Sebelum ini sudah ada desas desus yang mengatakan bahawa PlayStation 5 (PS5) bakal dilancarkan pada tahun ini. Selepas 8 tahun kekal bersama model PlayStation 4, Sony akhirnya bersedia untuk memberi sesuatu yang baru untuk ‘kaki game’ semua.
Sony PlayStation 5 didatangkan dengan dua varian iaitu Sony PS5 Pro dan PS5. Berdasarkan info yang dinyatakan oleh mydrivers, PS5 Pro akan dilancarkan tidak lama lagi dengan harga 499 USD bersamaan lebih kurang RM2,097 dan untuk varian yang bukan Pro, ianya berharga 399 USD bersamaan RM1,677.
Ads
Ads
Walau bagaimanapun, harga ini masih belum 100% disahkan lagi, cuma anggaran sahaja. Difahamkan lagi, untuk varian Pro ia mampu menyokong revolusi sehingga 8k berbanding PS4 Pro sebelum ini yang hanya menyokong 4k sahaja.
Ads
Okay kaki gamers semua, rasanya sempat lagi ni korang nak menabung. Ikat perut sikitlah guys. Hiks!
Lebih kurang beberapa hari lagi siri terbaru permainan video bola speak popular dunia, FIFA21 akan dilancarkan di platform PS4, PC dan Xbox One. Namun begitu, permainan video ini khabarnya boleh dimainkan tiga hari lebih awal dari tarikh pelancaran (9 Oktober) untuk versi Champions Edition dan Ultimate Edition.
Apa yang menariknya dalam siri terbaru FIFA kali ini, anak jati Malaysia yang kini beraksi di Liga Belgium, Luqman Hakim turut diperkenalkan dalam FIFA21 ini.
Sebelum ini, Luqman juga telah menjadi bualan hangat masyarakat Malaysia selepas berjaya menjaringkan gol bagi membantu kelabnya KV Kortrijk (KVK) menewaskan BX Brussel dalam aksi persahabatan baru-baru ini.
Kemunculannya dalam permainan video FIFA21 juga dikatakan mempunyai kelajuan dan aksi yang cukup lincah sama seperti diatas padang.
Mesti peminat permainan video FIFA dah tak sabar nak beraksi dengan Luqman Hakim kan?
Jika sebelum ini tular berhubung insiden seorang remaja maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya menggunakan soket di dalam sebuah bas ekspres.
Kejadian itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terhadap keselamatan kemudahan elektrik dalam pengangkutan awam.
Menurut Prof. Dr. Sawal Hamid dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), renjatan elektrik yang berlaku dipercayai berpunca daripada soket berkuasa tinggi 220/240V dalam bas tersebut, bukan dari pengecas USB yang biasanya beroperasi pada voltan rendah.
“Beberapa bas ekspres dilengkapi dengan ‘inverter’ yang menghasilkan arus 240V AC untuk menyediakan kuasa seperti di rumah.
“Namun, tanpa penyelenggaraan yang baik, risiko bahaya boleh wujud, terutama jika ada masalah pada pendawaian atau soket yang rosak,” kata kenyataan yang dikongsi menerusi facebook Public Health Malaysia.
Sebagai pengguna, kita perlu lebih berhati-hati:
• Elakkan menggunakan soket elektrik dalam bas jika kelihatan longgar atau rosak.
• Pastikan peranti anda dalam keadaan baik sebelum mengecas di tempat awam.
• Jika ada keraguan, lebih baik berhati-hati daripada mengambil risiko.
Ura-ura yang mengatakan Apple bakal memperkenalkan model telefon pintar terbaru iaitu iPhone 12 dalam masa terdekat semakin kuat berterbangan.
Maklum sajalah, ia merupakan di antara telefon pintar yang paling dinanti-nantikan bagi tahun 2020. Pelbagai khabar angin yang kononnya ingin membongkar rahsia produk ini telah dispekulasikan terutamanya di media sosial.
Pada peringkat awal, iPhone 12 dikatakan akan muncul seawal bulan September. Namun disebabkan situasi pandemik Covid-19 semasa, tarikh pengeluarannya mungkin akan dianjak sehingga Oktober ataupun November
Jom lihat beberapa update terbaru yang hangat diperkatakan.
01
Jika dahulu, segala aksesori telefon pintar dipakejkan sekali di dalam kotak iPhone. Namun mulai keluaran iPhone 12 ini, besar KEMUNGKINAN pihak Apple tidak lagi akan menyertakan pengecas bateri (charger) bersama setiap pembelian.
First EarPods, now charger. Urgh.
Apa yang kami dengar, alasan di atas keputusan ini adalah kerana kebanyakan bakal pembeli iPhone 12 merupakan pengguna setiap telefon pintar Apple dan mereka telahpun mempunyai charger sedia ada.
Kami masih tertanya-tanya sekiranya wayar kabel USB-C akan dibekalkan di dalam pek kotak.
02
Tanpa membekalkan EarPods dan charger, pek kotak iPhone 12 kelak akan bertambah nipis. Katanya, ia juga bukan seperti kotak terdahulu. Kali ini, Apple akan mereka cipta kotak yang lebih eksklusif dan kelihatan istimewa.
03
Jadi, suka atau tidak kita terpaksa membeli charger iPhone 12 secara berasingan. Namun khabar angin mengatakan bahawa charger terbaru keluaran Apple ini akan diubah baik dengan adapter 20-watt yang membolehkan pengecasan yang lebih pantas.
04
iPhone 12 bakal menawarkan warna terbaru dalam rangkaiannya. Kami akui, warna baru biru tua (navy) ini memang seksi!
05
Korang juga pastinya akan menyukai teknologi LiDAR sensor terbaru pada iPhone 12. But first, what is that?
LiDAR ataupun Light Detection and Ranging secara ringkasnya adalah laser yang digunakan untuk menentukan jarak dan kelebaran. Ia seakan scanner yang dipancarkan daripada telefon pintar. Namun korang tidak akan dapat melihat cahaya laser tersebut kerana ia pantas diproseskan.
LiDAR sebelum ini diketahui umum digunakan untuk kapal terbang dan ketenteraan. Hanya baru-baru ini, LiDAR diperkenalkan kepada industri gajet seperti telefon pintar.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Kim Seri baru-baru ini tampil mengakui kelemahan pengurusan kewangan perniagaan melibatkan restoran miliknya di Korea Selatan yang mengalami kerugian menjadi punca...