Penduduk sekitar kawasan Ipoh digemparkan dengan bunyi dentuman kuat pada pukul 11.06 pagi semalam dan terasa gegarannya seolah-olah dilanda gempa bumi.
Beberapa pengguna media sosial turut mendakwa gegaran itu dirasai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Chemor, Stadium Perak, Meru Raya, Falim hingga Gugusan Manjoi.
ARTIKEL BERKAITAN : Gadis Ini Kongsi Itinerari Lokasi Menarik Jika Korang Buat Trip Ke Ipoh-Cameron Highland
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, kejadian tersebut bukan berpunca daripada aktiviti letupan kuari atau latihan dari kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta.
Pihak Polis masih menjalankan siasatan namun penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berpendapat bunyi dentuman kuat itu kemungkinan berpunca daripada ‘Sonic Boom’ (ledakan sonik).
Menurut kenyataannya dalam Berita Harian, ledakan sonik adalah bunyi kuat berpunca dari gelombang kejutan yang dicipta sebarang objek sedang bergerak melalui udara seperti jet pejuang dan mencapai kelajuan lebih pantas berbanding kelajuan bunyi.
Sonic boom berlaku apabila objek seperti pesawat supersonik atau peluru bergerak lebih pantas daripada kelajuan bunyi. Berikut adalah bagaimana proses ini berlaku:
Mengapa Sonic Boom Sangat Kuat?
Bunyi letupan yang dihasilkan oleh sonic boom sangat kuat kerana gelombang tekanan yang terbentuk sangat padat dan mencipta perubahan mendadak dalam tekanan atmosfera. Perubahan tekanan ini diterima oleh telinga manusia sebagai bunyi letupan yang kuat. Semakin besar dan cepat objek tersebut, semakin kuat sonic boom yang dihasilkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.