Filem pecah panggung Spider-Man: No Way Home menjadi filem pertama di dunia dengan jualan tiket melebihi US$1 bilion sepanjang pandemik COVID-19 seperti yang telah dilaporkan oleh agensi berita Xinhua berdasarkan tinjauan Comscore pada Ahad lepas.
BACA: Spider-Man: No Way Home Bakal Beri Kejutan Pada Penonton, Filem Wajib Tonton Tahun Ini
Filem superhero Sony Pictures itu menduduki tangga teratas box office Amerika Utara bagi tempoh dua minggu berturut-turut. Anggaran kutipan bagi tempoh tiga hari tayangan mencapai US$81.5 juta dan Amerika Utara menyumbang US$467.33 juta menjadikan jumlah keseluruhan kutipan mencecah US$1.05 bilion.
Ia sekali gus menjadikan Spider-Man: No Way Home filem terlaris pada tahun 2021, mengatasi ‘The Battle at Lake Changjin’ yang merekodkan kutipan lebih US$902 juta setakat ini.
Dibintangi oleh Tom Holland, Zendaya, Jacob Batalon, Benedict Cumberbatch, Jon Favreau dan Marisa Tomei, Spider-Man kali ini turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange yang dijangkakan akan bergandingan menentang Electro dan Doctor Octopus serta penjahat francais Spider-Man terdahulu.
Jika korang masih belum menonton filem ini, Spider-Man: No Way Home masih lagi ditayangkan di pawagam seluruh negara.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)