Sudah lama rasanya kita tidak mendengar perkembangan terbaru daripada jenama gajet gergasi, Apple.
Pertengahan tahun ini, ramai yang membincangkan tentang keluaran telefon pintar iPhone 12 yang dijangkakan akan dilancar sama ada pada akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan.
Namun sementara menunggu pelancaran tersebut, Apple belum lagi mengisi slot bulanan akan datang dengan keluaran apa-apa produk baharu.
Namun sejak 2 hari kebelakangan ini, spekulasi bertiup kencang apabila ramai pakar dan peminat gajet yang merasakan Apple bakal melancarkan 2 produk baharu.
Apple dijangka mengadakan sebuah acara pelancaran bagi model terbaru iPad Air 4 dan Apple Watch Series 6.
Ini selepas beberapa item aksesori seperti casing untuk model iPad Air 4 2020 telahpun diperkenalkan di laman wen Amazon oleh beberapa pengusaha seperti ZtotopCase dan TiMOVO.
Itu tentang iPad Air 4.
Berkenaan Apple Watch Series 6 pula, ada yang mengatakan ia mungkin benar ataupun tidak. Ini kerana ramai merasakan Apple bakal melancarkan Apple Watch SE terlebih dahulu, iaitu model mirip Apple Watch Series 3 versi mampu milik.
Teori ini disokong oleh ramai pakar gajet yang mendakwa sesuatu akan dilancarkan oleh Apple pada 8 September (hari ini!)
Menurut akaun Twitter LeaksApplePro yang diketahui umum selalunya mampu untuk meramal sebarang perkembangan baru daripada Apple, syarikat itu kata mereka akan melakukan pengumuman pada hari ini sekitar jam 11 pagi waktu Amerika Syarikat (EST)
Ini juga disokong oleh beberapa posting lain di media sosial yang kini sedang hangat dibincangkan.
Apa pendapat korang? Mungkinkah ura-ura ini menjadi kenyataan pada hari ini?
Setakat ini, pihak Apple masih belum memuat naik sebarang poster promosi mengenai apa-apa pelancaran produk ataupun pengumuman baru di media sosial mereka.
*
Jom lihat 5 perkara yang kami pasti mengenai iPhone 12 setakat ini.