Bagi peminat Marvel, sudah tentu mereka sangat tergila-gilakan merchandise daripada jenama filem legend ini.
Dengan kemunculan filem terbaru, Avengers: Endgame menjadi fenomena seluruh dunia apabila mencecah kutipan AS$169 juta (RM780 juta) pada hari pertama tayangan di 25 negara termasuk China, Australia dan beberapa negara di Eropah.
Korang bayangkan saja di Malaysia sebelum hari tayangan pun tiket filem ini telah terjual sebanyak RM10 juta. Hebat tak hebatlah penangan Avengers kali ni.
Dek kerana fenomena Avengers inilah membuatkan ramai yang kalau boleh nak kumpul koleksi merchandise adiwira dunia ini.
Sebuah online page di Facebook, EIIE OnlineStore telah pun berkongsi koleksi sneakers Nike x Avengers mengikut rekaan bagi setiap adiwira.
Namun begitu jangan excited sangat. Ini adalah rekaan semata-mata dan bukanlah untuk dijual.
Bak kata orang, saja nak fefeeling sat. Hiks!
Apa-apa pun koleksi sneakers Avengers ni memang style habis. Korang suka yang mana?
1. Captain America
2. Thor
3. Iron Man
4. Hulk
5. Black Panther
6. Gamora
7. Black Widow
8. Nebula
9. Thanos
Pergh, ni kalau jual tak tahulah harga dia berapa kan? Confirm nangis sis. Hiks!
Pertama Di Dunia, Sut Dari Misai. ‘Rare’ Dan Ada Maksud Disebalik Pakaian Ini?
November adalah bulan istimewa untuk para lelaki seluruh dunia menyambut, or rather, memperingati kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka terutamanya kesedaran mengenai masalah kesihatan lelaki yang serius, seperti barah prostat dan testis.
Dan untuk menunjukkan tanda sokongan, lelaki membiarkan saja misai dan jambang tanpa bercukur.
Menariknya lagi sempena Movember tahun ini, jenama pakaian lelaki Australia, Politix bekerjasama dengan artis visual Pamela Kleeman-Passi untuk menghasilkan sut unik menggunakan misai lelaki.
Wow, pakaian ini juga dikatakan pertama di dunia dihasilkan menggunakan misai manusia dan Oddity Central melaporkan, inisiatif itu bersempena dengan kempen Movember.
Sut yang dipanggil Mo-Hair diperbuat daripada fabrik unik yang dicipta oleh artis visual yang berpangkalan di Melbourne, Pamela Kleeman-Passi. Passi terbabit dalam projek itu kerana suaminya meninggal dunia akibat barah prostat dan usus, pada 2016.
Bagi menghasilkan sut itu, Passi dibekalkan dengan misai yang diperlukan oleh Sustainable Salons, program kitar semula yang mengumpul dan mengitar semula rambut dari pelbagai salun.
ARTIKEL BERKAITAN : Pemain Harimau Malaya Hidap Kanser Testis, Pentingnya Pemeriksaan Dan Dikesan Awal
Sejurus berita mengenai projek itu mula tersebar, orang awam mula menghantar bungkusan berisi misai mereka. Passi menjahit semua rambut misai bersama-sama dengan kapas untuk menghasilkan fabrik asli.
Ia kemudiannya diserahkan kepada pengurus reka bentuk Politix Paul Burden yang memotongnya menjadi sut. Bagi mengelakkan kegatalan yang biasanya dikaitkan dengan rambut pada kulit, Politix melapik kain itu dan mencetaknya.
So, sekarang korang tahu bahawa Movember bukan semata-mata bulan untuk membela misai dan jambang. Membela misai serta jambang hanyalah budaya simbolik untuk menyokong kempen kesedaran untuk lelaki ini.
**Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika korang menghadapi sebarang masalah atau mengenali sesiapa yang mempunyai masalah fizikal mahupun mental, usah sesekali menunggu bantuan untuk tiba. Bangun dan minta bantuan keluarga serta kenalan rapat untuk ke hospital dan pusat kaunseling. Lawati laman web Malaysian Mental Health Association untuk makluman direktori lanjut.
Dr Amalina Jadi Trending Di Twitter, Duduki Senarai Ke-8 Tweet Paling Tinggi
PELATIH pakar bedah warga Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri kini menjadi trend di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.
Pembedahan yang berjaya membuang tumor 200 gram pada mulut bayi berusia sembilan bulan itu yang dijalankan di sebuah hospital kanak-kanak di London hasil inisiatif beliau, menjadi tular semalam.
Beliau menduduki tempat kelapan antara tweet paling tinggi di Twitter, menerima 44,500 tweet setakat 1 tengah hari.
Pengguna Twitter mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada beliau atas kejayaan pembedahan itu dan bantuan yang dihulurkannya bagi membolehkan Ainul Mardhiah dibawa ke London bersama ibu bapanya untuk menjalani pembedahan itu.
Selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor menerusi akaun Twitternya, @Neelofa menyatakan kesyukuran atas kejayaan pembedahan itu dan mendoakan agar Ainul Mardhiah cepat sembuh.
“Alhamdulillah, berita baik! Semoga cepat sembuh Ainul dan terima kasih kepada pasukan yang hebat dan Dr Nur Amalina atas usaha ini!”
Koresponden TV3 Malaysia di United Kingdom, Haliza Hashim (@HalizaTV3London) menyatakan terima kasih kepada Dr Nur Amalina atas usaha beliau membawa keluarga itu ke London.
