Pasangan

Siti Saleha Sahkan Bertunang Dengan Pereka Fesyen Joshua Fitton, Rendah Diri Dengan Kejayaan Antarabangsa

Share

Pelakon Siti Saleha memilih untuk tidak lagi merahsiakan statusnya apabila mendedahkan dirinya dan kekasih, Joshua Fitton sudahpun bergelar pasangan tunang.

Pendedahan yang dilakukan di karpet merah acara Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2024 di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur itu dilakukan secara impromptu tanpa disangka oleh tunangnya itu.

Saat Saleha, 34 atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharum diajukan pertanyaan bagaimanakah tahun 2024 buatnya setakat ini, dia secara berseloroh berkata tahun 2024 cukup bagus apabila mereka sudahpun memutuskan untuk mengikat tali pertunangan.

Biarpun reaksi wajahnya sedikit terkejut dengan pengakuan itu, Joshua juga enggan berselindung dan menyambut baik pendedahan Saleha di karpet merah itu.

“Kami sudah bersedia untuk membuat pengumuman ini. Dia langsung tidak bersedia dengan pengumuman ini,” kata Saleha sambil menunding jari ke arah tunangnya itu.

Sebagai rekod, Saleha dan Joshua telahpun bergelar kekasih kira-kira selama dua tahun.

BACA: Muat Naik Gambar Bersama Seorang Jejaka, Inikah Kekasih Siti Saleha? – REMAJA

Saleha pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami, Ahmaf Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017 tetapi memilih untuk berpisah selepas empat tahun bersama.

Masih Siti Saleha Yang Sama

Ditebak mengenai perjalanan kariernya yang semakin berkembang luas usai kemenangan di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 bagi kategori Bintang Asia Terbaik, pelakon drama SeOfis itu berpendapat dirinya masih Siti Saleha yang sama dan masih menjalani kehidupan sebagai anak seni.

“Cuma baru-baru ini sahaja, saya memenangi anugerah di peringkat antarabangsa. Saya berharap kejayaan itu tidak akan terhenti di sini sahaja. I will keep going and I won’t stop

,” ujar Saleha.

BACA: Siti Saleha Diiktiraf Di Seoul International Drama Awards, Kemenangan Buat Malaysia Sejak 2018 – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