Ramai yang sudah tidak sabar untuk menonton Spider-Man: No Way Home, lebih-lebih lagi apabila sebelum ini timbul spekulasi tentang kemunculan watak-watak superhero yang lain dalam filem terbaharu ini.
Remaja berpeluang untuk menonton tayangan perdana filem ketiga Spider-Man MCU ini malam tadi dan apa yang boleh kami katakan, banyak kejutan yang bakal berlaku membuatkan peminat siri ini berpuas hati dengan Spider-Man: No Way Home.
Jangan risau, kami tidak akan memberikan sebarang spoiler kerana tidak mahu menganggu ‘mood’ penonton sebelum menunggu tayangan secara rasmi di pawagam. Hiks!
Seperti yang semua sedia maklum, identiti Spider-Man telah terbongkar dan dituduh membunuh Mysterio. Pembongkaran ini telah mengubah kehidupan Peter Parker dan orang sekelilingnya, termasuklah Aunty May dan kekasihnya, MJ serta rakan baiknya Ned.
Ekoran daripada rasa bersalah terhadap orang sekeliling, Peter meminta bantuan Dr Strange untuk membuatkan orang ramai melupakan siapakah Spider-Man yang sebenarnya.
Namun, kejadian sebaliknya berlaku dan membuatkan keadaan menjadi huru-hara.
Lebih menarik lagi, filem kali ini bermain dengan banyak emosi dan silap-silap korang boleh menangis di dalam pawagam. Nah, kami tidak akan beritahu sebabnya. Hehe!
Kehadiran penjahat franchise Spider-Man seperti Dr. Octopus, Green Goblin, Lizard, Electro dan Sandman juga menjadi penyeri dan memantapkan lagi jalan cerita dalam edisi kali ini.
Untuk mengetahui apakah yang bakal terjadi kepada villian Spider-Man ini, jangan lupa saksikan Spider-Man: No Way Home di pawagam bermula 16 Disember.
P/s: Ada satu babak yang membuatkan penonton bersorak gembira. Nak tau kenapa? Kenalah tonton nanti. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://youtu.be/gRbH2YhQmGc