Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak pernah sekali pun rasa menyesal kehilangan zaman remajanya kerana memilih untuk memfokuskan diri dalam menempa nama di industri muzik.

Menerusi podcast Apa Cerita?, ibu kepada sepasang cahaya mata itu mendedahkan dia melalui zaman remaja yang berbeza berikutan tuntutan kerja yang sangat sibuk.

“Saya melalui zaman remaja yang tak sama macam orang lain. Saya tak ada masa nak melepak, nak keluar dengan kawan-kawan untuk berseronok. Umur 17 tahun terus fokus jadi anak seni dan tak berhenti.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Dilantik Sebagai Pakar UMCced Jadi Perdebatan Netizen, Orang Akademik Tampil Ulas

Siti Nurhaliza Tak Pernah Menyesal ‘Hilang’ Zaman Remaja, Ibu Tercinta Jadi Tulang Belakang Sebagai Anak Seni

“Pergi disko waktu remaja untuk have fun memang tak pernah dalam hidup saya. Saya tak rasa bosan pun. Saya tak pernah rasa rugi tak pernah pergi ke sana sebab jadual saya penuh dengan kerja,” katanya.

Penyanyi lagu popular Kau Kekasih itu turut berkongsi, dia sama sekali tidak merasa menyesal kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat hiburan malah bersyukur kerana dikelilingi oleh insan-insan yang banyak memberi nasihat.

Bagaimanapun sebagai manusia biasa, Siti pernah berasa penat dengan kerjayanya namun atas nasihat ibu, dia tetap teruskan menggalas tanggungjawab sebagai anak seni pada ketika itu.

“Penyesalan untuk menikmati keseronokan itu tak ada. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab dijaga baik oleh orang sekeliling. Jadi setiap kali bersama mereka, saya sering dinasihati. Bohong la kalau kata tak ada keadaan di mana saya rasa nak berehat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masa Ini Boleh Tengok Saya Jadi Singa” -Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Tak Pernah Menyesal ‘Hilang’ Zaman Remaja, Ibu Tercinta Jadi Tulang Belakang Sebagai Anak Seni

“Tapi ini adalah keputusan yang saya pilih dan tanggungjawab. Jadi tak boleh nak merungut. Pernah dulu saya kena pergi ke Indonesia untuk promosi lagu Aku Cinta Padamu dan saya mengadu dekat mak, ‘penat mak, Siti tak nak’.

“Mak kata, ‘kamu pergilah sekejap, selesaikan kerja-kerja tu nanti kamu rehat lah,” dedahnya lagi. Pujukan itu membuatkan saya lakukan juga. Tapi bila tengok sekarang, itulah kesusahan dan pengorbanan yang saya buat dan saya boleh berada di keadaan sekarang,” dedah Siti lagi.

Siti Nurhaliza Tak Pernah Menyesal ‘Hilang’ Zaman Remaja, Ibu Tercinta Jadi Tulang Belakang Sebagai Anak Seni

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI