Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa senaman merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilakukan secara berkala bagi mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan. Malah, ramai memilih untuk melakukan senaman ‘indoor’ seperti menyertai kelas yoga, kelas pilates dan ‘Spin Class’ yang semakin popular.
Pempengaruh popular, Sofea Shra baru-baru ini, berkongsi pengalamannya diserang kegagalan buah pinggang di laman sosial Instagram selepas pulang dari ‘Spin Class’.
Sofea Shra
Hal ini berlaku selepas Sofea menyertai kelas senaman “spin class”, Sofea mula merasai kesakitan pada otot kaki yang pada mulanya hanya dianggap kekejangan biasa.
Kemudian ia berlarutan sehingga menyebabkan pempengaruh ini tidak dapat tidur sepanjang malam. Sofea mengalami sakit tersebut hampir dua hari dan akhirnya dia membuat keputusan untuk ke hospital.
Malangnya, wanita berusia 26 tahun ini turut ditahan selama 5 hari di hospital untuk menerima rawatan selepas disahkan menghidap Rhabdomyolysis atau Rabdomiolisis.
” last week i saja teman kawan i pegi spin class. mind you, i ni bukan lah seorang yang exercise. tapi i just nak cuba sebab nampak mcm seronok.-salah i is i tak research anything about the exercise so i taktahu pape. lepas habis class, kaki i sakit sangat sangat tapi i ingatkan normal la mcm muscle sore gitu”
CK Dalam Badan Meningkat Lebih 180 Kali Ganda Berbanding Tahap Normal
Dia kemudian memaklumkan kepada doktornya untuk membuat ujian air kencing dan mendapati tahap creatine kinase (CK) di dalam badannya mencecah 55,000 unit per liter (U/L).
Ads
Untuk info, CK adalah sejenis enzim yang membantu otot menghasilkan tenaga dan boleh ditemui di jantung, otot rangka dan otak.
Tahap CK normal sepatutnya kurang daripada 300 U/L dan pesakit akan didiagnosis dengan rhabdomyolysis jika tahap ini meningkat sekurang-kurangnya lima kali ganda (1,500-100,000 U/L).
Rhabdomyolysis Boleh Terjadi Jika Abaikan Had Kemampuan Tubuh Badan
Kenali Penyakit Ini
Rabdomiolisis adalah satu keadaan perubatan yang jarang berlaku tetapi berbahaya, di mana otot-otot rangka pecah dan melepaskan kandungan sel-sel otot (seperti mioglobin) ke dalam aliran darah. Kandungan ini, terutamanya mioglobin, boleh merosakkan buah pinggang dan mengakibatkan kegagalan buah pinggang jika tidak dirawat dengan segera. Penyakit ini sering dikaitkan dengan kecederaan otot yang teruk atau keadaan perubatan tertentu.
Ads
PUNCA : Rabdomiolisis boleh berlaku akibat pelbagai sebab, antaranya:
Trauma atau kecederaan fizikal yang teruk – Kemalangan yang menyebabkan kecederaan otot, seperti kemalangan jalan raya atau kecederaan sukan, boleh mencetuskan rabdomiolisis.
Senaman fizikal yang melampau – Aktiviti fizikal yang melampau seperti latihan ketenteraan, sukan maraton, atau senaman berlebihan boleh merosakkan otot.
Penggunaan dadah atau alkohol – Penggunaan dadah seperti kokain, heroin, dan juga alkohol secara berlebihan boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan mengalami rabdomiolisis.
Jangkitan – Sesetengah jangkitan bakteria atau virus yang menyerang otot boleh menyebabkan rabdomiolisis.
Keadaan perubatan – Penyakit seperti gangguan metabolik, penyakit autoimun, atau kecacatan genetik juga boleh menjadi penyebab kepada rabdomiolisis.
Penggunaan ubat-ubatan tertentu – Sesetengah ubat, terutamanya statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol, boleh meningkatkan risiko rabdomiolisis, terutamanya jika diambil dalam dos yang tinggi.
GEJALA : Gejala rabdomiolisis boleh berbeza-beza bergantung pada keparahan keadaan dan punca yang menyebabkannya. Antara gejala yang biasa termasuk:
Sakit otot – Kesakitan yang teruk pada otot, terutamanya di bahagian kaki, lengan, atau punggung.
Kelemahan otot – Otot menjadi lemah dan sukar untuk bergerak.
Air kencing gelap – Warna air kencing berubah menjadi coklat atau merah kerana kehadiran mioglobin dalam air kencing.
Bengkak – Bahagian otot yang terjejas mungkin membengkak.
Kelesuan dan keletihan – Pesakit mungkin merasa sangat letih dan tidak bermaya.
Komplikasi Rabdomiolisis boleh menyebabkan komplikasi serius jika tidak dirawat.
* Jadi korang jadikan perkongsian Sofea sebagai pengajaran dan iktibar, lakukan senaman secara berkala, bukan dengan tiba-tiba dan keterlaluan pula. Moga Sofea Shra sembuh dan sihat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
PU Azman mula dikenali setelah memenangi program realiti Islamik, Pencetus Ummah, musim kedua pada tahun 2014 yang lalu
Bermula daripada itu, PU Azman atau nama penuhnya Azman Syah bin Alias, mula bertindak melakukan kerja-kerja dakwah dengan menjadi seorang penceramah bebas, pakar motivasi dan pengacara untuk program-program berunsur keagamaan.
