Hiburan

Siti Nurhaliza Secara Rasmi Dianugerahkan Gelaran Biduanita Negara Ketiga Dalam Sejarah

Share

Bertempat di acara Anugerah Seni negara (ASN) 2024 pada malam ini, penyanyi dan usahawan popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza telahpun diberikan penghormatan bersejarah dan menerima Anugerah Khas Biduan Negara 2024.

Acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu juga sekaligus menyaksikan Siti, 43 secara rasminya dianugerahkan gelaran Biduanita Negara ketiga dalam sejarah industri hiburan tempatan.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar.

Selaras dengan penerimaan anugerah berkenaan, Siti mengumumkan akan melancarkan lagu baharu berjudul Sejarah pada Khamis, 14 November 2024.

Penyanyi wanita pertama Malaysia yang memegang gelaran Biduanita Negara ialah Allahyarhamah Puan Sri Saloma pada tahun 1978. Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini pula menerima penghormatan selaku Biduanita Negara kedua pada tahun 2006.

Manakala, gelaran Biduan pula pernah dianugerahkan kepada Allahyarham Tan Sri SM Salim pada tahun 2013.

BACA: Ini 10 Kejayaan Besar Biduanita Negara Siti Nurhaliza! – REMAJA

BACA: Jasa Biduanita Negara Diangkat Ke Mata Dunia, Doodle Khas Buat Saloma Di Kotak Carian Google – REMAJA

Sebagai info, Anugerah Seni Negara adalah acara penghormatan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni atas sumbangan mereka dalam bidang kesenian negara dan mampu melonjakkan tokoh seni tempatan sebagai seniman bertarah dunia.

Gelaran Biduan dan Biduanita Negara pula merupakan gelaran seni di Malaysia yang hanya diberikan kepada anak seni yang banyak menyumbang jasa kepada negara.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