“Special Untuk Peminat Drama Misteri” – Eyka Farhana Teruja Bintangi Pretty Little Liars!

Share

 

OMG sis!

 

Tidak salah untuk berangan, mana tahu satu hari kelak angan-angan itu akan bertukar menjadi realiti.

Itulah yang berlaku ke atas pelakon tempatan, Eyka Farhana yang baru-baru ini memikat perhatian ramai peminat drama menerusi siri ‘Budak Tebing’. Drama bersiri yang baru saja menamatkan tayangan musim pertamanya pada minggu lalu menunjukkan sisi baharu Eyka sebagai seorang pelakon.

Terbaru, Eyka muncul menerusi drama adaptasi Pretty Little Liars (PLL) versi Asia yang ditayangkan khas menerusi VIU Original. OMG sis!

Dengan populariti yang dikecapi oleh siri original oleh produksi Warner Bros sehingga mampu bertahan selama 7 musim, pastinya ini adalah peluang keemasan yang ditunggu-tunggu oleh pelakon comel itu.

“Eyka sentiasa menantikan peluang untuk berkolaborasi dengan pelbagai produksi, baik dari Malaysia ataupun dari negara seberang seperti Indonesia dan Singapura.

“Jadi apabila dapat bekerjasama dengan rakan dari Indonesia, sudah tentu Eyka cuba memberikan yang terbaik. PLL cukup dikenali daripada versi originalnya dari negara Barat, jadi Eyka mencabar kreativiti sendiri bagi memainkan karakter Emma yang diadaptasi daripada karakter Emily.

Dari kiri: Hanna (Anya Geraldine), Sabrina (Valerie Thomas), Ema (Eyka Farhana) dan Aira (Shindy Huang).
Ketua mereka, Alissa dimainkan oleh Yuki Kato.

“Ema seorang yang sweet dan soft-spoken. Dia hanya mengikut flow kumpulannya. Jadi Eyka cuba untuk tidak meniru cara Emily 100%. Sebaliknya Eyka gunakannya sebagai guideline saja untuk menjadikan Ema relevan dalam persekitaran Asia,” katanya yang perlu berada di lokasi penggambaran di Bali Indonesia kira-kira selama 41 hari.

*

Untuk pengetahuan korang, adaptasi Pretty Little Liars ini menceritakan mengenai sekumpulan mahasiswi yang dikejutkan dengan kehilangan ketua mereka, Alissa (Yuki Kato) secara misteri. Setahun kemudian, Jadi 4 karakter utamanya iaitu Hanna (Anya Geraldine), Sabrina (Valerie Thomas), Ema (Eyka Farhana) dan Aira (Shindy Huang) kembali bersatu apabila menerima mesej daripada ‘A’.

Sosok misteri itu cuba mengugut mereka dengan cara buli siber untuk mendedahkan rahsia gelap mereka. Lalu, mereka berempat cuba menyelesaikan misteri ini dan mulai berhati-hati dengan sebarang kemungkinan.

Eyka menyifatkan pengalaman bersama 4 pelakon dari Indonesia itu sebagai pengalaman yang tidak awkward langsung. Malah dia hanya mengambil masa sehari saja untuk mewujudkan chemistry bersama yang lain.

“Mereka banyak mengajar saya telor Bahasa Indonesia. Malah pengarahnya, Mas Emil juga sudah saya anggap sebagai brother figure yang cool dan steady

. Saya amat enjoy semasa berada di Bali walaupun persekitarannya berbeza dengan produksi di Malaysia yang sudah sebati dengan saya.

“Bagi Eyka, setiap drama lakonan saya berbeza dan Eyka perlu memberi interpretasi berbeza juga. Istimewanya mengenai PPL, ia merangkumi 10 episod yang mysterious dan suspicious. Jadi korang yang menonton akan mudah binge-watch hingga ke penghujung,” tambahnya lagi.

*

Korang boleh mula menonton Pretty Little Liars menerusi aplikasi Viu dan muat turunnya melalui App Store, Google Play Store, TV pintar terpilih dan di laman web Viu.

Sebelum itu, tonton trailer-nya di sini.

 

Published by
FZ