Malam kemuncak pertandingan ratu cantik Miss Grand International 2022 semalam telahpun menobatkan jelitawan dari Brazil, Isabella Menin sebagai juara terbarunya sekaligus menepati ramalan ramai bahawa gadis dari negara Amerika Latin akan menguasai edisi ulang tahun kesepuluh pertandingan tersebut pada kali ini.
Isabella Menin dimahkotakan oleh juara Miss Grand International 2021, Nguyen Thuc Thuy Tien dari Vietnam.
Begitupun, bukan Miss Grand International namanya jika ia tidak disusuli kontroversi dalam soal penganjurannya.
Bukan kedudukan juara yang menjadi perdebatan pada edisi kali ini yang dilangsungkan di Indonesia. Sebaliknya, ramai yang tertanya-tanya mengenai relevannya soalan yang diajukan kepada lima peserta akhirnya dalam segmen soal jawab semalam. Soalannya berbunyi seperti berikut :
“Sekiranya anda mempunyai peluang untuk menyampaikan mesej kepada Presiden Rusia Vladimir Putin, mesej apakah yang ingin diberitahu?”
Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Injeksi politik dalam pertandingan ratu cantik seperti ini pada abad ke-21 ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu. Saban tahun, akan timbul soalan-soalan rawak berbaur politik sebagai cabaran buat peserta yang bertanding memandangkan mereka adalah wakil daripada negara berbeza pandangan yang inginkan mesej keamanan dibawa ke hadapan.
Begitupun, soalan di Miss Grand International 2022 ini ditujukan khusus kepada Presiden Putin dari Rusia; seolah-olah tanpa memikirkan perasaan wakil Rusia yang sedang berada di belakang pentas, delegasi Rusia di bahagian penonton dan tanpa memikirkan perasaan wakil negara-negara seperti Ukraine dan Crimea yang terkesan daripada pergolakan yang sedang berlaku.
Penonton di media sosial mempersoalkan mengapa hanya sekarang pertanyaan tentang kesan peperangan diangkat di segmen soal jawab Top 5 Miss Grand International biarpun misi mereka selama ini adalah untuk membawa mesej keamanan serta menentang peperangan atau keganasan dalam sebarang bentuk.
Ada juga pihak yang merasakan soalan semalam secara tidak langsung bersifat ‘tone-deaf’ terhadap situasi pencerobohan tentera zionis Israel di negara Palestin, pergolakan di antara rakyat negara Myanmar dan tentera Junta (walaupun wakil Myanmar diberikan peluang untuk mengutarakan isu yang melanda negaranya pada tahun lalu), penindasan terhadap minoriti Ughyur beragama Islam di China dan banyak lagi situasi lain selama ini.
Apapun, ini merupakan jawapan daripada Isabella Menin yang melayakkannya diangkat sebagai juara Miss Grand International 2022.
Ads
“Saya akan memberitahu Presiden Putin bahawa beliau berkongsi sejarah selama bertahun-tahun lamanya dengan Ukraine. Dan paling penting, mereka berkongsi nasib yang sama sebagai manusia.
Peperangan hanya akan menimbulkan kesengsaraan dan apa yang boleh kita lakukan adalah mula mengambil tindakan walau sekecil mana pun, mengguna pakai cara diplomasi dan memahami antara satu sama lain. Kerana bersama, peperangan dan kesengsaraan akan hilang,” kata gadis berdarah kacukan Brazil dan Itali itu.
Menerusi jawapan itu, Isabella sekaligus mengenepikan saingan 67 lagi peserta lain terutamanya peserta kegemaran, Engfa Waraha dari Thailand yang berpuas hati di kedudukan naib juara dan Andina Julie dari Indonesia yang menduduki tempat ketiga.
Ads
(Dari kiri) : Wakil Czech Republic, Thailand, Brazil, Indonesia dan Venezuela.
Melengkapkan kedudukan Top 5 adalah wakil Venezuela di tempat keempat dan wakil Czech Republic di tempat kelima yang juga memenangi kategori Miss Social Media.
Manakala, wakil Malaysia Charissa Chong pula tidak berjaya meloloskan diri ke peringkat 20 wakil terbaik semalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peranan sebagai peserta pertandingan ratu cantik nyata melebihi sekadar memperagakan kecantikan rupa paras semata. Sebaliknya, mereka merupakan wakil kepada masyarakat sejagat di serata dunia dan seharusnya mempertahankan isu-isu kemanusian.
Susulan perkembangan mendukacitakan antara negara Palestin dan Israel yang mengakibatkan masyarakat di sana hidup dalam ketakutan, juara Miss Universe Filipina 2019; Gazini Ganados akhirnya tampil bersuara di media sosial untuk memberikan gambaran sebenar apa yang sedang dihadapi oleh ayah serta keluarganya yang menetap di Gaza, Palestin.
“Sick to my stomach.” Begitulah luahan Gazini, 28 pada minggu ini apabila memikirkan nasib keluarganya sendiri yang tidak dapat menjanjikan sama ada mereka akan terus selamat dan hidup pada hari berikutnya.
Gazini bersama ayahnya yang berasal dari Palestin. Hubungan kekeluargaan di antara mereka kembali terjalin pada tahun 2020 buat kali pertama.
“Saya telah senyap mengenai konflik peperangan antara Israel dan Palestin kerana seperti ada di antara kamu tahu, baru-baru ini saya kembali berhubungan dengan ayah saya dan keluarga saya yang sedang menetap di Gaza, Palestin.
“Saya menyendirikan diri kerana saya rasakan seperti, “Oh, saya tidak mempunyai maklumat mencukupi untuk menyatakan pandangan,”. Namun (saya sedar) ada perkara yang boleh saya lakukan. Lengkapkan diri (dengan maklumat yang diperlukan).”
