Jika dahulu, perlakuan menangis hingga mata menjadi sembab adalah sesuatu yang tidak mahu ditayangkan untuk tatapan umum. Paling-paling pun, korang akan menangis dalam bilik air atau di bucu katil (guilty!) sebelum membilas muka agar wajah menangis tidak lagi kelihatan.
Namun kini, semakin ramai pula selebriti Barat yang terbuka untuk menunjukkan momen menangis atau kesan selepas menangis terhadap wajah mereka.
Supermodel, Bella Hadid pernah memuat naik beberapa swafoto pada November 2021 kerana berdepan isu ‘anxiety’ hingga mengejutkan ramai pihak. Warganet tidak menyangka dia berani menunjukkan wajah sedemikian sedangkan ramai selalu beranggapan Bella seorang wanita berwajah sempurna.
Apabila isteri Brooklyn Beckham, Nicola pula muncul di Instagram dengan foto berwajah seakan lepas menangis, beauty guru di seluruh dunia mula beranggapan trend solekan mata sembab ini akan popular dan telahan mereka itu ternyata tepat!
View this post on Instagram
Cara Mencipta Efek Menangis
Tular di TikTok beberapa video tutorial yang menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan efek selepas menangis tanpa – well – mengalirkan air mata.
Sebagai contoh, video jurusolek popular, Zoe Kim Kenealy telah bertukar tular setelah dia menunjukkan cara-cara mencipta ‘solekan menangis’.
Untuk bahagian bibir, dia menggunakan teknik memudarkan garisan lipstik di sekeliling bibir menggunakan berus dan lipstik EM Cosmetics Soft Spoken Lips.
Rona kemerah-merahan di sekeliling mata, pada hidung dan pipi pula dicipta Zoe menggunakan palet pembayang mata Fentu Beauty Double Cheek’d Up. Barulah nampak seakan selepas menangis. Katanya juga, ia memberi efek ‘innocent girl’ pada wajah mana-mana gadis.
Akhir sekali bagi mendapatkan efek mata berair, Zoe menggunakan AMTS Liquid Glitter Shadow, manakala produk Vinyl Effect Eye Gloss daripada jenama About Face pula menggantikan fungsi highlighter terutamanya di bahagian atas bibir.
Haa, korang jangan terlebih letak pula. Nampak seakan hingus pula nanti! Hehe..
Akhir sekali, gunakan pengilat bibir (lip gloss) untuk mencipta gradien di tengah-tengah bibir.
@zoekimkenealy #greenscreen crying makeup look tutorial 😅 Can I go as a crying person for Halloween or is that not a thing #cryingmakeup #tearmakeup #cryingeyes #makeupforhalloween ♬ Show Me How (Album V) – Men I Trust
Video tutorial Zoe ini pantas menjadi tular. Begitu juga dengan beberapa lagi video tutorial sama di TikTok seperti video ciptaan @moryeskim, @nailamcdd dan @madelynreynolds0 di bawah.
@morveskim My random rant on crying [ib@zoekimkenealy] #fyp #fy #makeup #cryingmakeup #xyzbca #makeover #makeuptutorial ♬ original sound – morveskim
@nailamcdd Mewek aja cantul betul 💅🏻, guys jan lupa ya ikutan #serunyabelajar dari tanggal 24 okt – 7 november 2022! #cantikamantulity #gayaditiktok #samasamadirumah ♬ Serunya Belajar – Putih Abu-Abu
@madelynreynolds0 #stitch with @zoekimkenealy brb crying i love this makeup look so much only if i actually looked this good crying #prettywhenicry #sadgirl #sadgirlmakeup #cryingmakeup #edgymakeup #makeuotutorial #pisces #cancer #cancerrising ♬ Show Me How (Album V) – Men I Trust
Di ruangan komen, rupanya ramai yang merasakan solekan ‘selepas menangis’ ini membuatkan seseorang tampak lebih menawan dan seperti yang dikatakan tadi, innocent malah berkesan untuk menagih simpati orang di sekeliling.
Ada yang nak mencubanya?
ARTIKEL BERKAITAN : Persis Barbie Bergerak! Jurusolek Anna Jobling Bongkar 5 Produk Rahsia Untuk Solekan Ini – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.