Terbaru melalui instagram miliknya, Pu Azman atau lebih dikenali dengan Cik Man ada berkongsi sebaring ayat al-quran mengenai wabak.
“Jadi korang fokuskan perkataan azab dan rahmat. Kalau kita rasa kita beriman, maka wabak ini adalah rahmat.
Tu kena tepuk dada sendiri.
Satu lagi, fokuskan perkataan sabar dan mengharapkan ganjaran. Kalau ada dua sifat ini, kitalah orang yang Nabi tujukan hadis ini.
Yes, tak dinafikan kita akan fikirkan tentang rindu, makan dan gaji. Masing-masing ada tekanan sendiri. Samada dari syarikat besar sampailah yang tiada rumah.
Tapi Allah akan berikan ketenangan dalam jiwa mukmin tak kira siapa pun dia.
Jangan lupa frontliners kita. Kalau kita bagi alasan tak kuat, Cik Man pun rasa tak kuat. Kita semua rasa tak kuat. Tapi kita kena paksa untuk kuat.”
Keperibadiannya yang bersahaja serta suka membuat lawak dalam menyampaikan ilmu agama membuatkan dirinya mudah diterima masyarakat.
Ternyata ramai yang bersetuju dan rata-rata warganet mengakui tentang perkara ini.
Tatkala menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan warganet berkaitan hal keagamaan, beliau pasti akan selitkan sekali unsur jenaka membuatkan ramai tidak kering gusi. Tak percaya? Lihat sendiri di Instagram miliknya.
Ye, mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya dan moga wabak ini membawa seribu rahmat buat rakyat Malaysia!
Sumber : Instagram PU Azman
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu posting oleh akaun Instagram, House of Pahang semalam mengesahkan keberadaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Institut Jantung Negara (IJN).
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja daripada Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Baginda dirawat di wad di-Raja hospital tersebut sejak Isnin selepas mengadu kesihatan berada pada tahap tidak memuaskan.
“Selepas menerima nasihat, Al-Sultan Abdullah diletakkan di bawah pengawasan doktor dan keadaan Baginda tidak berada dalam situasi kritikal,” kata beliau sambil berkongsi bahawa Baginda dijangka akan dibenarkan keluar dari wad dalam waktu terdekat.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa Raja Permaisuri Agong, Tunku Aziziah Aminah Maimunah Iskandariah yang sedang dalam rangka lawatan peribadi ke Kota Bharu mengambil keputusan untuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk bersama Baginda sejak semalam. Lawatan yang dijadualkan berlangsung selama 3 hari itu dibatalkan serta-merta.
Sama-samalah kita menadah tangan dan mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong terus dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan demi memimpin Malaysia.
*
Tinjauan REMAJA di media sosial juga menunjukkan keprihatinan netizen tempatan yang mendoakan agar Baginda dikurniakan kesembuhan dengan segera.
*
*
Dirgahayu Tuanku.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau pernah mencatat sudah bebas dari pandemic COVID-19 sebelum ini, nampaknya China sekali lagi teruji apabila ada rakyatnya disahkan positif COVID-19. Walau angka jangkitan nampak kecil iaitu dua orang tetapi keduanya telah mendatangi pasar borong terbesar di ibu kota tersebut iaitu di Beijing.
Laporan Astro Awani, pihak berkuasa Beijing menutup sementara pasar pertanian borong utamanya di bandar itu susulan peningkatan jumlah jangkitan kes COVID-19 sejak dua hari lalu.
Pasar Xinfadi mula ditutup bermula jam 3 pagi Sabtu selepas dua lelaki yang bekerja dengan Pusat Penyelidikan Daging telah disahkan positif COVID-19 dan telah mengunjungi pasar berkenaan pada Jumaat.
Bagaimanapun, tiada laporan jelas menunjukkan bagaimana dua lelaki berkenaan mendapat jangkitan virus berkenaan.
Ketika ini, China mula bimbang dengan kemungkinan berlaku gelombang kedua COVID-19 dalam keadaan banyak negara lain mula menunjukkan penurunan kes.
Beijing turut bertindak menghentikan perdagangan daging lembu dan daging kambing di pasar Xinfadi selain penutupan pasar borong lain di sekitar bandar itu.
Media tempatan turut melaporkan kebanyakan peniaga di pasar besar di Beijing mengeluarkan ikan Salmon dari rak jualan mereka apabila papan cincang yang digunakan didakwa tercemar dengan COVID-19.
Susulan itu, kira-kira 10,000 individu di pasar berkenaan dilaporkan akan menjalani ujian COVID-19. Malah, cadangan membuka semula sekolah untuk kelas satu hingga tiga turut ditangguhkan susulan perkembangan itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jurusolek terkenal tanah air, Syedewa, yang bertanggungjawab menata rias wajah pempengaruh Dewi pada majlis pernikahannya dengan suami, Jofliam, yang berlangsung Sabtu lalu, baru-baru ini...