Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.
Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali pada Rabu. Meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuan itu, Joong Ki, 39, memberitahu isteri dan anaknya itu berada dalam keadaan baik.
ARTIKEL BERKAITAN : Pelakon Lelaki K-Drama Paling Popular, Top 10 ‘Follower’ Berjuta!
Memetik laporan Koreaboo, pelakon berusia 39 tahun itu berkongsi berita gembira bersama para peminat di aplikasi Fan Cafe.
Ujarnya, anak kedua turut dilahirkan di Roma, Italia sama seperti anak sulungnya.
Saya sangat bersyukur menyambut bayi kedua.
Puteri kecil kami dilahirkan sihat dan isteri saya sedang berehat.
Berikutan itu, agensi pelakon utama ‘Descendants Of The Sun’ itu turut mengesahkan hal tersebut.
Song Joong Ki menimang cahaya mata perempuan hari ini. Dia sangat berterima kasih pada semua yang menghantar pesanan tahniah.
Dalam pada itu, rata-rata peminat menyatakan ucapan tahniah kepada mereka atas kelahiran bayi baharu.
“Tahniah Song Joong Ki mendapat anak kedua.
“Tahniah! Semoga bayi dan Saunders sihat selalu,” komen netizen.
Sekadar info, Song Joong Ki dan isterinya yang juga seorang pelakon di Britain, Katy Louise Sanders, telah mengumumkan perkahwinan pada Januari 2023. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki pertama pada 14 Jun 2023.
Sumber: Koreaboo
BACA LAGI : Fattah Amin Makin Laris! Kini Membintangi Video Muzik Aina Abdul Pula
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.