Pertemuan semula bekas kekasih yang juga merupakan penyanyi popular Senorita, Shawn Mendes dan Camila Cabello di karpet merah acara Met Gala 2022 pada minggu ini telah menerbitkan pelbagai reaksi daripada para peminat mereka berdua.
Ini memandangkan Shawn dan Camila telah menghadiri acara yang sama pada September tahun lalu sebagai pasangan kekasih dalam persalinan Michael Kors.
Kini selepas tujuh bulan membawa haluan masing-masing, ramai memberikan pujian terhadap Shawn dan Camila yang langsung tidak kekok untuk hadir sebagai individu ‘single’ walaupun mereka mengetahui bekas kekasih mereka itu turut dijemput oleh pihak penganjur, Vogue Amerika Syarikat dan muzium Met.
Kali ini, Shawn tampil dalam persalinan Tommy Hilfiger dengan dua jaket labuh yang dilapiskan bersama bagi mendapatkan efek layering yang lebih menarik. Manakala Camila pula memilih rekaan serba putih dengan esen flora oleh Prabal Gurung yang – jujurnya – tidak begitu digemari oleh pemerhati fesyen.
But we are not here to talk fashion! Sebaliknya, kita ingin menyentuh mengenai hubungan mereka berdua selepas berpisah.
Apa yang mengejutkan peminat Shawn dan Camila adalah apabila masing-masing seakan menyebutkan ayat yang sama sewaktu temubual dengan koresponden Vogue pada malam itu iaitu Emma Chamberlain.
Ads
Kongsi Shawn, “(Persalinan) ini adalah rekaan Tommy Hilfiger. Ia menarik kerana ia telah dikitar semula (upcycled). Ia amat mampan (sustainable) dan saya berbangga dapat memakainya pada tahun ini.”
Tidak lama selepas itu, tiba giliran Camila pula untuk ditemubual oleh Emma dan katanya, “Saya memakai Prabal Gurung dan ia sepenuhnya mampan dan dikitar semula. Dan (dua elemen itu) adalah penting untuk saya pada tahun ini.”
Talk about soulmates!
Ads
Tidak cukup dengan itu, Emma juga (secara kebetulan?) menyentuh tentang rekaan kuku mereka berdua (secara berasingan, of course) dan membandingkan kukunya dengan kuku Shawn dan Camila.
Shawn memilih warna kuku bagi melambangkan warna rasmi Tommy Hilfiger iaitu merah, biru dan putih. Manakala Camila pula menggelar dirinya dan Emma sebagai ‘Nail Sisters’ setelah memilih rekaan kukur serba putih seperti Emma.
Seperti yang pernah Shawn dan Camila katakan dalam kenyataan rasmi sewaktu berpisah pada November tahun lalu, mereka mula saling mengenali sebagai kawan baik dan kini akan terus menjadi kawan baik.
Persamaan yang tercetus dalam temubual dengan Vogue kali ini hanya mengingatkan peminat mengenai nostalgia perhubungan mereka. Namun baik peminat Shawn, 23 dan Camila, 25 tetap dilihat menghormati keputusan idola mereka itu untuk menamatkan hubungan 2 tahun tersebut dan tidak cuba untuk ‘memaksa’ mereka untuk kembali bersama.
What do you think? Adakah sememangnya Shawn dan Camila secocok?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, hantaran di laman Instagram Sharifah Sakinah telah mengejut netizen dan telah menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Hantaran tersebut seolah-olah memberi bayangan mengenai status perkahwinannya yang sudah berakhir. Menerusi hantaran tersebut, pelakon itu berkongsi fotonya bersama suami, Michael Hansen yang duduk bersebelahan di dalam kereta.
Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, telah menulis di ruangan kapsyen bahawa dia dan juga suaminya, Michael mempunyai pandangan dan kepercayaan berbeza, sekali gus tidak boleh menjadi pasangan lagi.
“We have different opinions, belief systems, perspective and ideology, that’s why we can’t be partners anymore. The end” (Kami memiliki perbezaan pendapat, kepercayaan, perspektif dan ideologi, sebab itulah kami tidak boleh bersama lagi. Tamat) tulisnya.
