Alhamdulillah, rata-rata rakyat Malaysia bersyukur apabila kerajaan umum bakal jemaah umrah dari Malaysia dijangka dapat menunaikan ibadah itu di tanah suci paling awal pada Januari tahun depan.

Bijak Guna Telefon Pintar? Ia Jadi ‘Syarat’ Penting Bakal Jemaah Umrah
Gambar Hiasan Via Berita Harian

Menunaikan Umrah dan Haji impian bagi setiap seorang muslim. Peluang sebegini ‘once in a life time’.

Namun, dalam keterujaan kita pergi ke Tanah Suci, jangan dilupa persediaan dari segi kelengkapan penjagaan peribadi tambahan lagi di zaman pandemik Covid-19 ini. Terdapat pelbagai syarat tambahan yang perlu dipatuhi oleh seseorang yang berhasrat untuk mengerjakan umrah. Kegagalan mematuhi syarat tersebut mungkin akan menyukarkan segala urusan dan perjalanan mengerjakan ibadah suci ini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN : Selesa Tapi Malam Sejuk! Ini 6 Tip Kerjakan Umrah Akhir Tahun

Ads

Terbaharu, kemahiran menggunakan telefon pintar telah menjadi ‘syarat’ penting bakal jemaah sebagai persediaan untuk pergi menunaikan umrah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, syarat baru ini telah dibuat kerana hampir setiap pergerakan di Mekah memerlukan para jemaah menggunakan beberapa aplikasi untuk mendaftar masuk di setiap lokasi.

Ads

“Dari segi penggunaan telefon pintar ini pula, sekiranya seseorang itu tidak tahu menggunakan telefon, mereka mungkin perlu merujuk kepada sesiapa yang lebih muda atau lebih tahu. Hal ini kerana beberapa tempat haruslah menggunakan telefon bimbit untuk memasukinya. Sebagai contoh, semasa aktiviti tawaf dan solat lima waktu, semua jemaah perlu menunjukkan permit serta kad vaksinasi pada telefon masing-masing.” tambahnya lagi.

Beliau juga mengingatkan masyarakat di luar sana agar memilih ejen pelancongan yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan pihak berwajib. Hal ini bagi mengelakkan diri daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ads

Datuk Ahmad juga menasihati orang ramai agar menangguhkan hasrat suci mereka untuk menunaikan umrah jika tidak bersedia dan tidak mahu berdepan dengan pelbagai syarat SOP yang ketat. Hal ini dikatkan demikian kerana SOP ini pasti akan dilonggarkan pada masa hadapan.

Bagi yang bakal mengerjakan umrah, penulis doakan korang selamat pergi dan pulang. Semoga ibadah diterima Allah SWT, aminnn..

Sumber: Astro Awani

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI