Soulmates? Jawapan Sama Keluar Dari Mulut Bekas Kekasih, Shawn Mendes & Camila Cabello

Share

 

Pertemuan semula bekas kekasih yang juga merupakan penyanyi popular Senorita, Shawn Mendes dan Camila Cabello di karpet merah acara Met Gala 2022 pada minggu ini telah menerbitkan pelbagai reaksi daripada para peminat mereka berdua.

Ini memandangkan Shawn dan Camila telah menghadiri acara yang sama pada September tahun lalu sebagai pasangan kekasih dalam persalinan Michael Kors.

Kini selepas tujuh bulan membawa haluan masing-masing, ramai memberikan pujian terhadap Shawn dan Camila yang langsung tidak kekok untuk hadir sebagai individu ‘single’ walaupun mereka mengetahui bekas kekasih mereka itu turut dijemput oleh pihak penganjur, Vogue Amerika Syarikat dan muzium Met.

Kali ini, Shawn tampil dalam persalinan Tommy Hilfiger dengan dua jaket labuh yang dilapiskan bersama bagi mendapatkan efek layering yang lebih menarik. Manakala Camila pula memilih rekaan serba putih dengan esen flora oleh Prabal Gurung yang – jujurnya – tidak begitu digemari oleh pemerhati fesyen.

But we are not here to talk fashion! Sebaliknya, kita ingin menyentuh mengenai hubungan mereka berdua selepas berpisah.

Apa yang mengejutkan peminat Shawn dan Camila adalah apabila masing-masing seakan menyebutkan ayat yang sama sewaktu temubual dengan koresponden Vogue pada malam itu iaitu Emma Chamberlain.

Kongsi Shawn, “(Persalinan) ini adalah rekaan Tommy Hilfiger. Ia menarik kerana ia telah dikitar semula (upcycled). Ia amat mampan (sustainable) dan saya berbangga dapat memakainya pada tahun ini.”

Tidak lama selepas itu, tiba giliran Camila pula untuk ditemubual oleh Emma dan katanya, “Saya memakai Prabal Gurung dan ia sepenuhnya mampan dan dikitar semula. Dan (dua elemen itu) adalah penting untuk saya pada tahun ini.”

Talk about soulmates!

Tidak cukup dengan itu, Emma juga (secara kebetulan?) menyentuh tentang rekaan kuku mereka berdua (secara berasingan, of course) dan membandingkan kukunya dengan kuku Shawn dan Camila.

Shawn memilih warna kuku bagi melambangkan warna rasmi Tommy Hilfiger iaitu merah, biru dan putih. Manakala Camila pula menggelar dirinya dan Emma sebagai ‘Nail Sisters’ setelah memilih rekaan kukur serba putih seperti Emma.

ARTIKEL BERKAITAN : Kalau Nak Kulit Cantik Macam Camila Cabello, Korang Boleh Cuba Rahsianya Ini – REMAJA

 

Reaksi Peminat

Seperti yang pernah Shawn dan Camila katakan dalam kenyataan rasmi sewaktu berpisah pada November tahun lalu, mereka mula saling mengenali sebagai kawan baik dan kini akan terus menjadi kawan baik.

Persamaan yang tercetus dalam temubual dengan Vogue kali ini hanya mengingatkan peminat mengenai nostalgia perhubungan mereka. Namun baik peminat Shawn, 23 dan Camila, 25 tetap dilihat menghormati keputusan idola mereka itu untuk menamatkan hubungan 2 tahun tersebut dan tidak cuba untuk ‘memaksa’ mereka untuk kembali bersama.

What do you think? Adakah sememangnya Shawn dan Camila secocok?

BACA LAGI : Kasihan Menjadi Shawn Mendes, Ini 4 Perkara Yang Perlu Dihadapi Selepas Popular. Korang Mampu? – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