“Sejak beberapa tahun ini saya menulis banyak cerita mengenai @DrAmalinaBakri.
“Betapa besarnya cabaran untuk membawa bayi #ainulmardhiah ke London. Saya amat berbangga dengan anda, doktor!” katanya menerusi tweet.
Pengguna Twitter, @Haziq_Escobar juga menyentuh mengenai pembedahan itu dan mengucapkan tahniah kepada Dr Nur Amalina atas usaha luar biasa beliau itu.
“Terima kasih kepada Dr Amalina Bakri, bayi Ainul berjaya melalui pembedahan untuk membuang tumor itu.
“Tidak lama lagi mereka akan tahu sama ada kanser itu sudah tidak aktif lagi atau sebaliknya.
“Kejayaan hebat buat doktor dan orang ramai yang menghulurkan sumbangan. Mereka benar-benar berhati mulia dan anugerah Tuhan,” katanya.
Pengguna Twitter lain,@princessfazriyn berkata: “Dr Amalina kini menjadi trend.
“Wahai rakyat Malaysia, marilah kita meluangkan masa sejenak untuk menghargai pengorbanan beliau daripada tiada apa-apa kepada sesuatu yang amat bermakna buat keluarga Ainul (dan juga kita, rakyat Malaysia). Dr Amalina layak digelar ‘superwoman’.”
Sementara itu, netizen memenuhkan akaun Instagram Dr Nur Amalina dengan ucapan tahniah dan komen baik atas kejayaan pembedahan itu.
Pelakon Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross menerusi akaun Instagram beliau catrionabrianross) mencatat: “Alhamdulillah…tahniah Dr Amalina & pasukan.”
Pakar Dermatologi Dr Shaaira Nasir memuji Dr Nur Amalina atas kejayaannya menyelamatkan bayi itu.
“Usaha yang menakjubkan. Saya tidak sabar-sabar hendak melihat kemajuan dan perkembangan beliau mulai sekarang. Alhamdulillah,” katanya di status Instagram Dr Nur Amalina.
Semalam, bapa Ainul Mardhiah memberitahu menerusi akaun Facebooknya yang Ainul sudah sedar dan dirawat di unit rawatan rapi untuk memastikan keadaannya stabil sebelum dipindahkan ke wad biasa.
Hari ini, beliau menghantar video Ainul Mardhiah yang cuba bertindak balas kepada ibunya yang bertutur sesuatu kepadanya.
Berita mengenai keadaan kanak-kanak itu tular di media sosial sebelum Dr Nur Amalina menghulurkan bantuan.
Malaysia Airlines menyumbangkan tiket penerbangan untuk bayi itu dan ibu bapanya.
SUMBER : BERNAMA
Lagu Viral Selalu ‘Melekat’ Dalam Kepala! 4 Tip Kalau Terkena Igauan ‘Earworms’
Pernah tak korang alami gejala seperti teringat dan sentiasa memikirkan sebuah lagu viral yang sama berulang kali? Ha…inilah yang dinamakan dan dikaitkan dengan masalah ‘earworms’.
ARTIKEL BERKAITAN : Lagu ‘Bae Sobar Bae’ Dah Sampai Ke Jepun! -“Kelantan Mendunia Boh”
Namun sedar atau tidak, ramai dalam kalangan kita yang berdepan situasi di mana lirik dan melodi sesuatu lagu itu ‘melekat’ di fikiran untuk tempoh masa tertentu.
Menurut Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di laman X, situasi tersebut dikenali sebagai earworms (cacing telinga).
Sebagaimana dijelaskan PHM, earworms adalah satu keadaan apabila lagu yang sudah tidak dimainkan itu tetap didengari secara berulang kali dalam kepala anda
Walaupun majoriti individu tidak menganggap ia sebagai satu masalah, tetapi sedikit sebanyak situasi berkenaan boleh menyebabkan anda kurang fokus.
Terdapat empat tip boleh dilakukan untuk menghentikan situasi earworms daripada terus berlanjutan.
1. Dengar keseluruhan lagu
Menikmati keseluruhan lagu dapat menghilangkan sesetengah rangkap lagu yang ‘terperangkap pada gelung’ dalam kepala anda.
2. Tambah variasi lagu dalam fikiran
Fikirkan atau dengar lagu lain yang lebih anda sukai, atau fikirkan lagu kebangsaan.
Selain itu, berzikir juga mampu membantu.
Nikmati keseluruhan lagu untuk menghilangkan earworms. -Gambar hiasan
3. Abaikan
Cuba untuk tidak memikirkan lagu tersebut dan biarkan ia lenyap secara semula jadi dengan sendirinya.
4. Sibukkan diri
Lakukan aktiviti lain yang boleh membuatkan tumpuan anda beralih daripada memikirkan lagu berkenaan.
Kata PHM lagi, situasi berkenaan boleh menyebabkan masalah lain seperti gangguan obsesif-kompulsif (OCD), sindrom psikotik, sakit kepala, migrain, sawan atau keadaan yang dikenali sebagai palinacousis.
Tambahnya, kebanyakan kes Earworms adalah tidak serius. Ia berkemungkinan sebahagian daripada proses kreativiti otak anda. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada pakar sekiranya masalah berlanjutan lebih 24 jam.
BACA LAGI : “Pakailah ‘Braces’ Kalau Nak Diet…” -Aisha Retno Tepis Dakwaan Ambil Bahan Terlarang
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.