Situasi COVID-19! Apa Yang PM Ingin Sampaikan Dalam Perutusan Khas Petang Ini?

Share

Bermula pada angka 260 positif COVID-19 pada tanggal 1 Oktober 2020, di laman sosial dibanjiri kenyataan demi kenyataan dari rakyat Malaysia yang ternyata tidak senang dengan jumlah mereka yang positif wabak ini.

Ramai menuding ia angkara kluster politik kerana kebanyakan individu yang positif kebanyakannya baru pulang dari Sabah.

Memasuki ke tanggal 2 Oktober, bila angka melonjak ke 287, ramai yang semakin marah dengan tindakan terburu-buru mengadakan pilihanraya negeri di negeri bawah bayu tersebut.

Di sebalik mulai rasa bimbang kerana tidak tahu siapa sudah dijangkiti, sebanyak 317 kes positif baru direkodkan pada 3 Oktober lalu. Angka mereka dijangkiti bagaimana pun mulai menurun pada perbezaan 24 pesakit kerana pada 4 Oktober 2020, hanya 293 kes dicatatkan.

Bagaimana pun rasa lega masyarakat ternyata tidak lama kerana pada 5 Oktober, satu sejarah tercatat dengan 432 pesakit positif direkodkan, satu angka tertinggi dalam sejarah negara melawan COVID-19.

Dan pada petang ini pada jam 6 petang, satu perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19 dari Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diadakan.

Ramai pasti berteka-teka dan membuat pertanyaan masing-masing. Adakah Perintah Kawalan Pergerakan akan diadakan semula? Adakah sekatan perjalanan akan dikuatkuasakan kembali?

Apa pun yang terjadi, pastinya pada jam 6 petang ini ramai yang akan menonton siaran secara terus perutusan semasa COVID-19 untuk mengetahui apakah amanat yang Abah ingin sampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Apa pun, sila jaga penjarakan fizikal, stay at home jika tiada sebarang urusan penting.

Published by
Almaswa Haji Che Ros