Solat Jumaat & Solat Jemaah Di Masjid Seluruh Wilayah Persekutuan Kini Dibenarkan

Share

Berita gembira buat umat Islam di seluruh Lembah Klang, berdasarkan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat ketetapan untuk membenarkan perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau Jumaat dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Manakala, bagi solat fardhu lima waktu pula diperluaskan kepada separuh daripada kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter juga.

Foto: wilayahku.com.my (Gambar hiasan)

Menurut kenyataan media JAWI, aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan diadakan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat dan surau yang diberikan kebenaran khas untuk solat Jumaat.

Semua ketetapan ini berkuatkuasa bermula dengan solat Jumaat pada 5 Februari 2021 tertakluk kepada SOP ketat yang telah ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga umat Islam menunaikan ibadah solat Jumaat dan solat fardhu berjemaah di masjid mahu pun surau. Namun begitu, jangan abaikan SOP yang telah ditetapkan dan sama-samalah kita terus berdoa serta bermunajat agar penularan wabak COVID-19 ini segera berakhir.

Sumber: Facebook Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Published by
Noor Ain Norman