Sneakerlah Kembali Lagi Weekend Ini, Lebih 60 Vendor Sneakers Berkumpul

Share

 

Setelah 4 tahun dilangsungkan, acara konvensyen paling dinanti-nantikan oleh sneaker heads seluruh Malaysia kembali untuk tahun ini.

 

Sneakerlah sekali lagi akan diadakan di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC) pada hujung minggu ini (5-6 Oktober) dan acara yang dibawakan oleh U Mobile ini dijangka mendapat sambutan seramai lebih 32,000 seperti pada tahun lalu.

Kepada korang yang tidak pernah berkunjung ke Sneakerlah pasti tertanya-tanya apa yang best

sangat mengenainya sehinggakan orang ramai sanggup beratur panjang dan berpusu-pusu di dalam dewan.

Ia adalah satu-satunya acara yang meraikan – duh – sneakers di kalangan peminat fesyen streetwear, pengumpul model sneakers yang sukar diperoleh dan traders dari seluruh Malaysia malah dari rantau ASEAN.

Antara tarikan yang ada ialah pameran sneakers eksklusif oleh artis Korea Selatan, Rudy yang paka dalam mengolah semula rekaan sneakers. Rudy juga akan mengadakan demostrasi live, so check out for that.

Selain itu, pelbagai jenama sneakers juga akan mengadakan pelancaran istimewa masing-masing.

Antaranya ialah ASICS yang akan melancarkan model edisi terhad Gel Kayano 5 OG berkonsepkan ‘Nasi Lemak’. New Balance , Carhatt WIP, Chinatown Market, Vans, Reebok, Converse dan banyak lagi jenama turut akan berada di sana.

Terdapat lebih 60 gerai dan reseller untuk korang yang teringin mendapatkan sneakers baru. Ada juga acara cabutan bertuah termasuklah sneakers Nike Mag (dari filem Back To The Future) bernilai RM50,000 dan sneakers Carhatt x Eminem bernilai RM55,000.

WOW!

ARTIKEL BERKAITAN: [KUIZ] Apakah Sneakers Yang Gambarkan Personaliti Kamu?

Bayaran masuk ke Sneakerlah 2019 adalah RM20 (pre-sale), RM30 (door sale) dan RM70 untuk VIP.

Bagi kemasukan VIP ini, ia eksklusif untuk korang yang ingin ke dalam dewan DUA JAM sebelum acara bermula pada hari Sabtu atau Ahad.

Senang dan tak merimaskan sangat jika keadaan bertukar sesak, kan? Lagipun, korang akan mendapat lanyard Sneakerlah bernilai RM30. Jadi harga RM70 yang ditawarkan itu berbaloi sebenarnya.

Jumpa korang di sana!

HEY GIRLS, WE’RE BACK

Published by
FZ