Pelakon popular, Siti Saleha telah mengharumkan Malaysia apabila diumumkan sebagai salah seorang pemenang kategori Bintang Asia Terbaik di acara Seoul International Drama Awards 2024.

Siti Saleha Diiktiraf Di Seoul International Drama Awards, Kemenangan Buat Malaysia Sejak 2018
Pelakon, Siti Saleha.

BACA: Siti Saleha Tercalon Di Anugerah Drama Antarabangsa Korea 2024! – REMAJA

Dalam majlis anugerah berprestij yang berlangsung di Seoul itu, pemilik nama penuh Siti Saleha Mohd Baharus ini telah berkongsi pentas bersama empat orang pemenang lain bagi kategori lakonan tersebut termasuklah Kim Hyeyeon (Korea Selatan), Win Metawin (Thailand), Kim Chiu (Filipina) dan Desmond Tan (Singapura).

Seorang lagi pemenang kategori tersebut iaitu Byeon Woo Seok (Korea Selatan) pula tidak dapat menghadirkan diri. Enam pemenang tersebut berjaya mengenepikan saingan terdekat daripada negara-negara Asia lain menerusi lakonan hebat dalam naskah drama masing-masing.

Siti Saleha Diiktiraf Di Seoul International Drama Awards, Kemenangan Buat Malaysia Sejak 2018

Naskah yang berjaya menjulang Saleha, 34 pada malam ini ialah siri SeOfis yang dibintanginya bersama-sama Nadiya Nisaa dan Nadia Aqilah.

Ads

Drama Tonton Original Series itu mula ditayangkan di platform digital berkenaan sejak Januari tahun ini dan ia mengisahkan Saleha sebagai Sam atau Samirah, seorang pereka hiasan dalaman yang menyimpan hasrat agar namanya tersenarai dalam kalangan penerima Forbes 40 Under 40.

Siti Saleha Diiktiraf Di Seoul International Drama Awards, Kemenangan Buat Malaysia Sejak 2018
Dari Kiri:Kim Hyeyeon (Korea Selatan), Kim Chiu (Filipina) Siti Saleha (Malaysia), Win Metawin (Thailand) dan Desmond Tan (Singapura).

Menerusi ucapan kemenangannya, Saleha berterima kasih kepada Tonton dan saluran TV3 Malaysia yang memberinya peluang untuk terlibat dalam projek berkenaan. Tambah mengharukan buatnya adalah apabila kemenangan ini merupakan yang pertama buat mana-mana calon dari Malaysia sejak tahun 2018.

Kali terakhir Malaysia membawa pulang trofi Seoul International Drama Awards adalah pada tahun 2018 menerusi The Memoir of Majie yang diangkat sebagai Anugerah Khas Juri.

“Saya amat bangga kerana bukan sahaja mewakili Malaysia tetapi ia juga peluang buktikan ada ramai bakat dari Malaysia yang boleh kembangkan bakat ke luar negara.

Ads

“Saya harap dengan platform ini boleh buktikan anak Malaysia ada banyak yang boleh berikan,” katanya kepada BH Online.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Saleha juga berkongsi dirinya tidak akan menolak sekiranya tawaran untuk bekerjasama dengan karyawan antarabangsa mula hadir padanya selepas kemenangan ini.

Ads

Congratulations beautiful!

BACA: Siti Saleha Lebih Berhati-Hati ‘Update’ Aktiviti Di Media Sosial – REMAJA

FOTO: Instagram TONTON Malaysia & Desmond Tan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI