SPM 2018, Tips Persediaan Pada Malam Sebelum & Pagi Peperiksaan

Share

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2018 akan bermula esok. Untuk peperiksaan SPM tahun ini menyaksikan seramai 421,706 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan yang bermula esok 13 Novembr sehingga 13 Dismber 2018.

Saat-saat akhir begini korang harus chill dan relaks. Good luck guys!

Kementerian Pendidikan juga menyediakan seramai 33,361 orang petugas peperiksaan yang dilantik bagi memastikan SPM tahun ini berjalan dengan lancar.

REMAJA pasti ada antara pembaca kami yang akan menduduki peperiksaan cukup penting ini esok. Pada saat-saat akhir ini persediaan haruslah dilakukan dengan cukup lengkap. Dan sejujurnya inilah tempoh di mana korang perlu tenang dan menjaga kesihatan dengan baik. Jadi apakah persediaan yang harus korang lakukan pada saat akhir ini?

TIDUR AWAL

Persediaan mental merupakan antara perkar apaling penting sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Malam ini, jangan pula korang berjaga sampai lewat malam. Tidurlah lebih awal untuk merehatkan minda. Percayalah belajar pada malam sebelum peperiksaan hanya memudaratkan korang sahaja. Sila rehat dengan cukup!

MAKAN YANG TERJAGA

Pastikan sehari sebelum peperiksaan seperti hari ini korang makan makanan yang berkhasiat. Elakkan mengambil makanan atau minuman yang mempunyai potensi membuatkan korang sakit perut. Jangan nanti di dewan peperiksaan korang bergelut dengan rasa tak selesa pula.

BACA: Score Exam Dengan Mengajar Semula Nota Kepada Rakan Lain!

TENANGKAN MINDA

Untuk rehatkan pada saat akhir seperti hari ini korang boleh melakukan aktiviti senaman ringkas. Atau juga korang boleh luangkan masa berbual dengan ahli keluarga atau rakan-rakan. Pilih topik yang santai sesuai dengan emosi korang yang ingin relaks dan bebas tekanan.

BANGUN AWAL

Sesiapa ingin berjaya dalam hidup pertama sekali dia harus belajar dan amalkan untuk bangun awal. Bila korang bangun awal persiapan saat akhir boleh dilakukan dengan baik. Dan korang juga tak perlu risau tersangkut dalam kesesakan jalan raya.

JANGAN MAKAN BANYAK

Untuk sarapan pagi esok, makanlah dengan kuantiti yang sederhana. Jangan pula korang makan hingga perut menjadi terlampau kenyang. Ia bagi memastikan korang selesa sepanjang menduduki peperiksaan. Jika makan terlalu banyak korang mungkin berdepan dengan perut berasa tidak selesa.

PERIKSA KELENGKAPAN

Sebelum keluar rumah untuk ke dewan peperiksaan esok lakukan check list

buat kali terakhir. Kadangkala korang mungkin terlupa atau tertinggal satu atau dua peralatan alat tulis atau keperluan lain yang digunakan untuk menjawab peperiksaan.

JANGAN PANIK

Dan akhir sekali bila mendapat kertas peperiksaan bacalah doa terlebih dahulu. Tarik nafas dalam-dalam dan lapangkan fikiran. Dan yang paling penting jangan panik. Jika korang dah lakukan ulang kaji dan persediaan ia pasti akan dilalui dengan lancar.

Kepada semua calon SPM bagi tahun 2018, kami di team REMAJA ingin mengucapkan selamat maju jaya. All the best and good luck guys!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim