Semalam, calon SPM 2020 telah menduduki peperiksaan subjek Sejarah namun ada yang mendakwa bahawa soalan bagi subjek itu telah bocor melibatkan topik Kertas 2.
Menurut laporan The Star, topik bagi soalan kertas berkenaan dikatakan tersebar di aplikasi WhatsApp sebelum calon menduduki peperiksaan pada jam 10 pagi (24 Februari).
Antara topik yang tersebar adalah berkaitan dengan ‘Penentangan di Perak’, ‘Maritim’ dan ‘Wawasan 2020’.
Subjek Sejarah adalah salah satu kertas wajib untuk peperiksaan SPM dan diambil lebih daripada 401,000 calon pada SPM 2020. Namun, khabarnya dakwaan ini belum menerima maklum balas dan reaksi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Walau bagaimanapun, netizen mengharapkan agar peperiksaan subjek ini tidak perlu diambil semula kerana ia hanya akan membebankan para pelajar.
Semoga kes ini dapat disiasat dan diselesaikan dengan baik.
Sumber: The Star