
Isi Kandungan
ToggleBekas ratu cantik, Miss World Malaysia 2008 yang kini merupakan ahli akademik, Dr. Soo Wincci bukan nama asing dalam industri muzik tanah air kita.
Walaupun sudah memiliki pakej yang lengkap dengan rupa paras yang cantik dan badan yang menjadi idaman semua. namun Soo Wincci tetap mengambil berat akan berat badannya.
ARTIKEL BERKAITAN : Dr. Soo Wincci Terima Gelaran Profesor Madya, Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Record
Sebelum ini, beliau pernah berkongsi mengamalkan satu jenis hidangan detoks yang berkesan menurunkan berat badan.
Menu detoks mudah
Menurut Dr Soo Wincci menu detoks yang dikongsi cukup mudah. Setiap hari dia akan mengambil :
1. Teh Kunyit, Kayu Manis
2. Kopi
3. Telur Rebus
4. Kacang kuda
5. Oren.
Cara amalan
- Pesan Dr Soo pastikan kopi, teh yang diambil adalah tanpa gula. Menu detoks ini boleh campurkan dengan sayuran.
- Amal makanan ini 2 atau tiga kali sehari. Tapi pastikan ia tidak lebih dari seminggu. Terus amalkan teh kunyit, kayu manis.
- Ujarnya walau pun tanpa senaman, detoks ini akan membantu menurunkan 3-4kg seminggu.
Wow, bestnya tanpa senaman pun boleh kurangkan berat.
Sumber:dr.soowincci
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
8 Trik Hilangkan Kedutan Pakaian, Baru La ‘On’ Nak OOTD Masa Travel

Isi Kandungan
ToggleSalah satu benda yang sangat penting bila travel dan tak travel ialah baju atau pakaian. Especially korang yang suka sangat ambik gambar dan OOTD.
Tapi tak semua hotel atau guest house ada disediakan iron tau! Especially kalau travel ke Jepun. Kalau ada, itu dikira bonus…
Jangan risau, REMAJA telah menjumpai solusi bagi menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa membuatkan wanita terutamanya pening kepala.
Jom kita lihat beberapa tip mudah yang boleh dijadikan rujukan buat kamu semasa travel di luar kawasan.
1. Flat iron
Ha, wanita selalunya memang bawa flat iron ni kemana-mana kerana saiznya yang lebih kecil. Caranya, letakkan flat iron ini pada suhu yang sederhana dan kepit kan pada bahagian baju yang berkedut itu selama beberapa saat.
Pastikan iron tidak mempunyai rambut atau produk rambut yang melekat pada permukaan atasnya. Ini boleh merosakkan pakaian kamu. Cara ini juga tidak sesuai digunakan pada fabrik pakaian yang lembut dan nipis.
2. Air + Cuka
Campurkan cuka semula jadi dengan air paip dalam sukatan 1 : 3, tuangkan sukatan tersebut pada bekas penyembur air (spray bottle), dan goncangkan.
Selepas itu, semburkan pada bahagian kedutan pakaian.
3. Wap dari cerek panas
Jika kamu tidak mempunyai steamer pakaian, cerek air juga dilihat boleh menjadi alternatif untuk masalah ini.
Panaskan cerek di atas dapur, apabila ia mula mendidih, dan hala kan pakaian pada wap yang keluar pada cerek panas tersebut kira-kira 20 sentimeter daripada muncung cerek.
4. Hair dryer
Alat pengering rambut boleh bertindak menjadi seterika pakaian pada waktu-waktu kecemasan. Set kan pengering rambut pada suhu yang paling tinggi dan arahkan kepada kesan kedutan di pakaian tersebut.
5. Shower steam
Hidupkan air mandian panas di dalam bilik air dan gantungkan pakaian yang berkedut tadi paling hampir pada arah pancutan air panas tersebut. Pastikan air tidak terpercik pada pakaian.
Tutup semua tingkap dan pintu, tunggu sehingga beberapa minit.
6. Tuala basah
Letakkan pakaian pada permukaan yang rata, seperti di papan seterika atau meja. Tutup kesan kedutan tersebut dengan tuala basah, dan tekankan dengan kuat menggunakan tangan kamu.
Kemudian, biarkan pakaian tersebut sehingga kering.
7. Periuk panas
Didihkan air dalam periuk sehingga menggelegak, kemudian buangkan air panas tersebut. Ambil periuk tersebut dan tekupkan bahagian bawah periuk pada pakaian berkedut.
Lakukan seperti kamu menggunakan seterika kerana fungsinya adalah sama.
8. Kiub ais
Tetapkan mod pengeringan pada mesin basuh dan letakkan pakaian berkedut maksima sebanyak lima helai. Tambah beberapa kiub ais dan on kan mesin basuh.
Biarkan selama 10 minit dan pakaian tadi akan sempurna seperti diseterika. Hal ini terjadi kerana ais yang lebur ketika disejatkan akan mewujudkan wap yang menghilangkan kedutan.
So lepas ni tak perlu la risau baju berkedut nak OOTD kalau travel ke luar negara. Selamat mencuba!
‘Port Hiking’ Sekitar Lembah Klang Paling Best, 12 Tempat Ini Korang Kena Jejak

