Berusia 22 tahun, jejaka dari USJ 2, Selangor ini merupakan antara finalis Hero Remaja yang mempunyai pesona yang luar biasa.
Tidak semua selebriti yang ada di Malaysia ini memulakan karier dalam industri hiburan sejak azali lagi. Walaupun menyimpan impian ‘terjun’ ke industri seni, namun Zaim tetap tidak melupakan pelajaran. Zaim mempunyai latar belakang dalam bidang fisioterapi dan merupakan lepasan Diploma Kejuruteraan Baik Pulih Badan dari Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam.
Jangan tak tahu, Remaja ini juga pandai bermain silat mata. Semuanya bermula dengan ajakan kawan memilih kad dan hilangkannya di tingkatan lima lantas menimbulkan obsesi Zaim terhadap seni silap mata.
Ads
Pernah datang dua kali audition Hero Remaja dan tahun ini merupakan tahun bertuah buat dirinya. Zaim juga sempat berkongsi rutin hariannya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Untuk info semua Zaim aktif menjadi pelatih fitness secara sambilan memandangkan ayahnya membuka perniagaan berfokuskan senaman aerobik.
Setiap pagi, Zaim akan memulakan paginya dengan segelas kopi sebelum meneruskan workout hariannya. Senaman yang dilakukan oleh Zaim ialah jogging sepanjang 5KM dan senaman ketahanan abdominal. Selain itu beliau juga akan menghabiskan masa mengasah bakat-bakal yang dimilikinya seperti bermain piano, buat silap mata ataupun berlatih silat.
Ads
Pernah menetap di Australia selama 6 tahun ketika mengikuti ibunya menuntut di sana, Remaja yang berkemahiran seni silap mata ini khabarnya telah menurunkan berat badan sehingga 10kg demi menyertai Hero Remaja 2021. Hebat kan….
Itulah orang cakap kalau ada keazaman yang kuat apa pun kita boleh lalui.
Tahniah kami ucapkan buat Zaim kerana telah terpilih menjadi finalis Hero Remaja 2021. Teruskan mengundi Zaim untuk menjadi Hero Favourite dan jangan lupa, follow Zaim untuk melihat update terbarunya. Good luck Zaim.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun kita masih didalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun Pencarian Hero Remaja 2021 tetap diteruskan dan bakal menemui penonton tidak lama lagi di kaca televisyen.
Rasanya semua tahu bahawa pertandingan Hero Remaja ini sudah pun bermula sejak tahun 90-an lagi dan melahirkan banyak bintang-bintang besar dalam industri Malaysia. Antara nama besar yang lahir dari Hero Remaja ialah seperti Azhar Sulaiman , Badrul Muhayat, Esma Daniel, Norman Hakim, Eizlan Yusof, Kamal Adli , Fizo Omar, Fatah Amin dan ramai lagi la.
Untuk info semua, sesi ujibakat Hero Remaja 2021 sedang hangat berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam dengan SOP yang ketat dan ditetapkan oleh KKM. Ujibakat ini akan berlangsung hari ini Sabtu 10 April 2021 dan juga Ahad 11 April 2021.
Menampilkan pelakon hebat, Que Haidar sebagai salah seorang juri di casting Hero Remaja hari pertama ini, adakah beliau akan mencari seorang pelakon?
Untuk info semua, ada beberapa stage yang perlu peserta lalui untuk menjadi finalis Hero Remaja ini.
So kalau korang yang berminat untuk sertai pasti kan orang buar research sikit okay. Ingat senang-senang ke nak jadi Hero Remaja ni…hehe
14 September lalu telah menyaksikan keudaranya episod pilot program Hero Remaja 2017. Ditayangkan di saluran Astro RIA (104) dan RIA HD (123), ini merupakan kali pertama program Pencarian Hero Remaja ditayangkan di saluran televisyen setelah sembilan kali dianjurkan, bermula sejak tahun 1990.
Seperti biasa, episod pertama merupakan peluang buat kesemua 19 orang para finalis untuk memperkenalkan diri masing-masing kepada penonton di seluruh Malaysia yang menyaksikan mereka di layar kaca.
Setiap seorang mempunyai daya tarik tersendiri dan latar belakang yang nyata berbeza, lalu menjadikan pencarian Hero Remaja 2017 lebih dinamik dan bervariasi.
Cabaran pertama yang menanti mereka adalah cabaran catwalk di kawasan awam. Bertempat di pekarangan boulevard Parkson Maju Junction, Kuala lumpur, bukan sebarangan catwalk yang harus ditempuh para finalis. Apa yang mereka tidak tahu adalah mereka perlu memperagakan pakaian yang unik dan lari dari kebiasaan.
Tegas Pak Nil yang diperkenalkan sebagai juri tetap Hero Remaja 2017, “Yang penting, jangan banyak complain. Sebab sebagai seorang model yang memperagakan pakaian, anda harus menerima apa sahaja pakaian dan apa saja bentuk tata hias.”
Idris Khan Muncul Sebagai Mentor Episod Pertama
Pak Nil tidak keseorangan untuk cabaran pertama ini. Setelah memperkenalkan Scha Alyahya – pelakon, model, entrepreneur dan Dewi Remaja 2005/2006 – sebagai hos program dan juri pada kali ini, kejutan menanti mereka apabila seorang lagi juri jemputan dipanggil masuk ke set – Idris Khan.
