
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan ramai selepas sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan keperibadiannya yang mesra melayan peminat.
Apa yang lebih menyentuh hati, peminat yang dilayan dengan penuh kasih sayang itu adalah seorang wanita warga emas yang juga seorang insan istimewa, Orang Kurang Upaya (OKU).
ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Siti Nurhaliza Jadi Pilihan Raja Charles III Dalam ‘Playlist’ Peribadi. Mendunia!
Video berdurasi 18 saat itu dirakam pada hari kedua acara Singapore/Malaysia Expo Fest yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Dalam video tersebut, pelantun lagu popular Jerat Percintaan itu kelihatan berbual dengan wanita istimewa tersebut menggunakan bahasa isyarat.
Keakraban antara mereka jelas kelihatan, apabila Siti turut membenarkan wanita tersebut untuk mencium pipinya, disusuli dengan senyuman manis daripada kedua-dua mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Kekal Dalam Carta Top 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia
Tindakan mesra penyanyi tersohor tanah air itu telah menarik perhatian ramai, dan tinjauan di ruangan komen video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok menunjukkan netizen sangat terharu dan kagum dengan sikap rendah diri Siti Nurhaliza.
“Tokti tak rasa kekok pun.. suka sangat tengok macam ini,” komen seorang pengguna.
“Sepatutnya kena happy tapi saya sedih tengok betapa gembiranya mak cik ini,” tambah seorang lagi netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Terfikir Nak Bawa Aafiyah Serius Dalam Bidang Seni” -Siti Nurhaliza
Lebih menyentuh perasaan, seorang peminat lain turut berkongsi pengalamannya berjumpa dengan Siti Nurhaliza.
“Tokti memang sangat humble. Pernah jumpa dia nak ambil gambar saja, tapi dia siap dukung anak saya dan cium-cium,” coret seorang pengguna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Rosmadi Othman