
Beberapa jam lalu kecoh apabila hangat diperkatakan soalan peperiksaan bagi mata pelajaran Sejarah kertas 2 didakwa telah bocor.
Menurut laporan The Star, beberapa tajuk yang diajukan di dalam kertas 2 mata pelajaran Sejarah bagi SPM sesi 2020 hari ini telah tersebar lebih awal di aplikasi Whatsapp sebelum calon menduduki peperiksaan subjek berkenaan pada jam 10 pagi.

Mesej berkenaan yang menampilkan senarai topik-topik dalam bahagian struktur dan juga essei. Antara topiknya ialah Penentangan di Perak, Maritim dan Wawasan 2020. Dan menurut laporan itu lagi, setelah diperiksa topik tersebut sememangnya ada di dalam soalan kertas 2 tersebut.
Untuk pengetahuan umum, mata pelajaran sejarah merupakan mata pelajaran wajib lulus dan tahun ini, mata pelajaran ini telah diambil oleh lebih 401,000 calon SPM 2020.
Setakat ini tiada lagi maklum balas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan mengenai perkara ini.
Akhirnya, Demi Keselamatan 4 Daerah Sabah Dikenakan PKPDB Mulai Malam Ini

Peningkatan kes dari sehari ke sehari di Sabah dan terdapat 1,195 kes positif jangkitan Covid-19 dilaporkan di beberapa daerah dalam tempoh 1 hingga 27 September lalu membimbangkan semua orang.
Tambahan lagi apabila PRU di Sabah melabuhkan tirai dan ramai yang pulang semula ke semenanjung.
Terbaru, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat pengumuman bahawa kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna mulai 12.01 tengah malam ini sehingga 20 Oktober depan.
Perintah yang akan berkuatkuasa bermula malam ini itu akan berlanjutan sehingga 25 September. Semua aktiviti di masjid dan institusi pendirikan diarahkan tutup. Aktiviti sykan dan juga social dan budaya turut tidak dibenarkan sehingga tamatnya perintah yang dikeluarkan.
“Mengambil kira jumlah kes Covid-19 terbabit, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini.
“Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi.
.
Menurut beliau, bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terbabit.
***P/S – Diharapkan mereka yang tinggal di 4 daerah di Sabah ini mengikut perintah yang dikuatkuasakan. Kita yang masih boleh bergerak bebas ini, sila patuhi saranan kerajaan. Kalau boleh elakkan tempat sesak dan amalkan penjarakan sosial.
Sumber : Ismail Sabri Yaakob
Indonesia Trending Di Twitter, Lebih 1,000 Individu Ditahan Tunjuk Protes

