Langsung tak jemu dipandang…
Sejak drama Autumn In My Heart, sehingga ke kini, Song Hye Kyo dilihat langsung tak berubah. Puluhan tahun berkecimpung dalam dunia seni Korea, dan usianya memasuki 40-an tapi dia kelihatan cantik menawan sekali.
ARTIKEL BERKAITAN : Tak Mekap Pun Cantik, Lihat 10 Wajah Selebriti Korea Selatan Tanpa Solekan
Pada 22 November lepas, Song Hye-kyo telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya. Beliau telah mengadakan parti hari jadi bersama rakan-rakannya. Seperti tidak percaya Song Hye-kyo rupanya sudahpun mencecah usia 42 tahun.
Mengikut usia rasmi, Song Hye-kyo genap 41 tahun tetapi di Korea kiraan umur bertambah satu tahun menjadi 42 tahun.
Melalui satu hantaran dilaman Instagram, beliau tidak lupa untuk menzahirkan rasa syukurnya pada peminat yang turut memberikan ucapan hari lahir buatnya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mengucapkan tahniah pada hari lahir saya. Saya menerima semua bunga dan hadiah yang awak hantar kepada saya. Terima kasih. Ya! Saya harap anda semua sentiasa sihat dengan perkara yang gembira,” titipnya di Instagram.
Rata-rata peminat selebriti bintang Korea Selatan ini memuji kecantikannya dan didakwa langsung tidak dimakan usia.
Tapi korang nak tahu tak apa amalan Song Hye-Kyo ini sampai dia tidak ‘menua’?. Jom kami kongsikan.
AMALAN RUTIN KECANTIKAN SONG HYE-KYO
1. Senaman
Sering melakukan senaman yoga dan kardio untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Aktif berolahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.
2. Mengurut wajah dengan ais
Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing. Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah itu juga berkesan untuk mengurangkan kesan sembab pada wajah akibat kurang tidur.
3. Menggunakan produk perawatan wajah anti penuaan
Ibu Song Hye-kyo menasihatkannya memulakan penggunaan produk anti penuaan walaupun masih muda. Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.
4. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan air mineral secukupnya
Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat. Buah Labu wajib ada dalam menu hariannya.
5. Masker wajah daripada campuran putih telur dan madu asli.
Merawat wajah dengan masker yang diperbuat daripada bahan dapur. Ramuan kegemarannya ialah masker wajah campuran putih telur dan madu asli.
6. Masker wajah madu asli
Pupur wajah daripada madu asli menjadikan kulit wajah lebih cerah dan menyamarkan garis-garis halus.
BACA : 13 Rahsia Tip Kecantikan Guna Jeli Petroleum Yang Mungkin Korang Tak Tahu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.