“Make sure to sell the clothes, bukan jual diri. Remember, do your best,” kata Idris. Sebagai seorang model mentor bagi episod pertama ini, Idris Khan yang juga merupakan bekas finalis Pencarian Hero Remaja 2007/2008 tidak asing dalam dunia peragaan di Malaysia.
Hampir lapan tahun berkecimpung dalam modelling sebelum berganjak memasuki dunia lakonan pada tahun 2015 dengan drama pertamanya Puteri Gunung Ledang. Tentunya Idris memiliki ‘insider story’ yang boleh dikongsikan kepada para finalis.
Dalam sesi perkongsian di antara Idris dan para finalis, Idris berkata, “Dunia peragaan nampak glamor dari luar tapi ia melibatkan self-discipline yang sangat tinggi di kalangan semua orang yang terlibat. Dari pereka fesyen, team pereka, jurumekap, jurugambar, juruacara, pengarah set studio dan tentunya, model.
“Jadi kamu harus ingat, you’re not the main cast. You are just a part of a very hardworking team.”
“Sebagai seorang model, perkara paling utama adalah displin dan rasa hormat. Hormati orang di sekeliling kamu yang sedang bertungkus-lumus membuatkangambar kamu kelihatan cantik,” tambah Idris lagi.
Tentunya finalis berdebar untuk mendengar komen yang dilontarkan kepada para finalis setelah mereka berjalan di runway. Dalam episod pertama yang disaksikan oleh korang, tak semua komen diperdengarkan. Namun, ada beberapa komen yang mungkin akan menarik perhatian semua.
Contohnya, finalis Nabil Aqil menurut Pak Nil tidak kelihatan begitu yakin dengan skil catwalknya. Pada pandangan mata juri, Nabil tidak kelihatan begitu stabil ketika berjalan, lalu membuatkan mereka bingung.
Bukankah Nabil terpilih sebagai model di pentas Kuala Lumpur Fesyen Week (KLFWRTW) 2017 yang lalu? Namun apa yang tidak diketahui oleh juri adalah Nabil baru saja pulih dari insiden tapak kaki cedera, hanya beberapa hari sebelum cabaran tersebut.
Kelibat Adam Yusuf dan Aiman Rahman di runway pula nyata menampakkan sisi amatur mereka sebagai pendatang baru dalam industri. Namun, Scha tertarik dengan presence quality yang ada pada Adam dan Aiman walaupun cara catwalk mereka bukanlah yang terbaik di kalangan semua.
“Adam nampak macam gangster ketika di hujung runway! Haha, like he gives this fierce face to all of us. Aiman pula bagi saya cuba sedaya mungkin to be different. Mungkin nampak amatur tetapi itulah yang membuatkan mereka memorable kepada saya,” kata Scha.
‘Too choreographed’, ‘a little bit loose; dan ‘that really shocked me, in a good way’. Itu antara komen yang diberi kepada (mengikut susunan) Ikmal Amry, Irfan Akmal dan Amir Azhari. Razman Mahayuddin pula mengalami insiden biasa yang selalu dihadapi model profesional sekurang-kurang sekali dalam kehidupan modelling mereka iaitu insiden kasut ‘tersangkut’ atau ‘tergelincir’ di atas runway. Seperti yang Idris Khan katakan tadi, suka atau tidak akan pakaian yang diberikan kepada mereka, you have to own it.
Jadi, siapa yang paling outstanding untuk cabaran kali ini?
“We have to give it to Harris Annuar. Mungkin ada yang akan cakap, alah dia ada latar belakang sebagai model. Tapi itu saja tak memadai. Apa yang penting adalah keyakinan luaran semasa berjalan di runway dan Harris kelihatan seperti dia tahu apa yang dia lakukan,” kata Scha.
Adakah korang setuju dengan pilihan juri untuk cabaran pertama ini? Dan nak tahu apa yang berlaku di sebalik tabir cabaran photoshoot Hero Remaja 2017 untuk episod pertama? Nantikan entry seterusnya.
Jangan lupa juga untuk terus mengikuti episod kedua program Hero Remaja 2017 pada minggu hadapan. Hari Khamis jam 9.00 malam di saluran Astro RIA (104) dan RIA HD (123). Follow perkembangan terbaru dari Hero Remaja 2017 di https://www.instagram.com/pencarianheroremaja/ dan vote Hero Favourite korang sehingga episod Finale nanti di http://www.remaja.my/vote/ . Ingat, SATU VOTE, SATU HARI.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Finalis Hero Remaja 2017, Ikmal Amry telah selamat diijab kabul dengan pasangannya, Najla Samshul sebentar tadi. Majlis pernikahan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
Pasangan mempelai dua sejoli itu dilihat cantik mengenakan busana rekaan pereka ternama, Rizman Ruzaini.
Majlis resepsi sebelah keluarga perempuan akan diadakan pada malam ini di sebuah resort yang terletak di Melaka.
Menurut Ikmal Amry, majlis resepsi sebelah keluarga lelaki yang dijadualkan berlangsung pada 27 Disember ini terpaksa ditunda ke tarikh lain ekoran kes COVID-19 yang masih menular di Lembah Klang.
Kami di Remaja mengucapkan selamat pemgantin baharu buat Ikmal dan pasangan, Najla Samshu! Semoha perkahwinan kalian diberkati serta dikurniakan kebahagiaan sehingga akhir hayat.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!