Sempena dengan pembukaan Pulau Langkawi sebagai Travel Bubble pada 16 September, ramai pelancong sudah membuat tempahan hotel dan tiket penerbangan lebih awal setelah lama ‘terpenjara’ di dalam rumah.

SOP Terbaru Ke Langkawi : Tak Wajib Saringan COVID-19 Dan Kereta Tak Dibenarkan
Foto: Kosmo

Hampir semua produk pelancongan di sana akan dijangka dibuka kepada pelancong, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Susulan itu, beberapa SOP telah ditambah bagi mengambil langkah berhati-hati agar pandemik Covid-19 ini tidak menular di pulau lagenda berkenaan.

Antara SOP terbarunya ialah pengunjung yang menaiki kenderaan persendirian tidak dibenarkan kunjungi ke Langkawi dan pengunjung tidak diwajibkan menjalani saringan sebelum ke lokasi berkenaan, menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Sri Nancy Shukri seperti dipetik dari Bernama.

Menurut Nancy lagi, orang ramai digalakkan menggunakan agensi pelancongan untuk berkunjung ke pulau itu.

Ads

Sebelum ini ada beberapa SOP yang turut korang ambil tahu, iaitu:

1. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi.

2. Jenis percutian yang dibenarkan:

Ads
  • secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama),
  • bermalam,
  • percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu,
  • dan percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC.

3. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis.

5. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP.

6. Aktiviti yang dibenarkan termasuk:

Ads
  • penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business Events (MICE), acara pelancongan dan kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP kementerian/ jabatan/ agensi yang berkaitan,
  • aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial,
  • aktiviti pelancongan minat khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yatching dan sebagainya);
  • aktiviti eko geo-kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya),
  • premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/ kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain,
  • taman tema dan pusat hiburan keluarga,
  • dan lawatan bersifat akademi seperti Geopark Discovery Centre, Balai Seni dan Laman Padi.

7. Tiada had umur yang ditetapkan, namun individu di bawah 18 tahun perlu bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi.

8. Perlindungan insuran serta saringan COVID-19 tidak diwajibkan.

 

Sumber: Bernama ,MOTAC

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI