Soalan Sejarah Kertas 2 SPM Bocor? Apakah Sebenarnya Yang Terjadi?

Share

Beberapa jam lalu kecoh apabila hangat diperkatakan soalan peperiksaan bagi mata pelajaran Sejarah kertas 2 didakwa telah bocor.

Menurut laporan The Star,

beberapa tajuk yang diajukan di dalam kertas 2 mata pelajaran Sejarah bagi SPM sesi 2020 hari ini telah tersebar lebih awal di aplikasi Whatsapp sebelum calon menduduki peperiksaan subjek berkenaan pada jam 10 pagi.

(Gambar Hiasan) Pelajar memasuki dewan peperiksaan. Sumber gambar: Astro Awani

Mesej berkenaan yang menampilkan senarai topik-topik dalam bahagian struktur dan juga essei. Antara topiknya ialah Penentangan di Perak, Maritim dan Wawasan 2020. Dan menurut laporan itu lagi, setelah diperiksa topik tersebut sememangnya ada di dalam soalan kertas 2 tersebut.

Untuk pengetahuan umum, mata pelajaran sejarah merupakan mata pelajaran wajib lulus dan tahun ini, mata pelajaran ini telah diambil oleh lebih 401,000 calon SPM 2020.

Setakat ini tiada lagi maklum balas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan mengenai perkara ini.

Published by
Fiezreen