Hiking merupakan antara salah satu aktiviti yang menjadi kegemaran golongan remaja untuk mengisi masa lapang mereka. Biasanya, waktu cuti hujung minggu diambil untuk melakukan aktiviti riadah ini.
Rindunya nak ‘hiking’ sambil menikmati keindahan alam bersama rakan-rakan dan paling penting ‘selfie’ dengan latar belakang indah?
Sempena dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan rakyat Malaysia melakukan aktiviti hiking dan bersukan, apakata korang cuba 12 tempat hiking paling best di Lembah Klang ini.
- Bukit Tabur

Ia antara lokasi yang sering menjadi pilihan kaki hiking kerana korang boleh melihat Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) secara jelas dari puncak bukit tersebut. Bukit yang berketinggian 1,300 kaki ini juga dikenali sebagai Bukit Hangus. Dibawah bukit tabur juga terdapat satu kolam di mana setelah penat mendaki, sesuai untuk korang mandi dan berehat sebentar.
2. Hutan Lipur Templer
Terletak lebih kurang 21 kilometer dari Kuala Lumpur, Templer Park merupakan hutan simpan seluas 1,214 hektar yang membentuk kawasan hijau dan rekreasi.
3. Taman Eco Rimba
Terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Nanas dan hanya 3 kilometer dari Pusat Bandaraya. Masuk adalah percuma. Lokasi: Bukit Nanas, Kuala Lumpur
4. Bukit Broga

Terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya bukit ini ialah 400 meter dari paras laut. Bukit ini terkenal kerana ianya mempunyai pemandangan yang sangat lawa dan sesuai untuk korang yang suka ber OOTD (berswafoto).
5. Bukit Gasing
Ramai orang jadikan lokasi ini sebagai tempat latihan mendaki dan juga aktiviti senaman pagi. Terdapat banyak entrance serta loop yang boleh dicuba dan korang perlu merasai pengalaman melalui jambatan gantung. Bukit ini teramatlah sesuai kepada hikers yang baru sahaja berjinakkan diri dalam dunia hiking. I Lokasinya hanya terletak di Petaling Jaya.
6. Bukit Kiara Park: Kuala Lumpur

Laluannya tidak begitu mencabar kerana ianya memerlukan kira-kira hanya satu jam untuk sampai ke puncak. Namun, di Bukit Kiara Park ini terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berbasikal, menunggang motosikal lasak atau menunggang kuda.
7. Lata Medang: Kuala Kubu Bharu
Tempat ini sangat menarik kerana selepas hiking, korang mandi air terjun tetapi tempat ini agak berbahaya kerana laluannya yang licin, jadi kepada korang yang berniat untuk bawak kanak-kanak, korang mesti peka dengan keadaan sekeliling. Laluannya yang mencabar juga boleh menyebabkan korang tersesat maka sebaiknya korang pergi bersama kawan-kawan korang yang pernah sampai di lokasi tersebut. Tempoh pendakian tidaklah begitu lama kerana ianya memerlukan hanya dua ke tiga jam sahaja.
8. Gunung Nuang: Hulu Langat, Selangor

Gunung ini agak mencabar kerana laluannya agak sukar malah memerlukan kira-kira empat hingga lima jam untuk ke puncak. Biarpun ia memerlukan masa yang lama namun ianya amat berbaloi kerana lokasinya yang cantik dan mendamaikan. Tempat ini juga terdapat dua tapak perkhemahan iaitu Kem Lolo dan Kem Pacat.
9. Bukit Jugra: Kuala Langat, Selangor
Kalau pergi ke Bukit Jugra, korang janganlah bawa kereta sampai ke puncak. Parking kereta di bahagian bawah dan rasai sendiri pengalaman mendaki bukit ini dan nikmati keindahannya semasa berada di puncak. Di sini juga terdapat banyak aktiviti lain yang boleh korang lakukan seperti paragliding dan banyak lagi.
10. Canopy Walk: FRIM Kepong

