‘Spiderman’ Enggan Lagi Guna Instagram Selepas Terlalu Obses Jumlah Likes

Share

Biasalah, apabila kita memuat naik status, gambar dan video di media sosial, kita akan mengharapkan ia mendapat jumlah likes mencanak, tontonan tinggi dan komen yang banyak.

Sama jugalah dengan bintang filem popular ‘Spiderman’ iaitu Tom Holland.

Menerusi temuramah bersama portal NME, Tom merasakan bahawa obsesinya terhadap posting di Instagram telah mengganggu kehidupannya.

“Saya selalu fikirkan berapa jumlah likes yang diperolehi dan apa yang followers katakan tentang gambar saya.

“Saya baru sedar saya terlalu fokus kepada apa yang berlaku di Instagram berbanding kehidupan sebenar,” katanya sambil berhasrat untuk fokus pada alam realiti buat masa ini.

Tom ingin berhenti demi kebaikan diri sendiri dan apa yang boleh menggembirakannya selain jumlah likes dan komen.

Campak phone ke tepi!

*

Ada benarnya juga keputusan Tom tersebut.

Cer fikir sebentar, pernahkah kita habis masa seharian tanpa melihat akaun media sosial?

Lagipun daripada kita komen yang bukan-bukan di media sosial, lebih baik ‘puasa’ sebentar daripadanya, kan?

 

 

Published by
FZ