Tidak semua artis K-pop popular berasal dari Korea Selatan.
Ramai sebenarnya ‘penyanyi import’ di sana yang berjaya dicari menerusi scouting ataupun uji bakat yang diadakan di luar Korea mahupun dengan menghantar video penyertaan kepada agensi.
Antara termasuklah Lisa Manoban (Blackpink – Thailand), Sandara Park (2NE1 – Filipina), Rose (Blackpink – Australia), Mina & Sana (TWICE – Jepun), Nickhun (2PM – Thailand), Jackson Wang (GOT7 – Hong Kong), Lay (EXO – China), Bang Chan (Stray Kids – Australia) dan ramai lagi.
Hakikatnya, pembabitan mereka dalam dunia K-pop telah mewarnai dan memeriahkan lagi industri di sana.
Kini, peluang tersebut muncul semula apabila SM Entertainment hari ini mengumumkan bahawa mereka bakal membuka pendaftaran secara online untuk mencari trainee baharu bagi kumpulan ‘boy group’ di bawah label mereka!
Uji bakat yang dikenali sebagai 2021 Global SM New Boy Group Audition ini sedang mencari bakat baharu dari seluruh dunia untuk digabungkan di bawah SM.
Remaja lelaki yang layak mencuba nasib haruslah lahir dari tahun 2002 hingga 2008, mempunyai minat dan bakat terpendam dalam bidang nyanyian dan belum lagi terikat dengan mana-mana agensi.
Caranya mudah saja, DAFTARKAN DIRI DI SINI bermula hari ini (16 Januari) hinggga 15 Februari 2021 dengan menghantarkan butiran diri dan video uji bakat.
EXO
shiNEE
Dalam video tersebut, serlahkan kemampuan korang untuk menyanyi, menari atau apa juga bakat lain yang boleh diketengahkan.
Mereka yang disenarai pendek akan diumumkan oleh SM pada 28 Februari nanti dan mereka haruslah bersiap sedia untuk melalui saringan uji bakat secara fizikal atau secara atas talian (bergantung kepada lokasi masing-masing) pada 15 Mac kelak.
Keputusan akhir pemilihan kemudian akan diumumkan pada 31 Mac 2021.
NCT
Super Junior
Exciting kan!
Mana tahu, kita bakal ada artis K-pop pertama dari Malaysia selepas ini.
P.S: Penulis gemarkan tagline Bring The Boys Out yang digunakan oleh SM bagi uji bakat ini. Ia mengimbas semula grup perempuan Girl’s Generation yang mempunyai lagu popular dengan judul yang sama.