Pelakon berbakat besar, Siti Saleha membuat penampilan sulungnya dalam siri Amazon Original dari Malaysia berjudul That Cover Girl.
Siri yang dihasilkan oleh Creative Stew dan turut dibintangi oleh pelakon popular tanah air seperti Hisyam Hamid, Alicia Amin dan Aiman Hakim Ridza.
Buat pengetahuan anda semua, That Cover Girl mengisahkan Sofi Safwan, seorang usahawan berusia lewat 20-an yang memiliki empayar fesyen Muslimnya yang luas dengan bantuan suaminya, Arif yang sangat menyayangi dan menyokong dirinya.
View this post on Instagram
Di saat kerjayanya berada di puncak, muncul pula cabaran yang tak dijangka, dalam perjalanan ke Paris untuk menghadiri Paris Fashion Week, Sofi melakukan satu kesilapan besar yang tak sengaja dirakamkan pada kamera dan boleh menjadi punca kejatuhannya.
Malangnya, wujud seseorang yang tahu akan kisah tersebut dan mengugut Sofi untuk mendedahkannya, bukan sahaja kepada Arif, tetapi kepada 10 juta pengikut Instagramnya.
Timbul syak wasangka bahawa orang yang mengugutnya itu adalah seseorang di dalam syarikatnya, namun Sofi masih tidak mengetahui siapakah gerangan yang menghantar mesej dengan pelbagai ugutan dan ancaman tersebut.
Namun, di saat dirinya ditimpa masalah, Arif, orang yang Sofi sangat percaya untuk berada di sisinya selama-lamanya, meninggalkannya untuk mengejar impiannya sendiri. Tetapi tidak kira apa pun cabaran yang dihadapinya, dengan atau tanpa sebarang sokongan, Sofi berazam untuk melindungi reputasi dan imej jenama empayar perniagaan yang telah berjaya dibinanya.
View this post on Instagram
Kalau korang nak tahu apakah kesudahan kisah kerjaya dan hidup Sofi, jangan lupa untuk saksikan That Cover Girl di Prime Video secara eksklusif mulai 19 Oktober ini.
Untuk strim secara langsung, anda boleh layari laman web mereka di sini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.