Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul yang sering kali membuat penampilan ‘lain daripada yang lain’ ketika membuat persembahan. Boleh dikatakan apa sahaja yang digayakan oleh selebriti ini pastinya berjaya menarik perhatian orang ramai.
ARTIKEL BERKAITAN : Ramai Tidak Perasan ‘Busana Bunga’ Aina Abdul Berkembang Atas Pentas AJL-36!
Terbaharu, sekali lagi Aina Abdul mencuri perhatian ramai ketika membuat persembahan pembukaan di Anugerah industri Muzik ke-23 (AIM23) malam tadi. Buat kali ini rata-rata peminat dan netizen tertarik dengan busana yang dipakai Aina.
Persalinan Putih Mewah Rekaan Rizman Ruzaini
Mengenakan hasil karya pereka terkenal. Rizman Ruzaini, Aina dilihat sangat cantik dengan busana putih berhias jemeki kristal dan lengan mega berteman pelepah ostrich mewah.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, selesai persembahan di AIM. Thank you to my glam team yang siapkan Aina malam ni (11/9). I love every bit of this look. And to my sound team yang memudahkan perjalanan nyanyian Aina.”-Tulis Aina di Instagram
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata peminat membanjiri hantaran Aina di Instagram dengan kata-kata pujian terhadap penampilan penyanyi lagu Sumpah itu.
Tidak dinafikan Aina memang sering tampil dengan gaya unik yang pastinya mencuri mata peminat. Apa-apa Aina memang nampak sangat cantik dan menawan malam tadi!
Sekadar info, Aina Abdul membuat persembahan pembukaan pada malam tadi di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, semalam.
BACA LAGI : 30 Perkataan ‘Fool’ Gambaran Gadis Bangkit Semula – Pereka Fesyen Aina Abdul – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.