Isi Kandungan
Toggle
Alahai, kalaulah setiap hari boleh dengar mereka nyanyikan love songs kepada kita setiap hari – mahu cair jawabnya! Hehe..
Bulan Februari memang sinonim sebagai bulan cinta. Tak kiralah jika korang memilih untuk menyambut sambutan Hari Kekasih atau tidak, itu terpulang kepada hak individu masing-masing.
Yang penting, kita perlu selalu sebarkan positiviti melalui rasa kasih sayang kepada orang di sekeliling tanpa mengira bulan apa pun.
Mungkin itulah yang cuba dilakukan oleh beberapa orang selebriti Malaysia di media sosial semalam, terutamanya di Instagram. Mereka memilih untuk menyanyikan lagu cinta atau love songs kepada crush masing-masing dan mungkin juga untuk para followers yang setia selama ini.
Jom tengok siapa yang paling sweet!
01
Kai Chalmers
02
Najwa Latif
03
Bil Musa
04
Naim Daniel
05
Kucaimars
Love is definitely in the AIR !
Netizen China Serang Park Shin Hye Di IG Gara-Gara Tanda Pagar #koreantraditionalclothes
Menjadi seorang selebriti bukanlah sesuatu yang mudah kerana terpaksa bertahan dengan kecaman demi kecaman yang diterima oleh peminat di seluruh negara. Sebagai seorang manusia biasa, mereka juga tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.
Baru-baru ini, pelakon Korea yang merupakan pengantin baharu telah pun memuat naik gambar perkahwinannya yang memakai hanbok di laman instagram. Walau bagaimanapun, peminatnya dari China tidak berpuas hati apabila pelakon wanita itu menggunakan tanda pagar #koreantraditionalclothes.
Walaupun Hanbok secara literalnya bermaksud pakaian Korea, namun sesetengah netizen Korea berasa marah kerana pelakon itu menggunakan tanda pagar tersebut, di ruangan komen ramai yang meluahkan rasa marah dan ada yang berkata “Saya tidak mahu lagi menonton drama anda”, “Anda tidak layak menerima cinta dari China” dan banyak lagi.
Sebelum ini pernah juga timbul isu YouTuber mukbang Korea ditamatkan kontrak oleh agensi China gara-gara mengatakan kimchi adalah makanan Korea hingga menjadi perbalahan antara rakyat Korea dan netizen dari China.
BACA: Kenyataan ‘Kimchi Adalah Makanan Korea’, YouTuber Mukbang Ditamatkan Kontrak Dari Agensi China
Fuh susah juga macam ni kalau semua kaki claim. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Melawat ‘Zoo’ Di Singapura Secara Virtual, Penonton Berpeluang Berinteraksi Bersama Haiwan
Walaupun arahan Perintah Kawalan Pergerakan sudah pun dilonggarkan sedikit di kebanyakan negara, namun masih ramai lagi masyarakat yang tidak berani untuk keluar rumah kerana masih khuatir dengan wabak COVID-19 yang masih berleluasa.
Berikutkan dengan isu ini, Wildlife Reserves Singapore (WRS) telah mengambil inisiatif dengan melancarkan rangkaian secara virtual untuk pengunjung berinteraksi bersama haiwan secara langsung di rumah.
Mahukan pengalaman eksklusif melihat behind-the-scenes bersama gajah di Zoo Singapura, Backstage Pass menawarkan sesi ekslusif selama 30 minit dimana penonton dapat melihat persembahan gajah dan berpelung untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pengayaan mereka. Sesi ini juga akan diketuai oleh pasukan penjagaan haiwan WRS yang akan berkongsi cerita mengenai haiwan yang terdapat dalam pusat riadah tersebut.
Remaja berpeluang juga menyertai sesi bersama Double Yellow-Headed Amazon, Scarlet Macaw & Toco Toucans, dibawa secara langsung dari Jurong Bird Park Singapura. Dalam sesi selama lebih kurang 25 minit itu, korang bakal dihiburkan dengan aksi haiwan yang menonjolkan bakat luar biasa seperti bercakap dan menyanyi.
Selain itu juga, jika ingin meraikan atau membuat kejutan kepada seseorang, korang juga boleh membuat video istimewa dengan memberi Personalised Message kepada orang tersayang melalui Yellow Napped Amazon yang mana ia juga berbakat dalam menyanyikan lagu Happy Birthday.
Orang ramai yang berminat boleh memilih daripada lima sesi yang berbeza dan ianya terhad kepada hanya tiga profil pengguna. Penonton akan menikmati sesi beramah mesra dengan pasukan penjaga haiwan dan berpeluang untuk bertanyakan soalan.
Antara lima sesi yang ditawarkan adalah seperti berikut:
• Capybara & Great White Pelican (River Safari)
• African Penguins (Singapore Zoo)
• Oriental Pied Hornbill & White Cockatoo (Jurong Bird Park)
• Double Yellow-Headed Amazon, Scarlet Macaw, Toco Toucan (Jurong Bird Park)
• Great Horned Owl, Asian small-clawed Otters & White Raccoon (Night Safari)
Sesi interaktif bersama haiwan ini menawarkan harga daripada $50 (RM151.36) sehingga $250 (RM756.80) dan pendapatan daripada sesi ini juga sedikit sebanyak akan disalurkan bagai menyokong usaha berterusan WRS untuk menjaga dan melindungi hidupan liar di seluruh Asia Tenggara.
So guys, untuk si pencinta haiwan rasanya inilah peluang bagi korang merasai pengalaman ‘zoo’ di rumah dan bukan hanya itu, secara tidak langsung dapat memberi sumbangan untuk memulihara haiwan-haiwan tersebut.
Tahu Tak Agen Pemungut Tak Boleh Paksa Korang Bayar Hutang, Ketahui 7 Hak Digariskan Oleh BNM
Pernahkan kita membaca kisah segelintir masyarakat dikasari oleh agen pemungut hutang yang dilantik oleh pihak bank untuk mengutip hutang tertunggak dari pelanggan.
Bermula dari menelefon memaklumkan ada hutang tertunggak, diberikan tempoh masa tertentu untuk bayaran balik, ada ketikanya perasaan malu mula timbul bila agen pemungut hutang mula datang ke pejabat atau rumah untuk mendapatkan wang tertunggak termasuk berani bertanya kepada jiran dan rakan sepejabat di mana anda berada.
Untuk pengetahuan korang, jika identiti anda cuba dikorek oleh agen pemungut hutang sama ada melalui jiran, rakan sepejabat, ia adalah satu KESALAHAN DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709).
Baca ingatan yang dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia ini melalui laman rasmi fbnya.
Apa Hak Anda?
Bank Negara Malaysia (BNM) telah menggariskan beberapa panduan yang perlu diikuti oleh ejen pengutip hutang. Proses pemungutan hutang perlu dilakukan dengan mengikut undang-undang, termasuk melindungi privasi sewaktu mengutip hutang.
Di bawah garis panduan yang disediakan, pihak bank yang menggunakan ejen pengutip hutang perlu pastikan:
- Memupuk standard professionalisme yang tinggi sewaktu mengutip hutang.
• Memastikan ejen menggunakan tindakan yang beretika dalam mengutip hutang.
• Tidak menggunakan kekerasan.
• Memberikan notis pemberitahuan terlebih dahulu kepada penghutang.
• Menunjukkan kad kuasa.
• Memastikan maklumat penghutang tepat dan jelas.
• Mematuhi undang-undang berkaitan perlindungan maklumat dan privasi.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)
Akta ini memainkan peranan penting untuk melindungi hak individu bagi mengelakkan syarikat menjual, berkongsi, atau menggunakan maklumat anda bagi kepentingan pihak ketiga. Jika anda dapati ejen pengutip hutang telah menggunakan maklumat anda untuk memalukan atau memaksa anda membayar hutang (seperti mendedahkannya kepada rakan-rakan), mereka telah melanggar peraturan di bawah akta ini
Pengutip Hutang Tidak Boleh Mengancam Anda
Pengutip hutang tidak boleh mengancam anda dan juga menggunakan tindakan yang luar dari undang-undang untuk memaksa anda membayar hutang tersebut. Ini termasuklah menceroboh ataupun membuat kerosakan. Mereka juga tidak dibenarkan untuk mengikuti anda dari tempat kerja, dan juga mengintip lokasi anda.
Bagaimana Cara untuk Membuat Aduan?
Anda boleh memfailkan aduan dengan bank berkenaan jika ejen pengutip hutang melanggar etika di atas. Jika anda tidak berpuas hati dengan cara bank menangani aduan anda, anda boleh failkan aduan anda terus ke
Bank Negara Malaysia di:
BNMTELELINK (Pusat Hubungan Pelanggan)
1-300-88-5465
bnmtelelink@bnm.gov.my
Waktu operasi: 9:00 am – 5:00 pm (Isnin – Jumaat)
BNMTELELINK (Pejabat Pusat Khidmat Pelanggan)
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel:1-300-88-5465
Faks:03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
SMS: 15888
BNMLINK atau Bank Negara Malaysia Laman Informasi Nasihat dan Khidmat membantu orang ramai dan ahli perniagaan mengenai isu dan aduan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk khidmat nasihat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkaitan dengan akses kepada pembiayaan, pengesahan status dan laporan kredit (CCRIS), prosedur pentadbiran pertukaran asing, serta pertanyaan tentang skim kewangan secara haram.
Pihak bank akan menghantar notis pemberitahuan kepada anda untuk membayar hutang terlebih dahulu, jangan abaikan panggilan telefon, surat, atau notis emel dari bank berkenaan dengan pembayaran pinjaman anda. Hubungi pihak bank sekiranya anda mengalami masalah membuat bayaran semula. Bank boleh menawarkan penstrukturan semula bayaran bagi membantu anda kerana pihak bank juga ingin mengurangkan jumlah pinjaman tidak berbayar (non-performing loans).
Segera hubungi pihak berkuasa sekiranya wujud kekerasan yang digunakan oleh ejen pengutip hutang.