Tak kiralah mana-mana jenama yang mengeluarkan koleksi limited edition, REMAJA pasti kita semua akan menyerbu di stor dan secara online di laman web mereka.
Jika dulu, hanya sneaker-heads yang ‘layan’ dengan konsep serbu ini disebabkan faktor penjualan semula sneakers yang dibeli. Kini, stor fesyen seperti Uniqlo juga melanda isu yang sama apabila mereka sekali lagi melancarkan koleksi KAWS: Summer, kelmarin.
Kali terakhir koleksi itu dijual dan sold out – duh – adalah pada bulan Jun lalu. Ia habis dujual dengan cepat sekali, dan Uniqlo Malaysia ambil keputusan untuk melancarkannya sekali lagi di stor dan secara online.
Oh boy, did they expect these turn outs?
Tinjauan REMAJA di laman web Uniqlo Malaysia menghampakan kami apabila proses loading yang diambil terlalu perlahan. Siapa tak gelisah weh bila korang tahu ada orang lain yang sudah membelinya terlebih dahulu.
Hampir 2 jam kami cuba untuk membayar sehelai baju T dan akhirnya, kami terpaksa putus asa apabila server Uniqlo memberitahu ia telahpun habis dijual.
Tinjauan kami di Instagram dan Twitter Uniqlo Malaysia tak mendatangkan hasil kerana mereka hanya mempromosikan poster KAWS: Summer di akaun Facebook. Nampaknya ramai lagi pembeli yang gagal mendapatkan stok dan melalui pengalaman yang sama seperti kami.
Pengguna Facebook bernama Tiffany Chan berkata, “9.45 pagi sudah klik in the cart tetapi pembayaran terlalu perlahan, loading & tunjukkan error. Tahu tahu saja, sudah sold out!”
Seorang lagi berkata, “Jika server korang tak boleh tanggung banyak pelanggan paa masa yang sama, apa gunanya online shopping.”
Ouch.
*
Di stor pula, rakan kepada REMAJA mendakwa mereka melihat ada pelanggan yang terlepas membeli 2 helai baju-T atau lebih. Sedangkan polisinya hanyalah 1 helai baju (1 rekaan) bagi setiap pelanggan.
Di IOI Mall Puchong pula, seorang peminat koleksi KAWS sempat mengambil video pelanggan yang berpusu-pusu masuk ke dalam stor pada jam 10 pagi tepat sehinggakan pintu stor yang belum habis dibuka hampir ranap!
Jelas dapat dilihat dalam video tersebut, pelanggan menjerit, bertolakan dan ada yang memanjat ke bahagian rak untuk mendapatkan saiz baju T mereka.
Okay Uniqlo Malaysia.
Jika niat korang adalah untuk promosi percuma disebabkan kejadian seperti ini, you nailed it. Tapi kesianlah kepada pelanggan korang yang terpaksa beratur atau menunggu di hadapan komputer berjam-jam lamanya.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!