanpa melakukan apa-apa. Lelaki itu hanya duduk di hadapan kamera tanpa melakukan sebarang aktiviti. Yang kedengaran hanya bunyi serangga dan cengkerik dikawasan rumahnya. Hiks!
Walau bagaimanapun, video tanpa pengisian ini berjaya mencatatkan lebih daripada 1 juta tontonan kurang dari sebulan.
Wah hebatnya, duduk diam macam tu pun boleh jana income ye. Hehe!
Video yang dimuatnaik daripada channel Sobat Miskin Official ini turut menjelaskan bahawa tujuan dia membuat video ini adalah kerana daripada desakan masyarakat Indonesia yang memintanya untuk membuat content bagi mendidik anak muda. Jelasnya lagi, jika ditanya sama ada video ini bermanfaat atau tidak, ia terpulang kepada penonton untuk menafsirkannya.
Menerima hampir 15 ribu komen, ramai netizen yang terhibur dengan video tersebut.
Ternyata, dengan hanya tidak melakukan apa-apa, lelaki ini berjaya menarik perhatian ramai masyarakat di luar sana, termasuk pihak media.
Tak perlu bersusah payah fikirkan tentang content menarik, rupanya video ‘biasa-biasa’ pun orang tengok kan? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman sekolah menghimpunkan pelbagai kenangan manis yang akan kita ingati sehingga ke zaman dewasa
Inilah zaman di mana anda menghabiskan hampir sepanjang hari bersama kawan-kawan. Bagi mereka yang perolehi peluang untuk memasuki sekolah berasrama penuh pula, pastinya korang akan mencipta kenangan pahit manis di sana.
Ramai yang akan rindu bila teringat balik kenangan tersebut, kan?
Terbaru, projek filem baharu berjudul ‘Projek Anchor SPM’ bakal ditayangkan di Astro Citra Exclusive dan pasti dapat mengubat rindu kita semua pada zaman sekolah.
Melihatkan kepada barisan pelakon Projek Anchor SPM yang terdiri daripada nama-nama pelakon muda seperti Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Shasha Abedul, Chubb-e dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar, ia membuatkan kita semua tak sabar untuk menantikan tayangannya.
Cumanya, baru-baru ini tular di Twitter apabila seorang netizen mendakwa Projek Anchor SPM menciplak idea filem keluaran Thailand berjudul Bad Genius. Iya ke sama?
Penjelasan Nadhir Nasar
Penulis menghubungi Nadhir Nasar bagi mendapatkan pandangannya mengenai skrip dan jalan cerita yang didakwa punya persamaaan itu.
Menurut Nadhir, Projek Anchor SPM amat berlainan dengan filem Thailand popular dari tahun 2017 itu.
Katanya yang memegang watak Hilmi yang merupakan pelajar yang bakal menduduki SPM, dia difahamkan oleh pengarah bahawa Projek Anchor SPM ini berkisarkan kehidupan pelajar di Malaysia sekitar tahun 2003.
“Ini cerita daripada zaman budak-budak sekolah memakai telefon Nokia 3310. Tiada internet pada telefon. Ia sarat dengan mesej mendalam, nilai kasih sayang, konflik remaja dan pelbagai pengajaran.
“Saya gembira diberi peluang menjayakan ‘Projek Anchor SPM’ kerana sedikit sebanyak ia dalam mengamit memori zaman persekolahan saya dulu. Kalau korang rindukan zaman persekolahan, korang memang wajib menonton Projek Anchor SPM, okay.”
Nadhir turut meluahkan rasa gembira dapat bekerjasama dengan pengarahnya Razaisyam Rashid.
Bakal ditayangkan awal Januari 2021 kelak di Astro Slot Citra Exclusive, korang kenalah tengok sendiri jika ia sama dengan filem Bad Genius ataupun tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali lagi, satu kejutan dilakukan oleh saluran Astro Ria & Ria HD pada malam ini.
Acara finale Gegar Vaganza (GV6) musim keenam berakhir sebentar tadi dengan mengumumkan 2 orang juara iaitu Naqiu Bobog dan Hady Mirza. Ini sekaligus melakar sejarah sebagai edisi pertama rancangan nyanyian itu dengan 2 orang juara.
Untuk pengetahuan, finale GV6 diadili seratus peratus oleh pihak juri malam ini iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Rizalman sebagai juri jemputan.
Naqiu dan Hady Mirza masing-masing memmbawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian, ubah suai rumah dan ruang tamu berserta trofi. Ia selepas mereka berdua sama hebat ketika mempersembahkan nyanyian solo dan nyanyian ‘battle’.
Dua buah lagu yang dipersembahkan oleh Naqiu dan Hady Mirza ialah Srikandi Cintaku dan Ha Tepo menerima respon. Lantas, para penonton dan juri tak mampu untuk membuat keputusan.
Jatt berada di tempat ketiga, Nurfafima keempat, One Nation Emcees kelima dan akhirnya, Sham Vidsa berpuas hati di tempat keenam.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...