Sneakers Kegemaran Park Seo Joon Adalah Skechers D’Lites 4.0! Korang Juga Boleh Menanginya

Share

 

Para peminat pelakon dari Korea Selatan, Park Seo Joon pastinya mengetahui mengenai perlantikannya sebagai wajah jenama Skechers pada tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Park Seo Joon Kini Duta Skechers! Ini 5 Kasut Yang Dipakainya – REMAJA

Terbaru, REMAJA telah berpeluang untuk menemubual Seo Joon mengenai pembabitan dalam pelancaran sneakers terbaru daripada Skechers iaitu koleksi D’Lites 4.0.

J

Jom lihat mengapa sneakers ini menjadi item wajib ada dalam gerobok Seo Joon dan mengapa korang juga harus mencubanya.

 

Kamu kini mewakili beberapa koleksi Skechers. Kasut atau koleksi manakah yang menjadi kegemaran kamu untuk kegunaan harian dan mengapa. Ke mana kamu akan pergi memakainya.

Park Seo Joon (PSJ) : Tentunya ia adalah koleksi D’Lites daripada Skechers! Saya mula mengenali koleksi D’Lites pada tahun 2007 dan menyukai sehingga kini. Sebagaimana koleksi ini terus disukai ramai, saya berharap agar saya juga akan terus diterima sebagai seorang pelakon untuk jangka masa yang lama.

 

Rekaan sneakers terbaru daripada Skechers, D’Lites 4.0 yang dipakai oleh Park Seo Joon.

 

Kamu adalah seorang yang amat aktif dan mempunyai jadual yang sibuk. Kasut Skechers manakah yang kamu cadangkan kepada seseorang yang mempunyai gaya hidup aktif seperti kamu?

(PSJ) : Buat masa ini, saya akan syorkan koleksi D’Lites 4.0 dari Skechers. Jika korang mempunyai jadual yang padat, kamu akan mudah letih dan kasut adalah item yang amat penting untuk membantu kamu bekerja seharian. Saya memakai D’Lites 4.0 untuk kali pertama sewaktu penggambaran dan kaki saya benar-benar terasa selesa biarpun memakainya untuk tempoh yang lama!

 

Apakah stail peribadi kamu? Dalam drama besiri Itaewon Class, kamu dilihat suka memakai persalinan gaya sukan atau ‘athleisure’ seperti hoodies dan kasut. Adakah itu menggambarkan gaya peribadi kamu dalam kehidupan sebenar?

(PSJ) : Saya rasa kamu merasakan stail saya sebegitu disebabkan watak saya, Sae Ro Yi dalam drama Itaewon Class (ketawa). Saya sebenarnya lebih cendurung menggayakan diri saya dengan item ‘basic’ dalam pelbagai cara, dan tidak meniru gaya orang lain.

Pada saya, seseorang itu akan kelihatan menarik apabila dia memakai stail yang menyelesakan dirinya dan sesuai dengan karakternya.

 

Park Seo Joon menggayakan sneakers Skechers D’Lites 4.0.

 

Kongsikan dengan REMAJA momen paling menarik sepanjang penggambaran kempen bersama Skechers.

(PSJ) : Semasa penggambaran bersama Skechers, saya ingat saya perlu melakukan pelbagai jenis ‘posing’ dinamik. Dan saya berpuas hati dengan hasil foto dan videonya kerana karakteristik Skechers dapat saya sampaikan dengan baik.

 

Akhir sekali, apakah yang ingin kamu sampaikan kepada peminat Skechers remaja di Malaysia?

(PSJ) : Saya teringin sekali untuk mengadakan perjumpaan bersama peminat (fan meeting) di Malaysia. Sebelum pandemik COVID-19 melanda, peminat saya di Malaysia pernah hadir ke beberapa fan meeting di Seoul, Korea Selatan dan Singapura.

Jadi pada waktu akan datang, saya rasakan akan tiba masa untuk saya ke (Malaysia) pula dan sama-sama kita bergembira dengan kenangan indah.

 

 

GIVEAWAY Skechers x Remaja

Okay guys! REMAJA bersama-sama Skechers Malaysia ingin mencari seorang pemenang yang akan membawa pulang sepasang kasut Skechers daripada koleksi D’Lites 4.0. Lihat cara penyertaan yang mudah di bawah, mana tahu koranglah pemenang yang kami cari:

CARA PENYERTAAN

  1. Follow akaun Facebook @SKECHERS & @MajalahRemaja serta akaun Instagram @skechersmalaysia @majalahremaja
  2. Like post mengenai artikel ini di Instagram dan kongsikannya di Instagram Story. Jangan lupa untuk tag akaun @skechersmalaysia dan @majalahremaja.
  3. Pada post tersebut pula, komen mengapa korang ingin memenangi kasut daripada koleksi Skechers D’Lites 4.0 yang juga dipakai oleh Park Seo Joon ini. Tag 2 rakan korang.
  4. Pertandingan ini dibuka khas untuk warganegara Malaysia sahaja dari 15 Disember 2021 hingga 21 Disember 2021.
  5. Terma dan syarat pertandingan adalah muktamad.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 22 Disember 2021 menerusi Instagram @majalahremaja.

All the best!

ARTIKEL BERKAITAN : Sambutan Hangat! Skechers Kembali Dengan Koleksi Khas Bersama ONE PIECE – REMAJA

Published by
FZ