
Dalam diam, akhirnya Emma Maembong sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pagi ini.
Sama cantik, sama padan – ramai yang tertarik dengan solekan yang dirias pada wajah pelakon tersebut serta memuji sentuhan jurusolek.
Wajah cantik milik Emma hanya memerlukan solekan natural bagi membangkit seri. Lantas, jurusolek Nad Ismail melaksanakannya dengan penuh jaya.
Cantik sangat!
Nad berkongsi 2 produk yang digunakannya untuk mendapatkan efek natural sebegini. Kedua-dua produk rahsia tersebut adalah di bawah koleksi solekannya sendiri, @nvdismsbeauty.
Pertama ialah NVDeep BB Cushion dalam kod Fair untuk meratakan complexion Emma. Manakala bibirnya pula mendapat sentuhan lip matte kod Kalila dan Dunya daripada koleksi PopThatLip.
*
Di harapan 300 orang tetamu, Emma yang menggayakan kurung serba putih tekaan Ezuwan Ismail menerima mas kahwin RM2,000, senaskah Al-Quran dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.
Tahniah korang!
Bagi yang nak mendapatkan solekan ala Fazura semasa majlis resepsinya pula, jom lihat teknik dan produk yang digunakan.
“Akhirnya” – 3 Jam Senam Percuma Di Stadium Nasional Bermula Semalam, Jom!

Ramai yang menyangka budaya malas untuk bersenam di kalangan rakyat Malaysia disebabkan tiada masa semata-mata.
Tetapi ia juga disebabkan kos masuk ke kompleks sukan atau gimnasium yang agak tinggi demi menggunakan fasiliti sukan.
Justeru apabila menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama-sama belia lain merasmikan trek Stadium Nasional di Bukit Jalil yang kini boleh digunakan secara percuma pada hujung minggu, netizen pantas menyambut baik perkembangan positif tersebut.

Bermula semalam, Stadium Nasional akan membuka pintunya kepada semua orang setiap hari Sabtu dan Ahad, dari jam 7 pagi hingga 10 pagi dan korang boleh menggunakan fasiliti trek berlari secara percuma
Inisiatif ini bukan saja untuk menggalakkan rakyat Malaysia terutamanya yang menetap di sekitar Lembah Klang untuk memilih gaya hidup sihat bersama keluarga dan rakan pada hujung minggu.
Ia juga untuk memberi peluang kepada kita untuk merasai pengalaman bersukan dalam stadium kita sendiri.
Untuk pengetahuan, sebelum ini orang ramai hanya menggunakan trek di luar kawasan Stadium Nasional.

“Kita tak boleh simpan kemudahan yanh ada untuk kegunaan atlet saja. Rakyat juga berhak menikmati infrastruktur sedia ada.
“Saya tahu ada banyak kompleks sukan yang mengenakan cas masuk untuk keperluan maintenance. Tapi sepatutnya ia harus dibuka kepada umum. Tak guna jika tempat saja gah tapi digunakan oleh segelintir saja,” kata beliau.
Rata-rata netizen menyuarakan persetujuan, namun ada beberapa komen balas yang menarik perhatian REMAJA.
Harap Stadium Lain Juga Sama
Elak Vandalisma
Hari Jumaat, Please!
Syed Saddiq sendiri sedang meneliti cadangan agar trek Stadium Nasional dibuka pada waktu malam sepanjang minggu. Ini kerana ramai yang gemar bersenam selepas tamat waktu persekolahan atau dari tempat kerja.
“Lagipun, kalau dibuka 3 jam sehari pada hujung minggu saja, ia mungkin tak boleh menampung kapasiti orang awam.”
*
Harapnya cadangan tersebut akan dipertimbangkan. For starters, this is a positive progress!
Selebriti Malaysia Yang Pernah Sekolah Asrama Penuh, Confirm Bijak Ni!

Isi Kandungan
ToggleBangga weh dapat bersekolah di sekolah berprestij ni!
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah atas tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak SBP telah memberikan sepenuh perhatian kepada pelajar terpilih bagi memastikan mereka tidak mensia-siakan peluang yang diterima. Baru-baru ini, isu sekolah berasrama penuh terutamanya Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) hangat diperkatakan.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Sulung Terima Anugerah Sijil Penghormatan Pengetua MRSM, Rita Rudaini Luah Rasa Syukur
Rupa-rupanya, dikalangan selebriti tempatan ramai juga yang dahulunya bersekolah di sekolah berasrama penuh. Sudah tentulah selebriti-selebriti ini juga merupakan seorang pelajar pintar. Jika tidak, bagaimana pula mereka boleh diterima masuk kan?
Jom kita lihat antara selebriti Malaysia yang pernah bersekolah di sekolah berasrama penuh.
Neelofa

Rasanya semua sudah tahu bahawa Neelofa memang seorang pelajar yang bijak ketika dibangku sekolah. Selebriti ini memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang melayakkannya diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.
Neelofa juga mendapat keputusan cemerlang dalam PMR dan SPM dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan antarabangsa.
Janna Nick

Janna antara pelajar yang sering bertukar sekolah. Memulakan pendidikan di SK Marian Convent di Ipoh, Perak, sebelum ke SK Sentul. Kemudian, pelakon dan penyanyi ini berpindah ke Kedah dan bersekolah di SK Darul Aman sebelum mula bersekolah menengah di SMK Sungai Pasir, Sungai Petani.
Janna seorang pelajar yang bijak dan melayakkan dirinya diterima masuk ke MRSM Pendang. Tetapi, dia tidak menamatkan persekolahan di situ, lalu berpindah ke Sekolah Convent Bukit Nanas, seterusnya ke SMK Danau Kota dan mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 6A 2B.
Butterfingers

Kumpulan legenda Butterfingers yang pernah popular satu ketika dahulu juga merupakan seorang pelajar pintar. Tiga orang anggota asal kumpulan ini, Loque, Kadak dan Kalai merupakan rakan sekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Malique

Penyanyi ini pernah berada di kemuncak industri hiburan bersama Joe Flizzow dalam kumpulan Too Phat. Legenda Hip Hop ini mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR yang melayakkan dirinya masuk ke Sekolah Alam Shah di Cheras. Walau bagaimanapun, Malique hanya menamatkan dua tahun di sekolah itu sebelum menyambung pendidikan di MRSM Taiping.
Kumpulan Saujana

Jika korang masih ingat lagi dengan kumpulan nasyid Saujana, kesemua anggota asal kumpulan ini adalah merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang atau SMAPK. Kumpulan ini ditubuhkan hasil inisiatif beberapa orang tenaga pengajar yang mahu melahirkan generasi kumpulan nasyid pelapis di SMAPK di bawah label ‘All For Ummah’.
Walaupun menceburkan diri dalam dunia hiburan, tetapi sebenarnya kebanyakan daripada selebriti di Malaysia ini mempunyai latar akademik yang baik. Siapa kata nak jadi artis tak perlu pandai kan?
Baru-baru ini, rakyat Malaysia mengkritik golongan kaya yang menghantar anak ke sekolah berasrama penuh dan mendakwa mereka telah mengambil hak anak-anak orang miskin yang mahu mengubah hidup mereka.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak Putus Perjuangkan Palestin, Bella Hadid Rupanya Ada Darah Keturunan Diraja

Menyasarkan bangunan-bangunan seperti hospital, masjid dan juga fasiliti seperti jalanraya. Sehingga kini Israel masih lagi tidak henti-henti menyerang Gaza dengan alasan mempertahankan negara haram mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Bella Hadid Berisiko Hilang Kontrak Kerana Lantang Pertahankan Palestin? – REMAJA
Malah, semalam menyaksikan ramai pemimpim-pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan insiden pengeboman sebuah hospital di Semenanjung Gaza sebagai perbuatan gila dan tidak berperikemanusiaan.
Mendapat kecaman dunia, ramai selebriti dan personaliti antarabangsa yang menyelar tindakan kejam Israel terhadap Palestine. Antara selebriti yang lantang dalam isu ini ialah supermodel, Bella Hadid. Bella Hadid juga rupanya ada darah Palestin.
Berdarah DiRaja Palestine
Ayah kepada Bella Hadid, Mohamed Hadid. Dilahirkan di Nazareth, Palestine pada tahun 1948. Ketika berumur sebulan dia keluarganya menjadi pelarian selepas tanah dan rumah mereka dirampas Israel.
Mohamed Hadid merupakan keturunan DiRaja Palestine dari sebelah ibunya iaitu Yang Amat Mulia Puteri Khairiah Daher Hadid. Khairiah merupakan keturunan daripada Daher al-Omar, Prince of Nazareth and the Sheikh of Galilee. Ini bermakna Bella dan Gigi Hadid juga memiliki darah DiRaja.

Dalam satu hantaran di Instagram, Mohamed Hadid menceritakan bagaimana kedua ibu dan bapanya menjadi pelarian. “Kedua orang tua saya mengajak keluarga Yahudi ke rumah mereka pada tahun 1946. Kemudian mereka merampas rumah kami dan memaksa kami mejadi pelarian. Ketika itu saya berumur sebulan atau kurang. Saya tidak punya kebencian kepada orang Yahudi. Kerana ibu bapa saya mengajar untuk tidak membenci.”
TENTANG DAHER AL-OMAR
Selain nama Daher Al-Omar, baginda juga dikenali dengan nama Zahir Al-Umar. Merupakan Putera Nazareth dan Sheikh Galilee yang mana Kedua-dua lokasi ini sekarang merupakan wilayah di Israel. Ketika pemerintahan baginda lokasi tersebut merupakan kawasan utara Palestin yang berada di bawah kekuasaan kerajaan Uthmaniyah.

Dalam laporan buku oleh Ahmad Joudah yang bertajuk Zahir al-‘Umar and the First Autonomous Regime in Ottoman Palestine (1744-1775) , Zahir al-‘Umar al-Zaydani (1690-1775) boleh dikatakan sebagai pemimpin wilayah yang paling terkenal di wilayah Syria Kesultanan Uthmaniyah untuk mewujudkan rejim autonomi di utara Palestin.
Dia berasal dari keluarga pemerintah dan multazim (petani cukai), dilindungi oleh Kaisar Shihabi di Gunung Lubnan. Ayahnya, ‘Umar al-Zaydani, adalah multazim wilayah Tiberias dan Safad pada awal abad ke-18. Setelah kematian ayahnya pada tahun 1706, Zahir mengambil alih iltizam tetapi akhirnya melepaskan diri dari amalan lama bercukai untuk keluarga Shihabis.
Jadi tidak hairanlah jika Bella Hadid tidak gentar dalam menyuarakan pendapatnya tentang Palestin. Darah yang mengalir di dalam dirinya merupakan darah seorang pemerintah kawasan di Palestin suatu ketika dahulu.
BACA LAGI : 10 Tahun Melawan Penyakit Autoimun Kronik, Bella Hadid Kongsi Rutin Ambil Suntikan
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.