
Sebelum ini telah tular gambar keadaan barangan di sebuah pusat membeli belah yang rosak teruk gara-gara hampir dua bulan tidak beroperasi akibat wabak COVID-19.
Gambar menunjukkan pelbagai barangan jenama mewah yang mencecah RM500 mengalami kerosakan dimakan kulapuk.
Terbaru, sebuah laman Facebook Malaysia Atrium Sale turut berkongsi gambar panggung wayang yang menerima nasib yang sama apabila sofa seats mereka juga berkulapuk mungkin juga kerana penutupan pendingan hawa ketika tidak beroperasi sepanjang PKP dilaksanakan di Malaysia.
Namun begitu, lokasi panggung wayang tersebut tidak dinyatakan.
Diharap agar kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan sebaik mungkin sebelum panggung wayang sudah mula dibuka untuk orang awam nanti.
Semoga pekerja dan pihak pengurusan yang terbabit bersabar dalam menghadapi dugaan ini.
Jutaan Terima Kasih! Datuk Lee Chong Wei Sebak Umum Persaraan

Persoalan sama ada Datuk Lee Chong Wei bakal bersara daripada arena badminton antarabangsa sebelum perayaan Aidilfitri akhirnya terjawab hari ini.
Dalam sebuah sidang media rasmi melibatkan pemain badminton berusia 37 tahun itu, beliau mengumumkan persaraan setelah 19 tahun berhempas-pulas menjadi pemain badminton bertaraf antarabangsa.
Dalam nada sebak, beliau berterima kasih kepada keluarga, peminat sukan badminton dan rakyat Malaysia secara amnya untuk sokongan dan galakan yang diterima selama ini.

Pada Julai tahun lalu setelah Datuk Lee Chong Wei disahkan menghidap kanser hidung, terdapat ura-ura bahawa beliau akan serta-merta bersara demi kesihatan. Namun beliau cuba bangkit setelah kian sihat.
Keputusan untuk bersara ini dilakukan selepas sesi pemeriksaan terbaru bersama doktor di Taiwan. Kata beliau, doktor memintanya untuk berehat dan ini adalah peluang terbaik bagi Datuk untuk mengutamakan masa bersama keluarga serta dirinya sendiri.

”Saya telah berbincang terlebih dahulu bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan (Menteri Belia & Sukan) Syed Saddiq. Kesihatan saya lebih utama,” simpul pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak 3 kali itu.
REMAJA pasti ramai yang sayangkan Datuk Lee Chong Wei dan inginkan yang terbaik buat beliau. Jutaan terima kasih di atas jasa dan pengorbanan beliau selama ini!

Kami juga berharap agar Datuk akan terus menyokong perkembangan sukan Badminton yang jujurnya sedang mencari-cari rentak pengganti beliau agar momentum team Malaysia akan diteruskan.
Baru Berusia 14 Tahun, Remaja Ini Bakal Diiktiraf Tertinggi Di Dunia

Secara purata, ketinggian lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing adalah sekitar 165 dan 153 cm. Selalunya lelaki Malaysia yang tinggi pun hanya sekitar 185 cm.
Namun, seorang remaja lelaki di China yang baru berusia 14 tahun ini bakal menjadi remaja tertinggi di dunia. Wow!
Xiaoyu yang juga masih bergelar pelajar sekolah ini berasal dari bandar Leshan di Wilayah Sichuan di China dilihat berdiri lebih tinggi berbanding keluarga dan rakan-rakannya.
Dengan ketinggian 7 kaki 3 inci ( 221 sentimeter), remaja itu menunggu pengesahan daripada Guinness World Record sebagai remaja lelaki tertinggi di dunia.
Ketinggian terbaru Xioyu dicatatkan pada hari lahirnya yang ke-14 tahun pada Ahad ( 18 oktober)
Keadaanya yang begitu besar menyebabkan dia memerlukan perabot yang ditempah khas untuknya.
Pada Ogos lalu, keluarganya mengemukakan permohonan agar Xiaoyu diperakui secara rasmi sebagai Remaha Tertinggi (lelaki) dalam Guinness Book of World Record.
Berdasarkan Rekod Dunia Guinnes (GWR), Sultan Kosen yang berusia 35 tahun, berasal dari Turki adalah lelaki tertinggi dengan ketinggian lebih kurang 244 cm (8’1 kaki).
Anak Lelaki Supermodel Mati Mengejut Sebabkan Gaya Hidup Liar

Sosialis fesyen, Harry Brant disahkan telah meninggal dunia pada 17 Januari (waktu Amerika Syarikat) selepas dipercayai terlebih mengambil dos dadah.
Lapor The New York Times pada dua hari lalu, kematian Harry yang juga merupakan anak lelaki supermodel 80-an dan 90-an, Stephanie Seymour telah disahkan oleh keluarganya sendiri.
Kata mereka,” Kami akan sentiasa bersedih apabila mendapat tahu hidupnya hanya bertahan sebentar disebabkan oleh ‘penyakit’ mendukacitakan ini.”
Harry bersama ibu dan abangnya, Peter. Sumber Foto: Instagram @harry_brant.
Harry boleh dianggap sebagai seorang remaja yang cukup bertuah semasa masih hidup.
Legasi keluarganya yang mewah memberinya peluang untuk memasuki kelompok elit di New York. Hidupnya dikelilingi golongan ternama seperti puteri raja Greece dan cucu saudara Presiden Amerika, Kyra Kennedy.
Disebabkan oleh stail dan gaya hidupnya yang mewah itu, dia menjadi perhatian ramai. Sejak usia belasan tahun, Harry dikenali ramai sebagai lelaki yang dipenuhi kemewahan dan dunia glamor.
Pada usia 16 tahun saja, Harry telah menerima jemputan ke acara fesyen tahunan, Met Gala pertamanya. Dia juga pernah menjadi model BAGI pertunjukan fesyen Balmain dan pernah mengeluarkan koleksi solekan bersama-sama abangnya, Peter untuk jenama MAC Cosmetics.
Disebabkan ayahnya, Peter M. Brant memiliki majalah Interview, Harry berpeluang menulis dalam kolum sendiri.
Segala peluang yang berlaku pada usia muda ini dipercayai sukar untuk dikendalikan oleh Harry. Akibatnya, dia terjebak dengan bahan terlarang dan bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan.
Juru Foto: PATRICK KOVARIK/GETTY.
Harry dilaporkan mempunyai perancangan untuk memasuki pusat pemulihan beberapa hari saja lagi. Namun, segalanya jelas terlambat setelah dia menghembuskan nafas terakhir.
Untuk pengetahuan, Harry dilahirkan setahun selepas ibu dan ayahnya melangsungkan perkahwinan di Perancis. Majlis tersebut dihadiri oleh Naomi Campbell sebagai pengapit.