Khabar angin yang melaporkan perpecahan grup K-pop, Blackpink sememangnya sudah lama bertebaran setelah setiap ahlinya semakin sibuk dengan karier solo dan tugasan masing-masing sebagai duta jenama antarabangsa.

Terbaru, Lisa mengubati rindu peminatnya menerusi single berjudul Rockstar yang (seperti dijangka) telah memecahkan beberapa rekod muzik digital.

BACA: 3 Lokasi Di Chinatown Bangkok Sesak Pelancong Sebabkan Video Muzik Lisa, ‘Rockstar’ – REMAJA

BACA: ROCKSTAR Bukti Lisa Sebagai Penyanyi Rap Berkelas Antarabangsa! – REMAJA

Begitulah hebatkan kuasa sokongan para Blinks kepada setiap ahlinya biarpun masa hadapan grup itu masih samar-samar.

Ads

‘Kemarau’ dua tahun tanpa apa-apa projek berkumpulan terbaru oleh Blackpink menyakinkan ramai pihak bahawa grup itu diambang perpecahan dengan Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose lebih fokus ke arah lain.

Begitupun, pengumuman mengejutkan oleh Yang Hyun Suk dari YG Entertainment tengah malam tadi menepis segala spekulasi tersebut apabila beliau berkongsi beberapa perancangan baharu melibatkan Blackpink.

Ads

Di saat dunia hiburan K-pop masih terkejut dengan berita ‘comeback’ yang dilakukan oleh grup wanita popular 2NE1 sebagai salah satu perancangan terbaru YG Entertainment, para Blinks tentunya boleh tersenyum lebar apabila nasib masa depan Blackpink tidak diketepikan begitu sahaja.

Spekulasi Blackpink Berpecah Ditepis! Akan Muncul Dengan Album Baharu, Jelajah Konsert Pada 2025

Ads

Menurut Hyun Suk, Blackpink bukan sahaja bakal membuat ‘comeback’ keramat mereka pada tahun 2025 sebagai satu kumpulan menerusi album baharu. Bahkan, mereka juga sedang bersiap sedia untuk memulakan jelajah konsert dunia sekaligus menyaksikan empat ahli kembali bergabung secara muzikal selepas tempoh tiga tahun.

Sebagai rekod, kali terakhir Blackpink meluncurkan album penuh adalah pada September 2022 menerusi Born Pink.

Terdahulu pada hujung minggu lalu, Blackpink mengumumkan menerusi platform Weverse bahawa mereka juga bakal melayan para peminat menerusi sebuah acara ‘fan sign meeting’ pada 8 Ogos ini khas bersama 88 orang peminat bertuah yang telah dipilih menerusi kiriman surat, lukisan dan foto mereka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI