Semalam, calon SPM 2020 telah menduduki peperiksaan subjek Sejarah namun ada yang mendakwa bahawa soalan bagi subjek itu telah bocor melibatkan topik Kertas 2.
Menurut laporan The Star, topik bagi soalan kertas berkenaan dikatakan tersebar di aplikasi WhatsApp sebelum calon menduduki peperiksaan pada jam 10 pagi (24 Februari).
Antara topik yang tersebar adalah berkaitan dengan ‘Penentangan di Perak’, ‘Maritim’ dan ‘Wawasan 2020’.
Subjek Sejarah adalah salah satu kertas wajib untuk peperiksaan SPM dan diambil lebih daripada 401,000 calon pada SPM 2020. Namun, khabarnya dakwaan ini belum menerima maklum balas dan reaksi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Walau bagaimanapun, netizen mengharapkan agar peperiksaan subjek ini tidak perlu diambil semula kerana ia hanya akan membebankan para pelajar.
Semoga kes ini dapat disiasat dan diselesaikan dengan baik.
Sumber: The Star
Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Jadi Tebusan Rompakan Bank, Sakit Lutut Asbab Pisah Ajal
Sejak semalam tular di media sosial mengenai kisah rompakan melibatkan seorang remaja berusia 19 tahun di Kota Tinggi, Johor. Dalam detik cemas itu, remaja berkenaan maut selepas terkena tembakan dilepaskan pengawal keselamatan di bahagian rusuknya.
Mungkin sebahagian dari kita ingin tahu bagaimana keadaan mangsa yang diacukan sabit dan Bernama bertemu keluarga tersebut bagi berkongsi detik berkenaan. Ternyata sakit lutut menjadi asbab rezeki anaknya terselamat dari maut dalam rompakan bank tersebut.
Kesakitan lutut yang dialami seorang ibu membolehkan pengawal keselamatan mencuri peluang lalu menembak mati seorang lelaki yang cuba menyamun sebuah bank dan menjadikan anaknya tebusan dalam satu kejadian di Felda Ayer Tawar 5 dekat sini petang semalam.
Menceritakan detik cemas itu, Ratnah Ahab, 56, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2 petang itu, dia dan anaknya, Mardiah Mat Ripi, 26, sedang beratur untuk urusan perbankan di dalam bank setelah melepasi saringan kesihatan di bank berkenaan.
“Tiba-tiba datang sorang lelaki memakai kemeja T dan bertutup muka memeluk Mardiah dari arah belakang sambil mengacukan sebilah sabit di leher anak saya.
“Saya terkejut dan masa kejadian itu, pelanggan bank hanya ada enam orang termasuk kami dua beranak,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belading Baru, Telok Sengat, di sini lewat malam tadi.
Sambil mengheret Mardiah, perompak itu sempat menutup pintu bank, katanya lagi.
Ratnah yang bekerja di Ladang Sawit Telok Sengat itu sambil merayu kepada perompak untuk tidak mengapa-apakan dan melepaskan anaknya sempat bertanya kepada suspek berkenaan mengapa berbuat demikian.
Lelaki bertopeng itu berkata dia hanya memerlukan RM20,000 sahaja.
Sebelum itu, perompak berkenaan telah mengugut untuk mencederakan Mardiah jika tuntutannya mendapatkan RM20,000 berkenan tidak dipenuhi oleh pihak bank.
Sementara itu, pegawai bank serta kakitangan yang berada di dalam bank itu sedang berusaha memasukkan wang ke dalam sebuah beg galas berwarna putih sebagaimana yang diarahkan oleh perompak terbabit.
Sejurus melepaskan Mardiah, perompak berkenan menerpa ke arah Ratnah sambil mengacukan sabit namun wanita itu terjatuh dan tidak berupaya bangun akibat sakit lutut yang dialaminya.
“Pada masa itulah, saya terdengar letupan tembakan dari arah kaunter bank. Saya nampak perompak itu rebah ke lantai dan berlumuran darah sementara sorang pelanggan lain melemparkan sabit itu jauh dari tangan perompak itu,” katanya yang masih menggigil ketakutan akibat trauma.
Seorang lelaki berusia 19 tahun ditembak mati ketika cuba menyamun sebuah bank serta menahan tebusan.
Beliau dan anaknya turut menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pasukan perubatan Hospital Kota Tinggi dan disahkan baik kecuali mengalami sedikit trauma akibat peristiwa berkenaan.
Sementara itu, kediaman Ratnah terus dikunjungi saudara-mara dan jiran sekampung bagi mengucapkan syukur kerana terselamat dalam kejadian rompakan terbabit.
Pada kejadian yang berlaku selama kira-kira setengah jam itu, seorang lelaki berusia 19 tahun ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan menggunakan ‘pump gun’ ketika cuba menyamun sebuah bank serta menahan tebusan. – Bernama
[Video] Sumbat Kucing Dalam Mesin Basuh Hingga Mati, Pemuda Teruk Dikecam
Nampaknya perbuatan “bodoh” dua pemuda yang dilihat sengaja memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin basuh memerangkap diri sendiri.
Perbuatan kejam tidak masuk akal yang berjaya dirakam melalui CCTV di kedai dobi berkenaan menyaksikan perbuatan kejam dua pemuda yang dengan selamba menangkap seekor ibu kucing bunting yang sedang berehat di bawah meja berkenaan.
Tanpa ada perasaan belas dengan haiwan bunting itu, seorang darinya dilihat menjinjit kucing berkenaan ke dalam mesin pengering bersuhu tinggi, mengambil pakaiannya dan kemudian berlalu pergi mendapat kecaman luar biasa dari orang ramai yang mahu perbuatannya itu dihukum.
Bukan itu saja, Persatuan Haiwan Malaysia sudah membuat laporan polis berkaitan kekejaman yang dilakukan terhadap haiwan yang tidak berdosa ini.
Dalam satu kenyataan, Animal Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan dua pemuda yang menzalimi dan membunuh seekor kucing betina yang sarat bunting dengan memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering bersuhu tinggi di sebuah Kedai Dobi di Taman Gombak Ria Selangor.
Pelaku dipercayai pelanggan tetap yang kerap ke kedai dobi ini dan tinggal berhampiran kedai dobi. Manakala ibu kucing tersebut adalah kucing gelandangan yang memang dibenarkan tinggal berteduh di dalam kedai dobi tersebut.
Namun amat menyedihkan apabila ibu Kucing malang berserta anak dalam kandungannya mati dalam keadaan tragis dengan berlumuran darah.
Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 pagi hari Selasa 11 September 2018. Perilaku kejam ini tidak dapat diterima dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana ia bukanlah menzahirkan budaya Malaysia yang penuh harmonis dan lemah lembut.
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Taman Seri Gombak Selangor untuk tujuan tindakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Diharapkan pelaku dijatuhi hukuman setimpal kelakuan zalim di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Bukti rakaman CCTV dan beberapa keping gambar yang jelas menunjukkan wajah pelaku telah dirakamkan dan diharapkan pihak berkuasa melakukan tindakan sehingga terhukumnya pelaku.
Ingatan buat orang ramai khususnya para remaja, adakalanya kita menyangka perbuatan itu boleh membuat hati kita riang tertawa tetapi natijah di sebalik perbuatan kejam ini tidak seharusnya berlaku dan dilakukan.
Sumber : FB Fan Club KakiMotong
https://www.facebook.com/KakimotongFanClub/videos/552290848542394/
Stok Darah A Sangat Kritikal, KKM Seru Masyarakat Tampil Menderma
Tahukah anda menderma darah dapat menyelamatkan mereka yang memerlukan.
Sebelum ini, terdapat beberapa hospital yang menjelaskan bahawa bekalan darah berkurangan dengan ketara . Terdapat banyak kegunaan darah antaranya menyelamatkan nyawa semasa pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, pesakit jantung, penyakit hati, hemophilia dan lain-lain.
Dengan menderma darah, mungkin kita mampu menyelamatkan nyawa seseorang kerana hospital sentiasa kekurangan darah dan disebabkan itulah pentingnya buat kita semua, sekiranya layak dan dibenarkan untuk menderma darah, patut menderma darah setiap 3 bulan. Jadi, untuk korang yang masih sihat dan layak untuk menderma, tidak salah sekiranya kita bantu orang yang memerlukan.
Terbaru, KKM menyeru orang ramai untuk tampil menderma darah. Terbaru, Pusat Darah Negara memaklumkan platelet darah jenis A diperlukan.
Status stok bekalan platelet A di Pusat Darah Negara semain berkurangan. Dengan jangka hayat hanya selama 5 hari, komponen platelet memerlukan pendermaan yang berterusan supaya status bekalan kumpulan darah ini sentiasa optimum.
Komponen platelet amat penting dalam perawatan pesakit seperti wanita bersalin yang kehilangan darah, mangsa kemalangan jalan raya dan juga kes-kes pembedahan.
Orang ramai dinasihatkan untuk terus menderma darah di Pusat Pendermaan Darah Statik PDN atau lokasi yang berhampiran.
Untuk info PENDERMA DARAH dapat mengurangkan kalori di dalam badan.
Seriuslah?
Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 kalori dalam badan seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti.
Namun begitu, menderma darah ada hadnya di mana penderma hanya boleh menderma sekali dalam tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi penderma.
Malah, kos rawatan percuma juga akan diberi kepada penderma darah tegar mengikut kepada berapa kali pendermaan dilakukan. Biasanya bagi yang pertama kali, kos rawatan ini akan tamat tempoh 4 bulan dari kali terakhir menderma. Tapi kalau sudah menderma 50 kali ke atas, percuma bagi tempoh 10 tahun di kelas pertama dan percuma seumur hidup di kelas dua dari tarikh akhir menderma.
Sumber : Facebook KKM