Solekan SUKI LOW Memang Onz Pada Minggu Ke-6 Gegar Vaganza! Jom Tiru

Share

 

Memasuki minggu keenam konsert Gegar Vaganza musim kelapan pada hujung minggu lalu, nama salah seorang pesertanya; Suki Low telah hangat diperkatakan.

Ini bukan hanya disebabkan persemabahannya bersama Khai Bahar menerusi lagu Tiga Malam Tanpa Bintang telah memperolehi markah tertinggi sebanyak 83.70 peratus pada malam tersebut.

Suki Low bersama rakan penyanyinya pada minggu keenam konsert Gegar Vaganza musim kelapan, Khai Bahar.

Ia juga disebabkan oleh stail yang digayakan oleh Suki dalam persalinan serta solekan biru gelap metalik. Ia diakui ramai sebagai salah satu stail yang paling sesuai dengannya sepanjang GV musim kelapan ini keudara.

Solekan Suki Low oleh Syamiel Idid.

Bercakap mengenai solekan Suki yang telah menerima pujian daripada ramai pemerhati, REMAJA mendapatkan tip daripada jurusolek yang bertanggungjawab ke atas solekan tersebut iaitu Syamiel Idid. Bukan hanya ia glamor, malah stail tersebut kelihatan segar dan mudah memukau mata yang memandang.

Menurutnya, remaja di luar sana boleh mencuba solekan tersebut dengan menggunakan enam produk di bawah:

 

PRIMER

Laura Mercier Hydrating Base

Laura Mercier Pure Canvas Primer Protecting. RM168. DAPATKAN DI SINI

 

 

FOUNDATION

Dior Skin Glow

Dior Skin Glow Foundation. RM242. DAPATKAN DI SINI

 

 

LOOSE POWDER

Chanel

Chanel Natural Finish Loose Powder. RM240 DAPATKAN DI SINI

 

PEMBAYANG MATA

Pat McGrath Lab

Pat McGrath Lab Celestial Divinity Luce Makeup Quad. RM252 DAPATKAN DI SINI

 

PEMERAH PIPI

M.A.C Cosmetics

M.A.C Powder Blush. RM105 DAPATKAN DI SINI

 

PEMBAYANG PIPI

Dior Backstage Eye Pallet

Dior Backstage Glow Face Palette. RM202 DAPATKAN DI SINI

 

 

GINCU

Fenty Beauty

Fenty Beauty Stunna Lip Paint Longwear Fluid Lip Color. RM122 DAPATKAN DI SINI

Selamat mencuba solekan terbaru Suki Low oleh Syamiel Idid ini!

ARTIKEL BERKAITAN : Butik Konsep Ketiga Di Dunia, Alami Pengalaman Fesyen Yang Lebih Segar Di Charles & Keith – REMAJA

BACA LAGI :#TrikTiktok : Pakai Foundation Guna Face Roller, Lebih Sekata & Tutup Pori-Pori – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