Situasi Luar Biasa, Singa ‘Melepak’ Atas Jalan Raya Di Afrika Selatan Ketika Lockdown

Share

Wabak COVID-19 bukan sahaja menjadikan udara alam semesta bertambah baik disebabkan hampir seluruh dunia berhenti melakukan aktiviti dan pekerjaan, malah keadaan ini juga nampaknya memberi ‘ketenangan’ buat hidupan liar juga.

Di Afrika Selatan, selepas perintah lockdown diisytihar, kelihatan beberapa ekor singa berada di jalanan yang sepertinya sedang selesa berbaring di atas jalan raya.

Menurut portal CNN, foto daripada Taman Negara Kruger di Afrika Selatan memaparkan sekumpulan singa itu juga langsung tidak terganggu dengan kehadiran jurugambar.

Gambar-gambar tersebut turut dikongsi oleh laman twitter Kruger National Park.

Sekumpulan singa berbaring di atas jalan raya di luar Kem Orpen Rest. Ini adalah sesuatu yang luar biasa kerana biasanya, akan ada kereta yang melintas dan haiwan-haiwan tersebut akan berlari ke dalam semak-samun.

Jurucakap taman negara tersebut juga menasihatkan kepada orang ramai agar berwaspada dengan kawasan itu kerana ia merupakan sangat luar dan hidupan liar akan lebih aktif tanpa kehadiran manusia.

Ha, macam bagus juga singa tu berbaring atas jalan raya kan, barulah orang takut nak keluar dan duduk diam-diam di rumah. Hiks!

Apa-apa pun diharap agar wabak COVID-19 ini berhenti daripada terus menular. Semoga situasi sekarang menjadi satu pengajaran buat penduduk dunia untuk lebih menghargai dan menjaga satu sama lain.

Stay home, stay safe!

Sumber: Sinar Harian & Kruger National Park

Published by
Noor Ain Norman