Lokasi ini sesuai untuk menghilangkan rasa gayat namun korang akan dikenakan bayaran mengikut laluan yang dipilih. Tempoh masa diberikan antara 30 minit hingga satu jam. Disana juga terdapat air terjun yang boleh korang singgah.
11. Air Terjun Chiling: Kuala Kubu Bharu

Hanya dengan membayar yuran pendaftaran serendah RM1, korang boleh melihat keindahan alam sekitar dan mandi-manda air terjun. Jika inginkan ‘privacy’ boleh ke bahagian atas kerana kebiasaannya ia kurang sesak.
12. Bukit Kutu: Selangor
Dahulu ianya dikenali sebagai ‘Treacher’s Hill’ dengan ketinggian 3,456 kaki. Seawal perjalanan, korang akan menemui bekas tapak banglo yang telah runtuh. Lebih menarik sisa-sisa bangunan masih ada di kawasan tersebut. Nak tahu lebih lanjut mengenai banglo tersebut bolehlah ke sana dan rasai sendiri pengalamannya.
So, dah boleh la roger kengkawan untuk buat aktiviti hiking ni. Tapi korang pastikan mengikut SOP dan menjaga keselamatan okay!
Akan Ada Orang Yang Selalu Mempersoal Keputusan & Cuba Menjatuhkan Kita – Dr Amalina Che Bakri

Dia merupakan seorang wanita yang menjadi inspirasi kepada masyarakat di Malaysia. Mula menggegarkan negara menerusi keputusan 17 A1 dalam peperiksaan SPM pada tahun 2004, pemilik nama Nur Amalina Che Bakri menjadi perhatian ramai.
Bukan sahaja dek kepandaiannya dalam pelajaran, bahkan ketrampilan dalam bersuara tentang satu-satu isu menonjolkan sifat kepimpinan yang ada di dalam dirinya.
Terbaharu dalam perkongsian satu hantaran di laman Instagramnya, Dr Amalina ada berkongsi tentang sikap manusia yang suka mempertikaikan apa sahaja perkara yang hendak dilakukan oleh orang lain.
Menurutnya, “Semasa saya memutuskan untuk mengambil 17 mata pelajaran untuk SPM (bersamaan dengan GCSE), seseorang di sekolah berkata saya gila dan saya tidak akan dapat melakukannya.
“Ketika saya memulakan perjalanan saya untuk melanjutkan pelajaran di UK, seseorang di internet berkata saya akan tidak berjaya bahkan bakal gagal. Ketika saya memutuskan untuk membuat pengajian Master semasa tahun F1 / F2 (housemanship), saya diberitahu F1/F2 susah dan bagaimana hendak saya menyelesaikan Master saya di Cambridge.
“Ketika saya memulakan latihan pembedahan/tempat tinggal saya di lokasi impian saya (London), seseorang di media sosial berkata, bagus pilihan kerjaya saya tetapi mereka mula mempertikaikan bila pula saya akan bernikah dan memiliki bayi sendiri.
“Semasa saya memulakan PhD dan mengikuti program persaingan penyelidikan yang kompetitif. Seseorang di media sosial berkata, apa gunanya memiliki semua ijazah itu, tidak ada yang boleh dibanggakan, lagipun PhD bukan boleh dibawa ke kubur.”
Itulah kata-kata yang diterima oleh Dr Amalina Che Bakri di setiap fasa dalam kehidupannya. Biarpun setinggi mana kejayaan yang ditempa pasti ada sahaja suara-suara sumbang yang akan menjadi anasir negatif.
Membidas semua kata-kata yang pernah dilemparkan kepadanya, dia menasihatkan kepada semua individu yang pernah melalui perkara yang sama agar kekal dengan niat masing-masing dan buktikan kepada mereka yang anda boleh berjaya.
Salurkan negativiti itu supaya berubah menjadi aura positif dan ambil kata-kata itu sebagai cabaran untuk memotivasikan diri agar bekerja lebih keras. Bangga dengan diri anda dan apa yang telah anda capai. “You do you,” katanya.
Sumber & Gambar: Instagram Dr Amalina Che Bakri