Tambahan lagi, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu juga telah menutup ruangan komen hantaran tersebut.
Untuk pengetahuan pembaca Remaja, Michael Hensen yang berumur 42 tahun dan Sharifah Sakinah telah sah bergelar pasangan suami isteri sekitar Februari lalu selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2020.
Terdahulu, pelakon sensasi ini pernah berkahwin dengan Aliff Adha pada tahun 2015 dan telah berpisah pada Mei 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berumur 5 tahun.
Pelakon ini bertindak untuk menutup ruangan komen mungkin disebabkan tidak mahu menjawab apa-apa persoalan dan inginkan ketenangan. Apa-apa pun, min doakan yang baik-baik sahaja buat pelakon ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat Malaysia dan pemerhati dari negara lain berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keperibadian putera-putera dan puteri-puter diraja Malaysia.
Salah seorang yang paling layak membawa gelaran ‘the most eligible bachelor’ tidak lain tidak bukan ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tengku Hassanal, 28 semalam mencuri tumpuan apabila baginda meminta orang ramai agar menghormati privasi mengenai kehidupan peribadinya terutama dalam soal jodoh dan melangkah ke alam perkahwinan.
Menurut Tengku Hassanal, di sebalik pesanan itu baginda tetap menghargai keprihatinan rakyat yang berminat untuk mengetahui serba-sedikit mengenai siapakah calon isteri pilihan baginda serta usia sasaran untuknya menamatkan zaman bujang.
“Sebagai seorang putera raja dan waris ganti Negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.
“Namun, saya memohon agar keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.”
“Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya. Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negeri, dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi,” catat baginda menerusi hantaran di akaun Instagram rasminya pada hari Khamis.
Tengku Hassanal turut menjelaskan bahawa baginda kini mahu meletakkan fokus terhadap tugas-tugas serta tanggungjawabnya ke atas rakyat jelata.
“No wedding, takde kahwin. Jangan kacau saya.
“Sila berbual mengenai politik Malaysia, perniagaan dan bola sepak. Teruskan kehidupan, bergelak tawa dan berkasih sayanglah,” catat baginda dalam nada seloroh.
Selain itu, baginda turut beterima kasih dan menghargai sokongan yang sentiasa diberikan oleh rakyat.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai adat-istiadat perkahwinan gah lagi meriah melibatkan Pangiran Muda Brunei, Pangiran Muda Mateen Bolkiah bersama wanita pilihannya, Yang Amat Mulia Dayang Anisha Rosnah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas 18 tahun hubungan percintaan pasangan selebriti Hollywood ini terputus, Jennifer Lopez dan Ben Affleck akhirnya melangsungkan perkahwinan dan kini sah bergelar suami dan isteri.
Menurut sumber, pasangan selebriti itu berkahwin pada Sabtu lalu, berdasarkan lesen perkahwinan yang difailkan di Clark County, Nevada.
J Lo dan Ben bertemu pada Disember 2001 di set drama komedi ‘Gigli’ dan menjalinkan hubungan persahabatan selepas itu. Menjelang November 2002, kedua-duanya mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan, namun menangguhkan perkahwinan mereka pada September 2003.
Hubungan pasangan selebriti Hollywood ini mendapat perhatian meluas pihak media, namun membatalkan pertunangan mereka secara rasmi pada Januari 2004.
Selepas 17 tahun, akhirnya cinta mereka bertaut kembali dan ini merupakan perkahwinan kali keempat buat J Lo dan kedua bagi Ben Affleck.
Pelakon lelaki itu melamar J L0 pada bulan April dan selepas beberapa bulan mengambil keputusan untuk berkahwin secara rasmi.
J Lo sebelum ini pernah berkahwin dengan Ojani Noa, Cris Judd dan Marc Anthony dan mempunyai anak kembar Max dan Emme, manakala Ben Affleck pernah berkahwin dengan pelakon Jennifer Garner dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Violet, Seraphina dan Samuel.
Wah, meriahlah keluarga mereka selepas ini kerana sudah dikurniakan anak yang ramai. Hiks! Semoga perkahwinan pasangan selebriti ini kekal dan bahagia hingga ke akhirnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...