Solat Terawih & Bazar Ramadan Dibenarkan, Rakyat Sambut Gembira

Share

 

Sidang media harian yang dilaksanakan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi telah menceriakan umat Islam di Malaysia.

 

Ia berikutan lampu hijau yang diberikan oleh pihak jawatankuasa serta Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membenarkan perlaksanaan solat Terawih dan operasi Bazar Ramadan serta Bazar Aidilfitri pada bulan Ramadan tahun ini.

Biarpun masih ada tempoh sebulan sebelum kehadiran Ramadan, pengumuman tersebut adalah wajar memandangkan pelbagai persediaan perlu dilakukan mulai sekarang oleh pihak peniaga, pihak berkuasa dan ahli jawatankuasa masjid serta surau.

“Setelah melakukan perbincangan dan mendapatkan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia; dan setelah mendapat pandangan juga daripada ahli mesyuarat yang lain, hari ini mensyuarat jawatan kuasa teknikal telah bersetuju utnuk membenarkan operasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh negara.

“Bagaimanapun, SOP adalah ketat dan perlu dipatuhi oleh peniaga bahkan oleh pengunjung-pengunjung.

Foto Hiasan: The Star

“Antara syarat-syarat bazar Ramadan adalah lokasi di kawasan terbuka, menyediakan laluan sehala pintu masuk dan keluar yang berbeza, pendaftaran MySejahtera di pintu masuk dan ada kawalan jumlah pengunjung.

“Waktu operasi bazar Ramadan adalah dari jam 3 petang hingga jam 8 malam. Manakala bazar Aidilfitri dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam. SOP yang lain akan diumumkan kemudian.”

“Dari sudut lokasi, jumlah gerai, saiz tapak dan lain-lain akan ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan di negeri masing-masing,” jelas beliau.

 

Solat Terawih

Pengumuman berkenaan kebenaran untuk melaksanakan solat Terawih secara berjemaah di rumah ibadah telah menceriakan ramai pihak. Bagaimanapun, kebenaran ini masih tertakhluk kepada SOP dan keputusan daripada negeri masing-masing

Foto Hiasan.

“Seperti yang kita ketahui, apa saja aktiviti keagamaan adalah di bawah kuasa kerajaan negeri. Ini juga termasuklah aktiviti bertadarus, ceramah agama ataupun tazkirah dan sebagainya – SOP dan jumlah kehadiran akan ditentukan oleh kerajaan Negeri.

“Cuma di peringkat jawatankuasa ini telah bersetuju untuk membenarkan solat Terawih dan aktiviti di dalam masjid dan surau dalam bulan Ramadan,” kata beliau lagi.

ARTIKEL BERKAITANTinggal Sebulan Sebelum Ramadan, Jom ‘Prepare’ Dengan 6 Cara Ini – REMAJA

Alhamdulillah guys!

Asalkan kita terus mematuhi SOP yang ditetapkan, satu persatu kelonggaran akan diberikan kepada rakyat. Tak sia-siakan ikut arahan.

Published by
FZ