Putera Harry dan Meghan Markle cepat menerima hadiah pertama untuk royal baby setelah berita kehamilan Meghan disampaikan Kensington Palace, semalam.
Hari ini merupakan hari pertama Harry dan Meghan memulakan jelajah Australia mereka.
Bertempat di Admiralty House iaitu kediaman rasmi Govenor Jeneral Sydney, Harry dan Meghan disambut secara rasmi oleh 18 wakil negara yang terlibat di dalam kejohanan Invictus Games Sydney 2018.
Meghan yang menyarung dress dari pereka fesyen Australia, Karen G juga berjumpa dengan bekas perenang dunia, Ia Thorpe dan beberapa lagi duta Australia.
Dalam pada beramah mesra, Govenor Jeneral sempat menyampaikan hadiah perkahwinan berupa topi Aussie Akubra kepada pasangan tersebut. Selain itu, beliau juga menyediakan permainan fluffy Kangaroo dan sepasang ugg boots
untuk menyambut berita royal baby itu.
“Thank you, that’s so sweet,” ujar Meghan.
Selepas tamat, mereka berdua kemudian beredar ke Zoo Taronga untuk berjumpa dengan 2 ekor bayi koala. Di situ, jurugambar sempat mengambil foto jelas yang menunjukkan Meghan bersama baby bump-nya.
Walaupun berbadan dua, Meghan masih kuat untuk meneruskan itinerari seperti menaiki feri untuk ke Opera House, menonton sesi latihan Bangarra Dance Company di sana dan bertemu rakyat Australia dengan berjalan di sekitar kawasan itu.
Fuhh, yang belum pernah mengandung pun belum tentu larat nak buat semua tu.
BACA : Hollywood Excited Dengan Berita Royal Baby Harry & Meghan