Gazini Ganados sewaktu dimahkotakan oleh Catriona Gray dengan gelaran Miss Universe Filipina 2019 di pertandingan akhir Binibining Pilipinas.
“Perbuatan Hamas membunuh rakyat jelata adalah teruk tetapi apa yang Israel lakukan untuk mempertahankan diri dengan membunuh 10 kali ganda jumlah rakyat Palestin adalah satu kegilaan.”
“Saya tidak lagi akan senyapkan diri mengenai pembunuhan beramai-ramai ini terutama apabila nyawa ahli keluarga saya berada di hujung tanduk.”
“Mengapa masih ramai yang memilih untuk senyap? Apa yang anda takutkan? Takut untuk mempertahankan hak asasi kemanusiaan sewaktu nyawa tidak berdosa melayang?” Gazini persoalkan.
Dalam pada itu, jelitawan itu turut berkongsi mesej perbualan dengan abangnya, @hassan_2000_zxk dan ibu tirinya di sana, @e_no0osaaa dan ia cukup meruntun hati.
Untuk pengetahuan korang, Gazini telah dibesarkan oleh ibu, atuk dan neneknya di Filipina. Hanya pada Januari 2020, Gazini berpeluang untuk bertemu ayahnya dari Palestin untuk kali pertama namun menyatakan dia tidak pernah berdendam dengan ayahnya itu biarpun tiada komunikasi di antara mereka berdua pernah terjalin.
Sejak 7 Oktober lalu sehingga kini, peperangan di antara pihak Hamas dan Israel masih berlarutan sehingga mengakibatkan ribuan rakyat tidak bersalah maut. Konflik tersebut tambah mencabar apabila satu serangan bom ke arah sebuah hospital di Gaza sehingga meragut sekurang-kurangnya 200 nyawa telah mengejutkan dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Patut la kening orang India semuanya cantik macam dicacah tatu, rupanya 6,000 tahun lalu dorang dah praktik!
Bulu Kening ni boleh dikatakan menjadi faktor paling utama untuk menyerlahkan penampilan korang tiap hari. Apalah gunanya solekan tebal sekalipun kalau bahagian bulu kening tak diberikan keutamaan betul tak?
Sama ada kamu membentuknya dengan mencabut sendiri, mencukurnya, menggunakan kaedah waxing atau juga threading. Teknik threading kening ini antara teknik tradisional dalam membuang bulu wajah berlebihan (yang bersifat sementara) dengan hanya menggunakan benang kapas dan pergerakan tangan.
Teknik Tradisi Wanita India Sejak 6,000 Tahun Lalu
Tahu tak teknik threading bulu kening ini dah digunakan oleh wanita India sejak 6,000 tahun yang lalu lagi, kemudian teknik ini tersebar ke negara di timur tengah sehinggalah ke negara-negara barat yang lain. Teknik threading sejak zaman kuno ini masih diguna pakai sehingga hari ini.
.
7 Manfaat Teknik Threading Kening
Kulit kurang mengalami masalah iritasi (cara ini sesuai bagi yang miliki kulit jenis sensitif dan normal)
Kurang mengalami masalah kemerahan pada kulit
Potongan lebih tepat hingga mampu mencabut akar bulu kening
Tidak memerlukan masa yang lama untuk threading kening
Kening kekal rapi dan tahan lama sehingga 2-3 minggu sebelum bulu kening tumbuh baru
Kos perkhidmatan threading kening murah dalam RM5 – RM10
Kening jadi lebih kemas dan rapi
Try la, confirm kening kamu nanti kelihatan macam artis Bollywood nanti!
Korang masih ingat tak dengan suntikan BCG yang dilakukan waktu kita darjah 6 dulu? Khabarnya, suntikan itu berkemungkinan menjadi punca kenapa kes COVID-19 di Malaysia tidak begitu teruk.
Hal ini dikongsi oleh Izzuddin Yusof di laman Facebooknya dengan menjelaskan kajian yang dibuat di New York Institute of Technology serta University of Texas mendapati negara-negara yang mewajibkan suntikan BCG kepada rakyatnya menyaksikan kes COVID-19 yang jauh lebih rendah daripada negara-negara yang tidak mengambil suntikan.
Malah, kadar kematian disebabkan COVID-19 di negara yang tidak mengambil suntikan BCG adalah 20 kali ganda lebih tinggi daripada negara-negara yang mengambil suntikan ini.
Secara kasar ada logiknya kerana sebagai contoh, US dan Itali adalah negara yang tidak pernah mewajibkan rakyatnya mengambil suntikan BCG dan sekarang kita menyaksikan kes di kedua-dua negara ini melebihi 100,000 kes.
Bagi negara Eropah pula, Spenayol dan Portugal juga sama. Sepanyol kini menyaksikan kes kedua tertinggi pada 140,000+ kes, manakala Portugal yang merupakan negara jiran disebelah barat hanya menyaksikan 12,000+ kes.
Jepun yang nampaknya seperti tidak serius mana dengan COVID-19 tetapi masih menyaksikan angka yang relatively rendah dan Korea Selatan yang berjaya menurunkan kes tanpa membuat sebarang lockdown. Kedua-duanya adalah negara yang mewajibkan vaksin BCG.
Alhamdulillah, begitu juga di Malaysia, tapi ini memang berkemungkinan menjadi punca kenapa kes di Malaysia pun maintain pada 100+ setiap hari tanpa graf menjadi exponential serta kadar kematian yang sangat rendah.
Walau bagaimanapun, kajian ini masih belum dibuat clinical trial. Korang boleh membuat pembacaan daripada sumber-sumber berikut:
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...