Belum pun reda dengan wabak pandemik COVID-19, negara jiran kita Indonesia khabarnya sedang bergolak apabila puluhan ribu orang melakukan protes terhadap undang-undang pelaburan baharu yang kontroversi.
Demonstrasi yang dilakukan itu bertujuan untuk membantah Undang-Undang Omnibus Law Cipta Kerja yang diluluskan Parlimen Indonesia pada Isnin lalu. Undang-undang berkaitan tenaga kerja itu didakwa mengabaikan hak pekerja, antaranya pengurangan kos pampasan terhadap pekerja yang diberhentikan, pengurangan cuti tahunan, pembatalan peraturan gaji minima dan pindaan berkaitan peraturan pekerja kontrak.
Di Jakarta, beribu penunjuk perasaan itu mengadakan perhimpunan di hadapan Istana Negara, di kawasan Bundaran HE dan kawasan Medan Merdeka di Jakarta, yang bertukar menjadi rusuhan selepas polis bertindak meleraikan perhimpunan itu dengan gas pemedih mata dan semburan air.
Penunjuk perasaan bertindak membakar pondok polis, merosakkan harta benda awam dan membaling objek batu serta ‘molotov coctail’ kepada anggota polis.
Hampir 1,000 individu ditahan kerana mencetuskan rusuhan dan merosakkan harta benda awam. Mereka yang ditahan bukannya mahasiswa atau golongan pekerja, tetapi mereka yang menganggur turut serta dalam demonstrasi itu yang kemudiannya sengaja mewujudkan kekacauan.
Indonesia juga menjadi trending di Twitter dan ramai yang berkongsi video rusuhan yang terjadi di negara tersebut.
THIS IS INDONESIA! Make the higher ups remember !! The highest power is in the hands of the people! #OmnibusLawTurunkanJokowi #DPRPengkhianatRakyat #RakyatBukanCumaElu #DPRIRIKhianatiRakyat #tolakomnimbuslawdpr#demomahasiswa#TolakUUCiptaKerja #tolakomnimbuslawDPR pic.twitter.com/YcwJQ1YA54
— nilasari (@Nilasar30823482) October 9, 2020
Lagi teruk dari yang dibayangkan, protest di Indonesia. pic.twitter.com/vmHzZEjvw2
— Kiff 🇲🇾 (@iffgone) October 8, 2020
#JUSTIN : #Indonesian police arrested 400 people Thursday at protests in the capital #Jakarta against a contentious new jobs-creation law.#Indonesia #Jakarta #TolakOmnibusLaw #TolakUUCiptaKerjaa #MahasiswaBergerak #BuruhMogokNasional pic.twitter.com/vYQOXNqTYh
— ज़ाहिद अब्बास ZAHID ABBAS 🇮🇳 (@abbaszahid24) October 9, 2020
Sama-samalah kita mendoakan agar negara jiran kita kembali bersatu dan semoga pergolakan ini dapat diselesaikan dengan baik.
Bersyukurlah kita menjadi rakyat Malaysia kerana sekurang-kurangnya, nasib kita masih terbela sepanjang pandemik tahun 2020 ini.
Sumber: Astro Awani
“Sebulan Dua Lagi, Tak Mustahil Ada Pengemis,” Baru Beberapa Hari Dibuka, Saloma Link Dicemari!

Korang dah menjejakkan kaki ke Saloma link? Satu tarikan memukau terbaru di Kuala Lumpur.
Menariknya Saloma Link ini, jambatannya ditaburi dengan cahaya lampu LED dengan berlatarbelakangkan pemandangan pencakar langit KLCC.
Dengan adanya jambatan ini, warga kota boleh berjalan kaki dari Kampung Baru ke KLCC dalam masa 10 minit sahaja, berbanding lebih 30 minit jika melalui jalan raya yang sibuk sebelum ini.
Jambatan ini mengetengahkan konsep sirih junjung dan menjadikan Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia sebagai inspirasi
Maka, berpusu-pusulah orang awam terutamanya ‘instaworthy’ berkunjung ke jambatan itu untuk melihat sendiri tarikan terbaru di Kota Kuala Lumpur ini sambil menambah koleksi gambar di instagram.
Menyakitkan Mata
Malangnya, walaupun sudah masuk tahun 2020 satu sifat yang mungkin tidak sepenuhnya orang kita buang ialah tentang menjaga kebersihan di tempat awam. Twitter Cyberjaya Info memuat naik sebuah gambar kesan tumpahan air berperisa di laluan jambatan yang menyakitkan mata.
Jangan bawa minuman, bubble tea, Setabak di Pintasan Saloma ni.
Orang ramai, jalan sikit je memang boleh berlanggar dengan orang lain.
Sama-sama kita jaga kebersihan. ❤️ pic.twitter.com/lGRbKGkYiv
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) February 10, 2020
Jangan bawa minuman, bubble tea, Setabak di Pintasan Saloma ni. Orang ramai, jalan sikit je memang boleh berlanggar dengan orang lain. Sama-sama kita jaga kebersihan.
Saloma Link Kotor
Pastinya tempat tular seperti ini dipenuhi orang ramai dalam masa terdekat. Seharusnya, kita sendiri peka untuk menjaga prasarana barulah sentiasa kelihatan cantik dan terjaga.
Kalau tidak, harapanlah mahu melihat negara sendiri seindah tarikan pelancongan di negara lain.
Respon Netizen
Rata-rata netizen memberikan respon yang sama iaitu tidak setuju dab menyelar dengan perangai rakyat yang tidak menjaga kebersihan harta benda awam.
Untuk info, Saloma Link merupakan sebuah projek jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank, tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Ish apa la perangai macam ni kan, apa pula pendapat korang?
Sumber : Twitter Cyberjaya Info